Sabtu, 31 Disember 2011

2012 dan Kiamat

tahun baru 2012 akan muncul. 2011 akan jadi kenangan. pahit dan mungkin juga manis. selamat tahun baru, semoga tahun baru yang akan tiba menjanjikan kegemilahttp://www.blogger.com/img/blank.gifngan buat negara Malaysia dan kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia.

2012 juga dikaitkan dengan kiamat. di bawah, gambaran kiamat yang cuba ditonjolkan oleh barat. budak-budak kecil pasti percaya kalau tengok. namun kiamat bila berlaku, tetap menjadi rahsia Allah. terpulang kepada kita nak terangkan bagaimana. dan yang pasti, kiamat tetap akan berlaku, sebagaimana yang difahami, semua kehidupan akan musnah.

dan satu lagi, kiamat juga pastinya berlaku. 9 jan 2012, tetap akan berlaku kiamat pada raja putar alam semalaysia. sian dia ni, benar-benar tak dihargai oleh sekutu politik malah ahli keluarga sendiri. manakan tidak, dia baru nak pack barang, bakal pm pembangkang dah ada. kalau Azmin, boleh terima juga. ni, anak kandung sendiri. baca sini



BOLEH dikatakan seluruh penduduk dunia menjadi enigma dan mimpi ngeri apabila dikatakan dunia kian menuju hari-hari terakhirnya iaitu pada 12 Disember 2012 sebagai tarikh sakaratul dunia, atau lebih tepat kiamat.

Asalnya ia hanya momokan masyarakat barat kononnya mengikut perkiraan mereka, dunia kini hanya menanti detik dan waktu sahaja untuk musnah.

Apa yang dibimbangi barat itu merebak pada kadar yang perlahan namun berjaya menyakinkan orang ramai dalam pelbagai bentuk terutamanya buku, makalah dan lawan sesawang. Kemuncak momokan itu apabila filem blockbuster Hollywood berjudul 2012 yang menjadi hantu besar menakutkan manusia kepastian Kiamat pada 2012. Filem itu sebenarnya diilhamkan daripada kiraan kalendar kuno kaum Maya (Long Count Calendar) yang kononnya pada tarikh 12 Disember tahun hadapan, dunia akan hancur.

Akan berlaku malapetaka alam yang maha dahsyat, yang tidak pernah terfikir dan terbayangkan oleh manusia.

Ini termasuklah gelombang tsunami gergasi yang berpuluh kali ganda lebih dahsyat dan lebih ngeri berbanding melanda Aceh, Indonesia hingga menelan ratusan ribu nyawa tujuh tahun lalu.

Ia ditambah dengan hentaman-hentaman objek asing dari angkasa, terutamanya asteroid yang kekuatannya juga mengalahkan mana-mana ledakan bom nuklear.

Semua itu kononnya berlaku kesan daripada jajaran planet Pluto dan Bumi yang selari dalam pusingan orbit dan sebagainya yang kesemuanya bakal terjadi sekitar Disember 2012.

Walaupun semua ini sekadar ramalan yang didakwa disokong penemuan saintifik dan ilmiah, namun bukan sedikit kesannya kepada manusia.

Natijahnya, ramai daripada kita seolah-olah berada di persimpangan yang cukup memeningkan kepala. Antara mahu percaya atau tidak. Benarkah tahun 2012 akan berakhirlah jangka hayat bumi ini? Yang turut bermakna berakhirnya juga jangka hayat manusia?

Pendakwah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin bagaimanapun meminta umat Islam supaya tidak sedikit pun memberikan ruang di hati dan minda mereka untuk mempercayai ramalan tarikh kiamat yang jangkanya berlaku hanya setahun daripada sekarang.

"Jika percaya kepada semua itu, dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.

"Semua itu hanya sekadar ramalan yang lazimnya tidak ada asas dan bukti apa pun untuk kita percaya.

"Tidak sahaja dalam soal ramalan kiamat. Malah dalam apa juga ramalan-ramalan masa depan yang kononnya akan berlaku sebarang tragedi dan peristiwa-peristiwa besar yang di luar dugaan manusia untuk berlaku," katanya.

Dalam Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat.

Dua teks sama ada dari dalil al-Quran dan hadis Rasulullah sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Ayat berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal kedatangan hari kiamat.

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-A'raaf: 187).

Isnin, 26 Disember 2011

Mesti Roboh.

dah macam-macam cara nak halang madrasah ni dari dirobohkan. nampak gayanya, semua pihak kena akur dengan projek yang akan dijalankan. kalau kepala dah disumbat, telinga dah pekak untuk dengar rayuan, akal dah tak boleh fikir lagi, rakyat kedah khususnya orang-orang yang berjuang mempertahankan madrasah ni, terpaksa tengok aja la.

isu ni kecil aja, tak berbaloi nak puaskan hati beberapa orang aja. syabaslah MB kedah sebab tunjukkan apa yang korang buat pada BN dulu. kalau BN yang buat, enath apa yanag korang akan buat untuk belasah BN. Kini, apa yang korang tentang BN buat, korang pulak yang buat...


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Sabtu, 24 Disember 2011

Banyak Cakap

makin banyak cakap, makin nyatalah orang-orang PAS ni haprak. baik diam-diam aja, jadi semua orang tak tahu. antara hasan Ali dan Mustafa, salah satunya adalah pembohong. makin sinonimlah PAS dengan fitnah. dulu fitnah pemimpin negara, sekarang ni fitnah geng sendiri pulak. tu lah suka sangat dengan fitnah, sekarang ni bala fitnah tuju balik pada dia orang...

Hasan Ali anggap Mustafa buat tuduhan liar
24/12/2011 3:53pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan UMNO di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.

"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.

Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti,” katanya.

Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Berhubung isu beliau dilihat menggunakan “media UMNO” untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata, beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.

Beliau mendakwa akhbar Harakah terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung “negara berkebajikan” pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti. — BERNAMA

Jumaat, 23 Disember 2011

Tahniahlah....

Tahniahlah Nuar. inilah hasil yang disemai. tahun 1998, ramai yang tak tahu dan ambik kisah tentang liwat. tapi bila kes dah masuk mahkamah, tiap hari disajikan dengan berita-berita liwat oleh media cetak dan elektronik, mungkin pengamal homo yang ada sekarang adalah cetusan daripada apa yang berlaku dalam tahun 1998. ramai yang nak cuba dan rasa, hasilnya... jadi ketagih...

Melayu ramai homoseksual?

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


MOHD. Zaman Khan (kanan) melakukan gimik perasmian Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS di Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 22 Dis. – Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Khamis, 22 Disember 2011

Dirikan Negara Islam

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata : tubuhkan negara Islam. betulkah...? hari tu ada yang kata itu bukan matlamat negara berkebajikan tu apa pula? celaru. kalau nak tubuhkan negara Islam, biar presiden aja cakap,orang bawah tak payah cakap. nanti tambah sakit nik aziz. sekarang ni pun dah sakit. dan lagi, ulama dah tak ada tempat dalam Pas. sikit masa lagi, ketua dewan ulama ni pun kena tendang....


Pas kekal perjuangan asal

KUALA TERENGGANU 21 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tidak ada sebab kenapa parti itu perlu kembali ke landasan asal perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti disarankan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau menegaskan, ini kerana Pas sejak awal penubuhannya sehingga sekarang masih berpegang kepada perjuangan asal untuk mendirikan sebuah negara Islam.

"Tak benar sama sekali, Pas memang sejak dulu lagi sehingga sekarang masih berpegang teguh kepada perjuangan asal untuk mendirikan negara Islam. Kita masih di landasan asal dan tidak sekali-kali terlajak atau terpesong.

"Kenapa kita perlu kembali ke perjuangan asal. Orang yang kata kita terpesong daripada cita-cita asal adalah orang yang tak faham dengan perjuangan asal Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Pendirian Hasan itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu sebagai pandangan peribadi yang cuba mempertahankan dirinya akibat kemelut dalaman parti ketika ini.

Beliau menjelaskan, tindakan Pas bekerjasama dengan rakan parti lain dalam pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan konsep Negara Berkebajikan telah disalah tafsir pihak tertentu.

"Kita memang bekerjasama dengan DAP dan PKR, ini biasa dalam politik tapi tidak semestinya kita melupakan matlamat dan cita-cita asal Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam," ujarnya.

Ditanya reaksi kepimpinan tertinggi Pas terhadap teguran Hasan, Harun yakin bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu masih lagi setia kepada parti itu.

"Kita yakin beliau (Hasan) masih setia kepada Pas dan begitu juga dengan kami (pemimpin Pas) masih perlukan dia tetapi akan datang kita tak tahu," katanya.

Khamis, 15 Disember 2011

sokong hassan ali

pertama: ketua dewan pemuda pas ni biar betul, berani sungguh dia menongkah arus. kang tak kena calon dalam pru, padan muka. satu lagi, kang kena jentik telinga oleh nik aziz, mesti cerita jadi lain. dia ni, berapa kali buat kenyataan lepas tu spin

kedua: mengikut artikel kat bawah,dr hassan ali mau berjuang memertabatkan islam. selama berada dalam jawatan dan , baru kini dia mau memertabatkn islam. selama ni, apa dia buat. kalau setakat murtad tu, baik diam-diam ajalah. tu depan mata, mursamdol yang keluar macam-macam fatwa menyesatkan, takkan tak mhu tegur. yang itu lebih besar tanggungjawabnya sebab, apa yang nik aziz kata, jadi ikutan ribuan umat islam fanatik pas. yang itu perlu jadi keutamaan kalau nak memertabatkan islam. kalau tak boleh buat, baik duduk diam-diam cam haron din sambil berdoa agar nik aziz tersedar dari mabuk politik..


Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NASRUDIN HASAN

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

‘‘Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.’’ katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

‘‘Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

‘‘Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,’’ ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

‘‘Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,’’ katanya.

Rabu, 14 Disember 2011

nak kaji lagi..

nak kaji apa lagi. kalau rasa difitnah, segala tohmahan pembangkang tu hanya pembohongan, kenapa nak kaji lagi. rm250 juta tu banyak, tak kan tak boleh ambil buat belanja saman malu puak pembangkang yang tabur fitnah. jadi tunggu apa lagi, kalau pembangkang salah, tolonglah saman. kalau dh buat salah, mengaku je la dan betulkan semula apa yng salah. kerana koranglah, bn dan umno dapat taik. semua menteri yang bersangkutan dan tidak terkait ambil port tumpang sekaki untuk hentam korang. kalau dari pembangkang, jangan ceritalah.. dan rakyat, akan jadi percaya apa yang ditohmahkan oleh pembangkang... hasilnya...bn dan umno akan bertambah buruk di mata rakyat..

jadi aku harap, tak payah kaji. peguam korangpun dah nyatakan hari tu fakta-fakta yang pembangkang heboh-hebohkan salah. jadi, tunggu apa lagi. saman ajalah... saman 250 juta ke, 1 bilion ke, kalau korang betul, dapat durian runtuh lagi.

atau pun, korang takut, bila bawa ke mahkamah, ada lagi yang terlondeh. tu lah memandai sangat. dah tahu buat projek lembu, buat untuk lembu je la. tak payah nak beli kondo. yang tu dah salah. salah dan salah. sebab tak ikut perjanjian. tak ikut proposal..

NFC masih kaji tuduhan Rafizi


2011/12/14
KUALA LUMPUR: Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sedang mempertimbangkan mengambil tindakan termasuk menyaman pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tanpa mahu mengulas lanjut berkata, pihaknya sedang mengkaji tohmahan itu termasuk dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
“Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi menerusi SMS, semalam.
Ditanya bentuk tindakan yang akan diambil, Mohamad Salleh hanya mengulangi jawapan: “Saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan yang memadai.”

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan laporan Ketua Audit Negara 2010, baru-baru ini.

Terbaru Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Mohamad Salleh lebih agresif menjawab tuduhan mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan serta mengambil tindakan mahkamah jika dakwaan itu tidak benar.

Penjelasan itu penting bagi menjawab semua tuduhan pembangkang dan mengelak kekeliruan orang ramai serta tidak membiarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerima imej buruk akibat kegagalan syarikat berkenaan berbuat demikian.

TS Musa patut saman

benda ni aku dah ulas. patut ajar je penulis blog fitnah yang sebar fitnah ni. biar muflis. tulis tak buat pertimbangan. berapa banyak orang yang percaya dengan fitnah penulis blog haramjadah tu. rm15 juta untuk kahwin. dari mana dapat. kerajaan bagi sebab aniaya Anwar. itu persepsi yang dicuba dimainkan oleh blog pembangkang ni. jadi, jangan bagi lepas. bagi lepas umpama melepaskan anjing tersepit. saman aja, biar belajar sikit. fitnah tidak harus jadi kepercayaan masyarakat. kalau bos dia orang sentiasa bergelumang dengan fitnah, jangan pula masyarakat lebih mempercayai fitnah daripada fakta sebenar.

satu lagi, soal minta maaf lain. soal saman tuntut ganti rugi lain.

Musa lapor polis demi maruah

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Selasa, 13 Disember 2011

broadband yang beruk

ni dah geram sangat dah ni, hampir dua minggu tak boleh nak surf internet... kalau dapat connect pun tapi buka, cam nak hempas je laptop..

kali ni tak mahu komen pasal politik. nak komen pasal broadband. asal balik kampung je, mesti susah sangat nak surf internet. 1st guna celcom, tukar ke digi, tukar kat maxis, tukar kat digi semula. semua hampeh. macam nak roboh aja tiang pemancar signal, servis semua langsung tk guna. aku boleh terima kalau kat kampung isteri aku banyak bukit bukau. tapi kat kampung aku rata, dari pekan hingga rumah family aku. tanya family pasal streamyx pulak, konon tak cukup kouta untuk dapat pasang streamyx. betul ke.. nak apply streamyx pun mesti ada kouta ke... wal hal kampung aku jauh cuma 7km je.. ni yang macam nak sumpah seranah aja... ni pun dapat buka dah hampir tengah malam, gprs dengan 1 bar, kalau banyak flash, esok pagi pun tak pasti boleh buka... line signal hndphone penuh tapi line internet....

nak tahu kes peliwat tu pun payah sangat....

Sabtu, 10 Disember 2011

Mati baru bersara

satu ja yang dia tak mahu bila bersara. dia dah tak ada kuasa. bila dah tak ada kuasa, siapa nak pandang. ni yang buat dia liat sangat nak lepas kerusi dun dan kerusi mb. kalau dulu, dia makan, tidur, sembah yang sibuk orang nak ambil gambar... kalau dah tak ada jawatan, budak kecik pun tahu buang masa nak ambil gambar orang tua ni, langsung tak bagi apa-apa jasa pada negeri, negara, bangsa mahupun agama. nak bagi sesat, ada la...

dan satu lagi... dia ni risau sangat bila tun m seru orang melayu bersatu, risau sangat dia ni nanti orang cina akan rasa sedih. betul-betul kiblatnya pada dap aja. betul-betul dah kena cucuk hidung dengan dap. cina tak kan rasa sedih, bahkan hidup tambah aman makmur dan boleh tambah kekayaan lagi kalau melayu bersatu. kalau melayu huru hara, ekonomi negara pun akan menjunam. siapa yang susah...


Nik Aziz tidak peduli dakwaan enggan undur akibat tiada pengganti


2011/12/10
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan menyatakan dirinya tidak mahu bersara daripada politik kerana tiada pemimpin lain boleh menggantikan tempatnya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini dirinya masih diperlukan PAS dan beliau akan terus berada dalam politik.
Itu tuduhan dia, orang nak saya, nak buat macam mana, dia tak laku, katanya selepas kuliah Jumaat di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau tidak mahu bersara kerana tiada pemimpin lain dalam PAS mampu menggantikan tempatnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkannya segera bersara daripada politik memandangkan sudah lama menyandang jawatan berkenaan, Nik Aziz berkata, beliau melawan Dr Mahathir daripada awal sampai akhir.

Saya lawan dia dari awal sampai akhir, nak ikut (bersara) macam mana, siapa suruh dia (Dr Mahathir) berhenti, waktu dia berhenti dulu dia cakap tak boleh pimpin orang Melayu, tak berjaya pimpin orang Melayu.

(Pada waktu itu) saya jawab seorang dan berada di Siam (Thailand), dah mu (kamu) tarik secara songsang, Mahathir tarik orang Melayu secara songsang, orang Melayu beragama Islam, lengkap dalam Islam tiba-tiba dia tolak Islam ikut pandai dia, mana boleh orang Melayu ikut dia, katanya.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, kini Dr Mahathir menyebut kepentingan Melayu bersatu, namun pada masa sama beliau mahu tahu apa makna bersatu itu.

Sekarang dia menyebut Melayu (supaya) bersatu, memanglah bersatu, tapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau Islam. Islam datang untuk manusia seluruh dunia, kenapa ungkit (mengenai) orang Melayu ini. Cina akan sedih dan berdendam bila sebut Melayu, Melayu, katanya.

Selasa, 6 Disember 2011

fitnah x kpn




blogger pembangkang yang putar alam fitnah bekas ketua polis negara, patut mohon maf secara terbuka, kut-kut terbuka hati orang yang difitnah untuk ampunkan dosa. kalau nak sensasikan cerita, pastikan cerita yang disampaikan adalah benar.cukup-cukuplah tabur fitnah, tak berkat hidup....

Isnin, 28 November 2011

PKR dan Maal Hijrah



liberalnya dalam PKR, cina pun boleh bagi ceramah sempena Maal Hijrah. kalau ceramah tu bagi kesedaran pada hadirin, aku boleh terima. ini ceramahnya penuh dengan hasad dengki, angkuh, sombong, ego dan kutuk pemimpin negara. dasar bangsat..

patutnya, hijrah sempena maal Hijrah ditujukan pada Anwar. berubahlah jadi manusia yang jujur dan tiada putar belit. asal semua yang tidak memberi kebaikan padanya, tetap akan jadi cacian dan tohmahan.

Ahad, 27 November 2011

Ganyang BN




Anwar pergi ke Indon baru-baru ni buat ceramah untuk memburuk-burukkan negara selain tu rupa-rupanya adalah untuk pergi berguru. Balik aja ke Malaysia, dapat inspirasi. Berguru dengan Indon bagaimana cara untuk meng-ganyang. Tapi dia silap. Selama ni pun Indon tak berjaya nak ganyang Malaysia, dia pula nak gunakan cara yang sama untuk ganyang BN. Kalau Indon dengan slogan ganyang Malaysia, Anwar pulak dengan slogan ganyang BN.

Ada baiknya, Nuar ni tukar kewarganegaraan aja. Pergi Indon. kat sana semua halal. semua boleh. Asal ada duit semua boleh sumbat. Kalau nak buat demo pun senang. Bayar aja, semua boleh jalan..oppss,kan ke dalam PKR ada yang 71. patutlah tunjang pkr ni indon...

Sabtu, 26 November 2011

BN mesti jawab dan serang

kadang-kadang aku jadi hairan dan pelik, umno / bn ambil masa yang lama untuk jawab segala tohmahan dan fitnah pembangkang. pembangkang pulak akan bertambah ligat bila umno / bn hanya berdiam diri. ini akan memberi gambaran / persepsi di mata masyarakat bahawa isu yang dibawa oleh pembangkang adalah benar. biro penerangan umno / bn seakan tak bergerak, tak aktif dan hilang keupayaan untuk menangkis segala serangan dan tuduhan pihak pembangkang. sepatutnya, yang berada di depan untuk menjawab dan menangkis segala tuduhan, fitnah jahat adalah biro penerangan. dalam isu nfc, kenapa biro penerangan dan individu yang diserang tidak bertindak secara bersama...

bila isu ni tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, ia akan jadi bomerang yang akan melumpuhkan kepercayaan masyarakat yang baru mulai tumbuh terhadap kerajaan.. hasilnya... pru13 nanti, bn akan jadi pembangkang...

perlu jawab, kalau salah berani akui kesalahan, tak payah dolak dalik.. kalau tak benar segala tuduhan, umno/bn perlu serang balik... biar masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang bersalah...

Pemimpin UMNO harus jawab isu, tuduhan dibangkitkan
26/11/2011 7:01pm

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pemimpin UMNO harus menjawab isu dan tuduhan yang dibangkitkan dengan segera agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.

Dr Chandra, yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), berkata, pendekatan tidak menjawab tuduhan dilemparkan kurang sesuai dalam masyarakat di negara ini yang mudah percaya terhadap pembohongan dan penipuan.

Beliau berkata, anggapan bahawa tuduhan yang tidak berasas dan ekstrem tidak akan dipercayai rakyat adalah salah.

"Seorang individu ini saya kenal telah dituduh dan memilih tidak menjawab tuduhan tersebut. Saya tanya kenapa tidak jawab masa itu, dia kata orang tidak percaya tuduhan itu.

"Pilihan Raya Umum 2008, ini (tuduhan itu) digunakan dan memberi kesan kepada Barisan Nasional,” katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Sekiranya ada perkara tertentu benar-benar berlaku, kita harus bersikap jujur. Kita harus akui ini berlaku, mohon maaf dan kita betulkan. Sekiranya ia tidak berasas kita jawab serta-merta,” katanya. – Bernama


ini satu lagi

UMNO perlu tangkis tohmahan di media alternatif - Mubarak
26/11/2011 6:40pm

KUANTAN 26 Nov. – UMNO perlu menyediakan barisan yang hebat untuk menangkis tohmahan terhadap kerajaan yang kini berleluasa di media alternatif seperti blog dan laman sosial, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Beliau berkata, UMNO perlu mengambil langkah itu kerana parti itu dilihat mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan atau memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai tohmahan yang dilemparkan.

Kelemahan UMNO dalam peperangan siber menentang media alternatif ini telah menyebabkan pelbagai isu yang telah diputarbelitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab muncul di Internet, katanya.

"Peperangan siber yang UMNO ada sekarang kurang berkesan, UMNO sepatutnya mesti strategik menyediakan satu barisan penyerang yang paling hebat dan serang balik media alternatif yang mengeluarkan perkara tidak benar tentang kita (kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Mubarak di sini hari ini. – Bernama

Ketua AMK






biar betul ketua AMK ni, siapa yang menggunakan raja untuk:

1. kepentingan politik - kalau bersangkutpaut dengan adat istiadat melayu dan agama islam raja tak boleh campur ka?

2. siapa yang mengheret raja untuk memperkuatkan agenda perkauman - kalau hak kaum melayu dan bumiputera cuba dipersoalkan, raja tak boleh masuk campur ka?

3. dia nak reformasikan institut beraja ke, reformasi yang bagaimana tu.. dan selama ni raja duduk diam je la, tak main peranan dalam urusan pentadbiran khususnya yang berada dalam bidang kuasa sultan atau raja..

4. wah, yang ini berat...raja dan Yang di-Pertuan Agong perlu disediakan dengan ilmu dan pengalaman sebagai prasyarat sebelum diangkat ke jawatan berkenaan, memandangkan raja perlu memenuhi tuntutan jawatan berkenaan sebagai ketua agama Islam.

gila apa ketua AMK ni, membebel macam sudah mati pucuk. semua yang di atas tu macam memperlekeh sultan dan raja. raja / sultan seperti langsung tidak berupaya menjalankan tugas sehingga perlu direformasi oleh PKR...

atau dia ni merujuk kepada Selangor, khususnya kepada MB Selangor, yang banyak campur dalam urusan pentadbiran yang khusus di bawah baginda sultan..beraninya dia, siapa yang suruh yee..

Jumaat, 25 November 2011

Undur diri aja la

untuk PSM ni sebenarnya... banyak sangat alasan kalau gagal, tu sebablah prestasi macam yo yo. perlu buka mata, sekarang ni Thailand dah makin jauh ke depan, vietnam, myanmar, indon dan singapore dah sama level. sikit tahun lagi, china, jepun dan korea selatan pula bagi malu malaysia..

Pemimpin gagal perlu berundur – Menteri

KUALA LUMPUR – Pemimpin persatuan sukan yang gagal membawa sebarang perubahan diminta berundur secara sukarela bagi memberi laluan kepada orang lain yang benar-benar layak dan berwibawa.

Tanpa mahu menuding jari kepda mana-mana persatuan sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemimpin berkenaan perlu bermuhasabah diri dan merenung ke dalam dirinya sendiri bagi mencari kesilapan yang telah dilakukan selama ini.

“Saya tiada kuasa untuk bubar persatuan tetapi kalau sesebuah persatuan itu diterajui pemimpin yang terlalu lama memegang jawatan dalam persatuan dan dia gagal memberikan yang terbaik.

“Maka saya berpandangan lebih baik dia bermuhasabah diri dan tanya pada diri sendiri sama dia masih mampu untuk menjadi peneraju persatuan sukan berkenaan atau pun tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat keluarga pegawai Majlis Sukan Negara (MSN), Allahyarham Harun Osman yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II di Palembang akibat serangan jantung pada 9 November lalu.

Turut serta pada lawatan itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong mengiringi Ahmad Shabery yang turut menyampaikan sumbangan peribadinya kepada balu Allahyarham, Khadijah Salim, 50, di kediamannya di Bukit Jalil.

Menurut Ahmad Shabery, pengunduran secara sukarela pemimpin terlibat sekurang-kurangnya membuka peluang kepada orang lain untuk menyuntik idea baru yang mungkin mampu menaikkan kembali acara sukan berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai kekalahan 0-2 skuad Harimau Muda kepada Syria, kelmarin dalam kelayakan Sukan Olimpik 2012, beliau meminta kepada para penyokong agar tidak terlalu cepat mencari kesilapan pasukan muda negara itu.

“Selain faktor keletihan, perlu diingat pasukan ini masih muda dan merupakan satu-satunya skuad di Asia Tenggara yang berjaya menempatkan diri dalam 12 pasukan terbaik Asia bagi kelayakan Olimpik,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap, penyokong dapat memberi mereka masa dan ruang bagi membentuk sebuah pasukan masa depan yang mantap.

Teori RAHMAN

tak boleh percaya ni, khurafat..

klik sini

R - ABDUL RAHMAN PUTRA ( yang ni udah salah, mana boleh buat teori ambil sekerat je nama )
A - ABDUL RAZAK
H - HUSSIEN ONN
M - MAHATHIR MOHAMMED
A - ABDULLAH AHMAD BADAWI
N - NAJIB ABDUL RAZAK

Datuk Seri Najib, masih muda, kalau disenangi dan disukai oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, insya Allah masih akan terus menerajui negara mungkin dalam tempoh 10 ke 15 tahun akan datang. soal pengganti, lihat saja naib presiden UMNO. kenapa naib, bukan tpm... pm kita lebih muda dari tpm kita. tapi, kalau naib presiden skg ni, rasanya tak sesuai jugalah... pm kita akan datang mungkin di kalangan tokoh politik umno yang berusia di antara 35 - 45 tahun sekarang ni...

Rabu, 23 November 2011

nasib sepak takraw negara

'Rombak sistem latihan PSM'
Oleh Baharom Bakar
bhkt@bharian.com.my
2011/11/23
Jangan salahkan pemain: Shapian

JANGAN menuding jari menyalahkan pemain di atas keaiban skuad sepak takraw gagal meraih pingat emas, sebaliknya 'sistem latihan lapuk' diamalkan harus dipertikaikan.
Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Mohd Shapian Ali menolak pandangan betapa pemain negara kurang berkualiti apabila mempertahankan persembahan dan kesungguhan mereka sememangnya terserlah.
“Bagi memastikan skuad negara gah dan digeruni di pentas antarabangsa, rombakan dan sistem latihan harus dikaji semula, termasuk tidak menggunakan dua perunding yang bertindak sebagai jurulatih di belakang tabir dari Thailand oleh PSM.

“Mandat dan tanggungjawab membentuk pemain perlu diberi sepenuhnya kepada jurulatih kebangsaan Jamaluddin Hassan,” katanya yang juga Yang Dipertua Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT).

Shapian turut merayu agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menimbang semula cadangannya memotong bantuan kewangan kepada badak induk itu selepas skuad negara hanya mampu pulang dengan gangsa.

Dia menambah Jamaluddin harus diberi peluang dan ruang membentuk pasukan termasuk dihantar ke luar negara mengikuti kursus kejurulatihan.


tiap kali kalah, sistem kejurulatihan juga yang disalahkan...

1. badan induk psm perlu bertanggungjawab, kalau dah rasa pegang lama dan tak ada kemajuan, baik bagi orang lain aja yang urus psm.

2. rasanya, sistem kejurulatihan tak salah, yang salah ialah tiadanya usaha mencungkil bakat muda di kalangan sekolah rendah, menengah. bakat-bakat muda di sekolah rendah dan menengah ini jika diasuh dan diberi latihan serta bimbingan berterusan pasti akan membuahkan hasil.

3. hantar jurulatih berkursus, kat mana hantar? thailand, uk. apa kat malaysia ni tak boleh lahirkan jurulatih lagi ke..

siapa lebih bijak

Rupanya nik aziz lebih bijak dari Khalid, Azizan dan Lim. dalam nyanyuk rupanya masih juga ada akal. Lim, Azizan dan Khalid mesti terpengaruh dengan prof cermin mata belalang yang kata BN akan kehilangan lagi 3 negeri. mesti beruk 3 ekor ni nak tumpu negeri-negeri tersebut dengan harapan pakatan akan dapat menguasai negeri-negeri tersebut. lantak koranglah, takut-takut nanti negeri korang pulak yang tumbang...


Nik Aziz tolak pilihan raya berasingan


2011/11/23
KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat bersekali dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan secara serentak di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata banyak masalah akan timbul jika pembubaran Parlimen dan negeri dibuat berasingan.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata tiada keperluan bagi Kelantan untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum.
"Ini kerana jika Kelantan berbuat demikian ia memberi peluang kepada pihak parti lawan memberi tumpuan kepada negeri ini," katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata DUN Selangor tidak akan dibubarkan bersekali dengan pembubaran Parlimen jika ini berlaku dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Kelantan dan Selangor selain Pulau Pinang dan Kedah adalah negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. - BERNAMA

Isnin, 21 November 2011

Berita Harian Online | 'Tiada maaf bagi mu, PSM'

tiap kali sukan sea atau asia, inilah ceritanya. sebelum temasya berlangsung, bukan main hebat dengan angan-angan. selepas temasya, rupanya prestasi masih di bawah tapak kaki thailand. kini dah jatuh satu tangga lagi, indon pun dah mula pijak sukan takraw kita. china dan korea serta jepun, kalau main kat tempat dia orang mesti pasukan kita akan tumpas. bola sepak, hoki, dah mula tunjuk kebangkitan tapi takraw makin hari makin ke belakang. psm, kalau tukar kulit, tak guna, baik tukar tulang dan isi sekali.. dah bagi peluang tapi tak ubah-ubah juga.

Berita Harian Online | 'Tiada maaf bagi mu, PSM'

Ahad, 20 November 2011

Debat Lembu

kalau jadi debat ni, aku sarankan korang debat dalam ladang NFC. di depan lembu-lembu ternakan NFC. siapa kalah makan najis lembu dan minum kencing lembu. rasanya kj boleh menang sebab NFC dah buat banyak penjelasan berhubung persoalan dan tuduhan yang dikemukakan. siapa yang kalah debat akan dijulang jadi raja segala lembu.

- NFC bila nak saman Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.


Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.

Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat.

“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat).

“Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima,“ katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini.

Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat.

Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

Sabtu, 19 November 2011

NFC vs Pakatan Rakyat

sehari dua ni banyak penjelasan yang diberikan oleh pihak pengurusan NFC mengenai isu yang ditimbulkan oleh pakatan rakyat. bahkan peguam yang mewakili NFC telah menyatakan tuduhan yang dibuat oleh pakatan rakyat adalah tidak berasas dan fitnah. namun aku masih menunggu, adakah pihak pengurusan NFC akan menyaman mereka yang membuat tuduhan ini. orang dah lempar tuduhan macam-macam hingga mengaibkan maruah takkan nak diam aja. paling kurang pun boleh minta mangkuk hayun yang buat tuduhan tu memohon maaf secara terbuka atau akan berdepan dengan tindakan saman 10 kali ganda dari jumlah pinjaman NFC.

atau NFC takut nak saman takut bila dah masuk mahkamah akan terlondeh pula kebusukan yang tidak dapat dikesan oleh pakatan rakyat. atau NFC menunggu hingga siasatan polis selesai barulah akan bertindak. kalau begitu, NFC memang akan menjatuhkan reputasi kerajaan dan khususnya UMNO. mana-mana orang dah bercerita mengenai kegagalan NFC dan perbelanjaan kewangan yang mencurigakan. aku nak terangkan pun dah tak larat. dahlah bagi masuk kawasan NFC pun pilih-pilih media... kenapa tak bawa portal pembangkang sekali....

atau NFC kalut dengan pelaburan beli kondo tu. itu yang salah walau NFC kata pelaburan menguntungkan. duit bagi pinjam untuk projek lembu, alih-alih pergi beli kondo pulak. patutnya, pakai tak pakai duit tetap untuk projek lembu. kalau nak beli kondo lagi, kenapa tak pinjam duit untuk beli kondo dan sebelum tu kena tubuh syarikat national condominium coperation.... yang tu baru betul... ini dapat duit pinjaman buat projek lain pulak. tak kisahlah kalau untung, tapi kalau rugi... ini baru satu syarikat, kalau banyak syarikat buat macam tu bagaimana...jadi, kepada NFC, berbaliklah kepada perancangan awal, duit hanya untuk projek lembu, kalau dalam perjanjian tu ada klausa yang memperuntukkan pengurusan NFC melabur sana sini, tak mengapalah, kalau tidak.... kan dah salah tu...

cuma, kalau masih rasa tak bersalah, saman ajalah pihak-pihak yang melemparkan tuduhan palsu tu... agaknya, dia orang ni tak suka ternak lembu, dia orang ni lebih suka ternak babi..

Anwar sakit kepala

Ini yang buat penasihat ekonomi negeri selangor sakit kepala. penasihat yang hebat dengan nasihat-nasihat yang begitu berharga hingga membuatkan ekonomi selangor tambah maju walaupun terpaksa menjual beberapa aset kerajaan demi mengisi kantung kewangan negeri selangor yang kempis....

myMetro | KDNK naik 5.8%

Berita Harian Online | Najib pamer kepimpinan hebat: Obama

Salute dengan PM DS Najib. walau kena kutuk, hina, caci, kena maki, kena fitnah tapi beliau tetap jalankan tugas PM. Tak menggelabah dan meracau macam seorang tu... dia sendiri buat laporan polis, lepas tu polis dapati ada maklumat yang diberikan tidak benar, tetap juga salahkan UMNO. semuanya salah UMNO. Namun DS Najib tak dak pun balas balik apa yang dilakukan padanya. Semua tuduhan dan fitnah tak memberi bekas sebab semuanya tak benar. jadi buat apa perlu dilayan. Apa pun tahniah, lepas ni puak pembangkang akan kata Najib bayar RM100 billion pulak untuk jumpa OBAMA.

Berita Harian Online | Najib pamer kepimpinan hebat: Obama

Jumaat, 18 November 2011

NFC

1. kenapa pengerusi eksekutif NFC ni ambil masa yang lama sangat untuk buat penjelasan. Kalau berdasarkan penjelasan di bawah, fakta / hujah untuk menepis segapa tohmahan dan fitnah pembangkang tak kan perlu masa berhari-hari nak disediakan. Bila berdiam diri, pembangkang makin galak menyerang, hasilnya... rakyat mula memberi tanggapan dan persepsi yang buruk-buruk terhadap NFC

2. kalau NFC benar dan tidak bersalah dalam isu ni, sewajarnya NFC mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pembangkang yang membuat fitnah dan tuduhan tidak berasas. ini perlu diambil kerana isu yang ditimbulkan mengaitkan kerajaan secara tidak langsung. oleh itu NFC sewajarnya membersihkan diri yang sekaligus akan membersihkan juga persepsi rakyat terhadap kerajaan. diam dan tanpa ada apa-apa tindakan akan mewajarkan segala tuduhan dan fitnah pembangkang.


Syarikat projek ternak lembu kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) mempertahankan tindakannya membeli dua kondominium mewah dan menyifatkannya sebagai keputusan pelaburan yang bijak.

Bercakap pada sidang akhbar kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negri Sembilan, semalam, pengerusi eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail berkata pembelian dua unit kondominium One Menerung berharga RM6.9 juta tiap satu itu adalah satu keputusan komersial bagi melindungi dana yang tidak digunakan untuk projek rumah sembelihan yang tergendala.

"Kami boleh memasukkannya ke dalam simpanan tetap namun menghadapi kerugian nilai kerana inflasi kami tinggi. Sementara menunggu projek itu dimulakan kami perlu mencari tempat meletakkan wang bagi satu tempoh supaya tidak mengalami kerosotan dan mendapat keuntungan hampir setiap tahun," katanya.

NONEMohammad Salleh yang juga adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil berkata tindakan membiarkan dana sebagai simpanan tetap mungkin akan kurang kontroversi tetapi tidak akan memberikan hasil yang dikehendaki syarikat daripada dana yang bersaiz sedemikian.

Sementara itu, Bernama melaporkan perunding korporat dan kewangan NFC, Zakaria Mohammad pula memperthankan hujah itu dan berkata syarikat berkenaan menerima rebat kira-kira RM700,000 setiap unit selama dua tahun daripada pemaju dan pemaju juga membuat urusan supaya NFC mendapat sewaan daripada unit dengan pendapatan kira-kira RM200,000 setahun.

Tindakan undang-undang

Katanya, NFC akan memperoleh kira-kira RM3.6 juta daripada kedua-dua unit berkenaan bagi dua tahun pertama pada 2010 dan 2011 yang semuanya dikreditkan kepada kumpulan NFC.

NONEMohammad Salleh berkata tujuan pemberian pinjaman sudah pasti untuk ladang ternakan dan infrastruktur. Dengan kerana itu walaupun pembelian kondo adalah menyimpang daripada tujuan pinjaman diberi, harta berkenaan masih disimpan atas nama dan mengikut rekod buku syarikat.

Ia adalah soal untuk menukarkan balik harta menjadi tunai mengikut keuntungan yang dikehendaki dan tidak berlaku sebarang tindakan memperkaya atau perbuatan tidak jujur di pihak mana-mana individu, katanya.

Mengenai pinjaman RM250 juta daripada kerajaan, Mohammad Salleh berkata ia bukanlah satu bantuan atau 'grant'.

Katanya, pinjaman mesti dibayar balik seperti pinjaman komersial walaupun beberapa konsesi diberi.

Dalam pada itu, Berita Harian Online pula melaporkan Mohammad Salleh berkata pihaknya, belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penasihat ekonomi PKR, Rafizi Ramli kerana membuat tuduhan tidak berasas terhadap syarikat dan ahli keluarganya.

ramli yusuff asset declare case 120310 muhammad shafee abdullah"Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil," katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.

Utusan Malaysia Online - Terkini

setuju sangatlah apa yang disarankan oleh nik aziz ni. wakil rakyat yang tak beri khidmat kepada masyarakat wajar digugurkan. semua wakil rakyat akan dinilai oleh mb kelantan. mb kelantan ni siapa pulak yang akan nilai. kalau berdasarkan khidmat masyarakat yang diberikan kepada kawasan beliau, adakah sudah mencapai tahap yang memuaskan. kalau tanya kepada pentokong akar umbi, memang sah semua akan kata memuaskan. penyokong totok pas ni bukan peduli apa dengan keperluan asas, taraf kehidupan, sosial, kemajuan, pembangunan. yang penting pada dia orang dengar ceramah maki hamun je... itu je, suka sangat bila pemimpin negara dihina, dicaci, dimaki hamun.

Utusan Malaysia Online - Terkini

Khamis, 17 November 2011

Berita Harian Online | 'KOM perlu beri penjelasan'

Nilah kalau banyak sangat politik dalam persatuan. masing-masing nak tunjuk pandai. hasilnya memandai je la. padanlah kalau atlet susah nak berkembang. patutnya contohi skuad renang terutamanya acara terjun yang ada antara atletnya sudahpun mencapai taraf dunia.

Berita Harian Online | 'KOM perlu beri penjelasan'

Anwar dan laporan palsu

Kalau tak pusing fakta, bukan Anwar namanya...

Fakta :
1. Anwar buat laporan mengenai fitnah buat seks dengan cina doll
2. polis dah siasat kandungan video seks termasuk mendapatkan pengesahan ketulenan daripada pakar luar negara.
3. kesimpulannya, berdasarkan siasatan polis ( adakah polis telah mengesahkan yang Anwar pelakunya kerana Anwar perlu hadir beri keterangan berikutan laporan / maklumat yang Anwar berikan pada polis diragui kebenarannya? )
4. dalam laporan / maklumat / keterangan yang Anwar berikan kepada polis tentunya Anwar membuat penafian yang lelaki mirip dirinya itu adalah dia. adakah penafian Anwar ini palsu? tak kan pulak Anwar buat pengakuan yang lelaki dalam video seks itu dia...?
5. Adakah Anwar lelaki itu ? ( dalam kes liwat lelaki y, banyaknya misteri ) apabila kebenaran ditemukan dalam siasatan polis berhubung video seks, maknanya laporan yang dibuat oleh Anwar adalah tidak benar / dalam kata mudah mudah buat laporan palsu. ini yang menyebabkan pegawai kanan buat aduan berkaitan laporan palsu...6. adakah dengan ini polis telah mengesahkan bahawa Anwar memang lelaki yang didakwa olehnya sebagai lelaki mirip dengan dirinya....


Anwar beri keterangan polis kes video seks
Oleh Hardi Effendi Yaacobhardi@bharian.com.my
2011/11/17
Pegawai kanan buat aduan berkaitan laporan palsu

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipanggil untuk memberi keterangan berhubung laporan polis dibuatnya yang didakwa palsu membabitkan siasatan kes video seks seorang lelaki mirip beliau bersama seorang wanita warga asing, Mac lalu.

Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Balai Polis Kepong jam 3.15 petang bersama pasukan peguamnya sebelum beredar sejam kemudian.Anwar berkata, beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberi maklumat palsu dalam laporan polis dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sehari selepas rakaman video itu didedahkan awal tahun ini.

“Itu yang dimaklumkan kepada saya... perlu hadir beri keterangan hari ini (semalam) kerana ada laporan dibuat oleh seorang pegawai kanan polis terhadap saya berhubung laporan saya yang didakwa palsu. Oleh yang demikian, saya hadir beri keterangan seperti diarahkan.“Saya tidak pasti apa motif di sebalik semuanya ini... jika benar maklumat yang saya berikan (dalam laporan polis sebelum ini) palsu, mengapa pegawai polis itu mengambil masa lama untuk membuat laporan dan menyiasat dakwaan itu,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Kenyataan Anwar dirakamkan Pegawai Penyiasat Kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Asisten Superintendan Teh Boon Ang dan difahamkan 12 soalan berhubung dakwaan laporan palsu itu ditanyakan kepada beliau sepanjang siasatan.

Pada Mac lalu, Anwar membuat laporan polis di IPD Dang Wangi selepas Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim menunjukkan video seks membabitkan lelaki mirip ketua pembangkang itu kepada media di Carcosa Sri Negara di sini.Antara lain, beliau dalam laporan itu menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan Anwar dipanggil memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut

Rabu, 16 November 2011

Klon Anwar

Anwar tak mengaku yang dia ada main dengan cina doll. dia kata tak kenal pelaku dalam video seks tu. apa yang eskay tu buat semuanya atas kerja jahat umno termasuk sumpah eskay kat mesjid tu. ini maknanya, umno telah mengklonkan jasad Anwar untuk main dengan cina doll tu.. hui... kalau gitu, akan wujudlah video nik aziz, haji hadi, lim anak beranak cucu, karpal singh... sebab umno berjaya mengklon Anwar...

kalau bukan kau yang main anwar, kenapa kau tak mahu saman UMNO yang kau kata fitnah kau, datuk t tu, dan bloggers yang bagi pecah perangai setan kau tu.. aku sumpah kau Nuar, kalau bukan kau yang main dan liwat Saiful, kau jadi PM Malaysia, kalau sebaliknya, kau memang akan ke penjara sg buluh...


Video Seks - Anwar Buat Laporan Polis.
16 Nov 2011 5:04PM



SHAH ALAM 16 Nov. - Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah membuat laporan polis berhubung siasatan terhadap isu video seks yang didakwa melibat kan beliau.

Menurut wakil peguam beliau S.Sivarasa mendakwa siasatan pihak polis terhadap pertuduhan tersebut adalah tidak masuk akal.

"Kami nampak semua ini tidak masuk akal. Mereka menyiasat video seks ini di bawah Seksyen 182 Kanun Jenayah yang jelas tidak relevan sama sekali".

Dalam pada itu Dato' Seri Anwar menjelaskan beliau diminta hadir untuk memberi keterangan bahawa ada laporan daripada pegawai polis terhadap beliau.

''Tapi ini satu lagi percubaan usaha khianat fitnah jahat pemimpin Umno untuk menghalang saya dari menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang dalam kegiatan politik yang sah."

Anwar telah membuat Laporan Polis di Balai Polis Kepong.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut sebelum ini telah diserang oleh Datuk Eskay dan 2 rakan beliau yang menggelarkan diri mereka Datuk T dengan memaparkan Video Seks melibatkan Pemimpin Politik.

Datuk Eskay mendakwa lelaki di dalam Video tersebut merupakan bekas sahabatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menafikan sekeras-kerasnya malah menganggap ianya satu serangan jahat bagi menyekat beliau mendedahkan kepincangan Kerajaan BN.



RALAT - Laporan Polis dibuat di Balai Polis Kepong.Harap maklum.


Link

Mari Debat




aku tak tahulah kerja si Pua ni, ada saja perkara baik yang dibuat oleh kerajaan semuanya tetap tak baik pada dia orang. setelah serang KR1M dan mengatakan ada beberapa barangan yang dijual tidak berkualiti, lebih mahal dari barangan yang sama dijual di pasar raya lain, ada bakteria yang telah diuji dimakmal yang diiktiraf, tak tahu makmal mana tapi pastinya dari US atau Australia, sebab kat Malaysia ni mana ada makmal yang diiktiraf oleh dia orang ni, kini nak debat pulak. apa menteri tak ada kerja lagi nak buat ke, lain lah si Pua ni, pusing sana, pusing sini, cari kelemahan orang lepas tu war-warkan. sepatutnya dia buat dulu kat kerajaan di selangor dengan isu rumah urut, rumah terbengkalai, janji pakatan dan kat kelantan tu, masalah air... yang tu kenapa dia tak korek dan minta kerajaan dia orang betulkan... kalau nak senaraikan kelemahan-kelemahan pakatan rakyat, pasti si pua ni muntah-muntah nak baca...

kalau tak puas hati, korang laporlah pada kementerian yang berkaitan agar tindakan dapat diambil kepada pembekal, dan KR1M, atau adakah sebab KR1M ini telah banyak memdatangkan kesusahan dan kerugian kepada peniaga-peniaga Cina, hingga menyebabkan si PUA ni tak senang hati bila melihat KR1M mendapat sambutan... rasanya, pihak pembekal ada juga dari kalangan orang-orang cina...

Isnin, 14 November 2011

Angkatan Amanah Merdeka

ini web Amanah

Aku dah ulas AMANAH ini beberapa hari lepas. Nampaknya seperti ada sesuatu di balik AMANAH. merujuk kepada AJK tertinggi dengan Timbalan Presiden dan Naib Presiden, dah jadi macam satu parti politik pula.

Adakah ini sebagai satu persediaan sekiranya DS Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara. Lantas KU Li adalah orang yang paling layak memimpin pakatan rakyat berasaskan bahawa KU Li pernah menerajui Semangat 46 yang bergabung dengan beberapa parti pembangkang satu ketika dulu.

Sabtu, 12 November 2011

sabotaj

aku ambil semua yang dilapor oleh bernama dan turut disiar oleh mkini. sini

bagaimana kalau KJ ni yang tak terpilih? bagi dia rehat sepenggal? dia mahukah...

KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj
3:59PM Nov 12, 2011
Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau
mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.

- Bernama

Jumaat, 11 November 2011

Tangguh Lagi

sampai bila nak tangguh... sampai bila nak tunda. Tolonglah, hakim sepatutnya dengar juga dari pihak pendakwa.. kalau tak cukup masa ke, saksi ke, bahan bukti ke.. kira dah kalah. berapa banyak peguam pun masih lagi tak tahu buat kerja. Daripada banyak kali tangguh, sepatutnya hakim bagi kata dua... kalau buat lagi kira dah kalah.. padan muka.

rasanya, kes inilah yang paling banyak tangguh kat seluruh planet kita ni... Tak apa, Tuhan masih bagi peluang untuk Nuar ni ketawa sakan... lepas ni, nangislah sensorang kat SB.

Kes liwat Anwar tangguh 8 Disember

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.

Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.

Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.

Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.

Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.

Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya setelah memanggil tujuh saksi termasuk tiga pakar dari luar negara untuk memberi keterangan iaitu lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.

Anwar yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan pula memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh pada 22 Ogos lalu menyebabkan soal jawab tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada 16 Mei lalu memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan ialah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu menyebabkan perbicaraan hanya bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan 26 saksi.

Khamis, 10 November 2011

AMANAH

ARKIB : 09/11/2011
‘Saya ada keyakinan tinggi terhadap UMNO’

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan keyakinan tinggi terhadap UMNO dan akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

Katanya, sejak dahulu lagi parti tersebut berdiri atas gabungan idea dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan yang membuatkannya bertahan sehingga kini.

“Kalau saya benar-benar hendak keluar UMNO, saya sudah cakap awal-awal. Buat apa mahu buang masa?

“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini, hari ini.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu, sekali gus menjawab segala spekulasi yang kononnya beliau akan keluar UMNO seperti dakwaan beberapa blog sebelum ini.

Kata beliau, Amanah yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua minggu lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.


Aku sangat tertarik bila KULI kata, tiada ruang bersuara dalam UMNO. Maksudnya tidak jelas. Apakah UMNO sudah tidak mempunyai kebebasan untuk melontarkan apa saja idea, pandangan hatta kritikan. Atau KULI nak idea, pandangan beliau didengar dan diambil tindakan. Atau penubuhan AMANAH hanya sebagai satu platform sebelum bertukar kulit menjadi pertubuhan politik.

Bagi aku, kalau tak ada ruang bersuara, cakap pada press apa saja yang tak puas hati. Susah sangatlah kalau stail politik dulu masih dibawa dalam stail politik sekarang. Sepatutnya, stail pembangkang yang sentiasa membesar-besarkan isu digunapakai, tapi isu yang dibawa mesti bersandarkan fakta dan hujah bukan hanya semata fitnah dan dengar khabar.

satu lagi, kalau dah ada NGO, kena berani bersuara, bukan hanya pada kerajaan tapi juga kepada pembangkang.

dan akhir sekali, kalau aku sebagai KULI, aku balik ke ADUN kelantan. pohon pada PM jawatan MB. Kalau menang, majukanlah Kelantan. Kalau nak bersuara masa tu, mesti orang akan dengar....

Portal Putar Alam

Banyak isu yang diputarbelit. Heran juga juga bagai takada tindakan. Sebaiknya, yang kena fitnah, saman je MKni

Rujuk sini

Rabu, 9 November 2011

Kena Gantung

Nak tanya pun tak boleh ke hingga sampai kena gantung. Wah ini baru hukum rimba. Tak boleh nak tahu apa-apa. Kalau ADUN pun tak boleh tahu, apa lagi rakyat. Inilah ketelusan pentadbiran yang diuar-uarkan. Apa salahnya kalau jawab... kalau tak puas hati, bagi puas hati hingga ADUN BN ni takmampu nak soal lagi...

ADUN Batang Kali digantung hadiri Sidang DUN


2011/11/09
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang terus-menerus menyuarakan ketidakpuasannya terhadap jawapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim terhadap jawapan tambahannya diarahkan meninggalkan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Teng Chang Khim membuat keputusan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap dewan, turut menggantungnya daripada menyertai sidang dewan selama sehari.
Teng membuat keputusan itu berikutan tindakan Mohd Isa yang enggan berhenti daripada menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai tindakan Abdul Khalid yang tidak menjawab soalan tambahannya mengenai program khusus untuk para penjawat awam di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Speaker berkata beliau merasakan Abdul Khalid telah menjawab soalan tambahan Mohd Isa kerana penjawat-penjawat awam di Selangor menikmati segala kemudahan di bawah MES memandangkan mereka juga adalah rakyat Selangor.

Mohd Isa yang terus membantah, telah diiringi oleh Bentara dewan untuk keluar meninggalkan dewan. - BERNAMA

Selasa, 8 November 2011

Nuar Naik Haji

Lihat gambar di bawah : Tak tahu ni nak naikkan imej Nuar atau sebaliknya. Korang lihat dan zoom sehingga gambar keduanya pecah-pecah. Lihat gambar siapa yang tipu

Ahad, 23 Oktober 2011

Pengamal Media

Kata Nik Aziz, :

setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.


link Harakah:

Sekarang ni, siapa blogger yang rajin sangat lempar fitnah dan buat tuduhan palsu. Nik Aziz memang betul apa yang dia kata, tapi kata-katanya ini memang sesuai untuk blogger pro Pakatan Rakyat.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muamar Gadafi

Al-fatihah...

Satu lagi pemimpin Arab tumbang. Apakah nasib negara Libya seperti Iraq dan Mesir yang tidak pernah tenteram setelah kejatuhan pemimpin sedia ada.



Tamatnya pemburuan Gaddafi


Beberapa orang askar kerajaan sementara Libya memeriksa mayat salah seorang rakan mereka dekat lokasi Gaddafi ditangkap di bandar tepi pantai, Sirte, semalam. - AFP

TRIPOLI, LIbya 20 Okt. - Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara awal hari ini menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada Ogos lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan pemberontak.

Kematiannya yang tragis itu disambut dengan sorakan kegembiraan oleh rakyat Libya, terutama pemberontak yang berusaha mengulingkannya melalui tunjuk perasaan sejak Februari lalu yang kemudian bertukar menjadi pemberontakan berdarah.

Selepas kejatuhan Tripoli, pemimpin itu cuba mempertahankan kuasanya dengan penyokong dan tentera yang setia dengannya melancarkan serangan balas dari kubu kuatnya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid.

Namun, bandar Sirte tumbang ke tangan tentera pemberontak awal bulan ini dan pertempuran sengit berterusan di bandar itu dan Bani Walid sehingga Gaddafi terbunuh di tangan musuhnya yang dibantu tentera Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) awal hari ini.

Pemberontakan di Libya bermula sejak Februari lalu setelah mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Yemen.

Ia bermula dengan tunjuk perasaan bagi mendesak diadakan reformasi sebelum bertukar menjadi pemberontakan unutk menggulingkan Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun.

Rakyat Libya menyifatkan Gaddafi sebagai seorang diktator.

Sepanjang pergolakan selama hampir lapan bulan itu, rakyat Libya melancarkan berpuluh-puluh tunjuk perasaan dan beribu-ribu nyawa terkorban apabila tentera yang setia Gaddafi melancarkan serangan ke atas pihak yang anti-rejim.

Namun, pihak anti-Gaddafi tidak mengalah sebaliknya meneruskan pemberontakan dan serangan dengan bantuan NATO, sehingga menawan satu demi satu bandar di Libya termasuk Tripoli sehingga memaksa bekas pemimpin itu melarikan diri dan bersembunyi tanpa diketahui lokasinya.

Kematiannya membawa kejatuhan seorang lagi pemimpin Arab selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat di dunia Arab.

Kematiannya membuktikan Gaddafi adalah seorang pejuang yang sanggup mati demi mempertahankan negaranya. - Agensi

Sabtu, 10 September 2011

Mat Sabu

Sekarang ni kecoh dengan tindakan Mat Sabu menyokong dan mengiktiraf perjuangan komunis. Bagi aku, tindakan ni semata-mata nak alihkan isu;

- murtad
- liwat

kalau PAS @ Pakatan Rakyat nak iktiraf perjuangan komunis, tak salah. itu hal dia orang. tapi tunggulah PAS memerintah. Masa tu, kalau nak ubah sejarah pun, ubahlah. sekarang ni, dua kes kat atas tu, dah macam hilang, sekarang sibuk dengan Mat Sabu.

Selasa, 7 Jun 2011

Negara Islam

Selama ni puak Pas kata memperjuangkan dan akan menubuhkan negara Islam. walhal dalam matlamat penubuhan tidak ada pun akan menubuhkan negara Islam. Ini diakui oleh X MB perak, Nizar. Akhirnya dalam muktamar PAS baru-baru ni, semuanya terungkai. PAS pun sama macam UMNO. Bahkan lebih bejat dan jijik dari UMNO. Selama berdekad-dekad mereka menipu dan berbohong, tentang negara ISLAM, tentang HUDUD namun akhirnya semua dibuang ke tepi. Semuanya kerana kuasa dan impian untuk berjawatan tinggi.

Negara berkebajikan, itu yang diwar-warkan. kalau itu, betapa berdekad-dekad UMNO dalam BN perjuangkan. cuba memperbaiki taraf hidup melayu dan bumiputera. beri pendidikan yang sewajarnya agar Malaysia mampu mengejar dan mencapai impian untuk menjadi negara maju. negara Islam, bukankah dah dinoktahkan dalam perlembagaan bahawa agama rasmi ialah agama ISLAM. Ini tidakkah bermaksud BN itu memelihaa agama ISLAM dengan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi di antara agama-agama lain.

bagi aku, PAS cuba mengguna semula kaedah dan apa yang dilakukan oleh UMNO/BN semasa awal 70an.

Rabu, 18 Mei 2011

Akhirnya....

Akhirnya, Anwar angkat sumpah juga. Tapi bukan sumpah laknat. Angkat sumpah dalam mahkamah untuk bela diri. Tapi, berani ke Nuar ni bersumpah. Selamat mengangkat sumpah


Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas sekian lama menunggu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan 'mengangkat sumpah' pada 6 Jun ini dengan bersaksikan beberapa orang peguam belanya termasuk Karpal Singh.

Bagaimanapun, sumpah yang bakal dibuat itu bukanlah sumpah laknat seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebaliknya ia adalah sumpah untuk memberi keterangan benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka mengangkat sumpah tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan Mohd. Saiful Bukhari dari kandang saksi selaku saksi pembelaan yang pertama.

Barisan pembelaan pada ketika ini, telah menyenarai pendek antara 25 ke 30 orang yang bakal dipanggil memberi keterangan di peringkat bela diri itu.

Antara mereka yang disenaraikan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut disebut-sebut sebagai saksi ialah doktor dari Hospital Pusrawi ketika kejadian, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang merupakan doktor perubatan pertama ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis dan diperiksa olah pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Doktor itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan laporan perubatan kontroversi yang menyebut mengenai kemasukan objek plastik ke dalam dubur mangsa.

Selain itu, pakar-pakar yang dilantik oleh Anwar sebelum ini dijangka memberi keterangan pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama sebulan.

Tiga orang pakar tersebut ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia dan dua pakar forensik, Dr. C. Damodaran dari Chennai, India serta Dr. David Wells dari Melbourne, Australia.

Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari ini memberitahu, bakal-bakal saksi tersebut akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan di sebuah bilik di Kompleks Mahkamah terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mereka layak dipanggil sebagai saksi.

Jumaat, 6 Mei 2011

Pilihanraya Majlis Tempatan

Pilihanraya Untuk Ketua Kampung
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Pakatan Rakyat di Selangor bercadang nak buat pilihanraya majlis tempatan. Cadangan ni memang murni dan masuk dek akal. Cuma yang tak masuk dek akal ialah anggaran perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya majlis tempatan tersebut. Kalau ini dijalankan dan melibatkan 438 buah kampung, cuba kira berapa banyak duit yang kena tarik dari kantung kerajaan negeri. 438 buah kampung X 100,000.00 = ???? . kalau 10 buah kampung je dah cecah 1 juta, 100 kampung dah capai 10 juta. 400 kampung dah jadi 40 juta. maknanya di sini. perbelanjaan untuk pilihanraya majlis tempatan dah pakai lebih 40 juta. banyak tu. nanti pilinraya untuk majlis perbendaharaan pulak, jika diadakan, mesti perbelanjaan cecah ratusan juta. banyaknya duit kerajaan selangor. mesti kerajaan selangor ni pendapatan sehari puluhan juta, tu sebablah duit tak tahu nak buang kat mana. dan yang pastinya, rakyat selangor ni mesti semuanya hidup senang lenang dan tak perlukan bantuan apa-apa dari kerajaan negeri.

Khamis, 5 Mei 2011

TBH

1. Patutlah bila ramai mendesak kerajaan adakan Suruhanjaya Diraja, Pakatan Kerajaan Rapuh ni tolak tanpa alasan yang kukuh. Rupanya, takut segala macam keaiban akan terbongkar. macam kes TBH nilah. SPRM tak ada alasan yang cukup munasabah untuk menjahanamkan TBH ni, sebab TBH ni bagai kunci untuk bongkar segala macam kerakusan DAP membaham projek-projek di Selangor.

2. Diharapkan selepas ni akan banyak lagi keaiban dan kerakusan DAP dibongkar. Lepas ni kita dengar pula spin dari khadam Khalid.

Disyaki menipu, salah guna lesen

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Katanya, intipati kesalahan sudah mencukupi kerana Wye Wing yang merupakan kontraktor bukan bumiputera menyedari bahawa projek yang diperoleh daripada kerajaan negeri Selangor dengan meminjam nama syarikat kontraktor bumiputera, adalah dikhaskan untuk bumiputera sahaja.

Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap kesalahan tersebut tidak dapat dilakukan berikutan kematian Beng Hock selain kontroversi dan keadaan yang tidak sesuai selepas kejadian tersebut.

‘‘Bagi saya keterangan Beng Hock paling penting. Walaupun kes merujuk kepada Seksyen 18 (tuntutan palsu), terdapat juga kesalahan lain yang boleh disiasat seperti Seksyen 23 (salah guna kuasa) atau menipu di bawah Kanun Keseksaan.

‘‘Saya ada berbincang dengan pihak atasan, tetapi memandangkan keadaan dan senario pada ketika itu, kita tidak boleh siasat lanjut kesalahan lain kerana kemungkinan tidak akan dapat keterangan yang diperlukan terutama keterangan Beng Hock,’’ jelas beliau.

Menurut Ahmad Shafik, keterangan Hian Wah yang merupakan suspek utama dalam siasatan berhubung 80 projek di kawasannya serta ADUN angkat, Kuala Kubu Bharu juga tidak dapat dirakamkan kerana keadaan semasa yang kontroversi serta telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Sementara kenyataan Wye Wing terpaksa dirakam beberapa kali berikutan gangguan oleh beberapa peguam termasuk yang tidak dilantik oleh kontraktor itu kerana pihak SPRM terpaksa mengikut kesesuaian masa mereka selain tidak dibenarkan menyoal siasat selepas pukul 5.30 petang.

Katanya, hasil siasatan beliau bagaimanapun mendedahkan sebanyak sembilan syarikat kontraktor bumiputera digunakan oleh Wye Wing untuk meraih projek dan program di bawah peruntukan ADUN negeri Selangor.

Katanya, penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F itu menyalahi tatacara Perbendaharaan Negeri Selangor yang terikat dengan arahan Perbendaharaan Kementerian Kewangan.

Sabtu, 30 April 2011

Sumpah Laknat

Aku masih tetap dengan pendirian semalam, masih was-was dan ragu-ragu walaupun Eskay dah bersumpah laknat. selagi pihak berkuasa tidak memjelaskan siapa pelaku utama dalam video seks, selagi itu Eskay ni tak boleh percaya. Alasan aku mudah, kenapa dia cari Rahim (umno) dan Shuib(perkasa) untuk hebahkan video ni. andaian aku, jika video ni kantoi, yang akan menerima bahana ialah umno dan perkasa. bayangkan...

aku tak mahu bayangkan apa-apa, namun rasa syak makin kukuh bertapak. Eskay dah lama kawan ngan nuar. bahkan hidup pun hasil ehsan projek nuar. dia dengan Rahim dan Shuib, dah berapa lama akrab... dan satu lagi, apasal 1conference Nuar hari tu terus bagi tahu pasal perut buncit. apa dia dan Eskay dah kaji siang malam tentang video seks ni. bab perut tu mungkin peluang paling besar untuk dia orang manipulasi/spin. hasilnya, sekarang ni rakyat semacam dah tak peduli dengan kes liwat. zaman sekarang ni, orang sanggup buat apa saja untuk wang dan harta, apa sangatlah nak bersumpah laknat.

harap-harap ini cuma rasa was-was yang tak kan jadi kenyataan.

Jumaat, 29 April 2011

Video Seks Dsai

Aku masih was-was dengan video seks DSAI ni, selagi pihak berkuasa belum sahkan siapa pelaku utamanya, selagi itulah aku masih ragu-ragu. ragu-ragu atas beberapa perkara yang bila difikirkan semula, pasti akan menjahanamkan BN terutamanya UMNO.

1. Eskay tu kawan baik nuar, putar belit pun mungkin sebiji macam Nuar. Pelik bin ajaib kenapa dia dihalang untuk melaksanakan sumpah lahanat. adakah ini sandiwara dia dan nuar. Iyalah, sapa-sapa bersumpah lahanat, pasti akan tiba masanya menerima habuan.

2. Eskay bawa orang Umno dan orang Perkasa. Bila pelakunnya bukan Nuar, apa akan berlaku pada Umno dan perkasa. Yang terpalitnya kerajaan juga. pastinya ini akan menaikkan ranking pembangkang di mata rakyat.

3. Kenapa pihak berkuasa sehingga sekarang tak umumkan siapa pelakunya. walhal teknologi untuk mengesahkan gambar yang tak jelas tu dah ada ( rujuk siasatan kematian adik Nurin Jazlin )

4. kes ni dah mengalihkan isu liwat.

wallahualam. ini hanya kebimbangan yang bersarang di hati sementara menanti pengesahan pelaku utama dalam video seks. diharapkan kebimbangan ini tidak menjadi kebimbangan

Sabtu, 5 Mac 2011

Kutuk Felda

Kalau betullah seperti dilaporkan, satu ja nak komen: orang PAS ni dah mengakui yang Felda tu amat berharga bagi orang Melayu. Tapi kan... puak-puak ni juga kata yang Felda ni dah bangkrap. Kalau dah bangkrap, buat apa beli....


Tuan Ibrahim tidak patut beli tanah peneroka
05/03/2011 1:53pm

Oleh NIZAM HAMID

KUALA KRAU 5 Mac - Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika benar dakwaan itu, ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walaupun dengan menggunakan nama isterinya.

“Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Tuan Ibrahim patut membela rakyat bukannya mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam blog tentang tindakan Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas membeli tanah dengan menggunakan nama isterinya daripada peneroka.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan pemimpin Pas seperti `cakap lain buat lain'.

“Sewaktu peneroka Felda tersepit kita sepatutnya membantu mereka, bukannya mengambil kesempatan, tindakan itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk jualan secara paksa,” ujarnya. - Utusan

Sabtu, 26 Februari 2011

banyaknya, betul-betul membazir... kalau guna duit tu untuk pembangunan, pendidikan, pertanian, perkhidmatan, mungkin akan dapat menjana sekali ganda lagi...

RM10.3b kekalkan RON95

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak bimbang kerana setiap tindakan kerajaan mengambil kira beban serta kos hidup yang dihadapi oleh mereka.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia mengeluarkan sejumlah subsidi yang lebih besar bagi memastikan kos perbelanjaan harian rakyat boleh dikawal.

“Setiap keputusan yang kita buat akan mengambil kira beban kepada rakyat. Rakyat tetap menjadi keutamaan kita meskipun terpaksa mengeluarkan jumlah subsidi yang besar.

“Apa yang kita pentingkan sekarang ialah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu kita kawal supaya kadar inflasi tidak meningkat. Setakat ini, kadarnya masih terkawal. Jika kadarnya tinggi ia akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan kerajaan mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga minyak dunia secara mendadak berikutan pergolakan di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara seperti Mesir dan Libya.

Sebagai contoh, Libya telah menghentikan pengeluaran minyak secara perlahan-lahan sejak kelmarin ekoran syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara berkenaan berterusan.

Untuk rekod, harga semasa bagi RON 95 ialah RM1.90 seliter.

Mengulas isu itu Najib berkata, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan buat masa ini berjumlah RM10.3 bilion.

“Dari segi bajet kita telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM10.3 bilion untuk tahun ini dan jika tiada perubahan harga (minyak dunia), jumlah subsidi kita akan meningkat agak ketara.

“Namun subsidi ini tidak melibatkan RON 97 kerana ia berdasarkan harga minyak semasa,” katanya lagi.

Mengenai bajet tambahan untuk subsidi sekiranya trend kenaikan minyak dunia terus berlaku beliau berkata, kerajaan akan melihat harga minyak semasa di pasaran dunia.

“Kita perlu lihat harga minyak semasa dunia kerana ia terumbang-ambing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri percaya sekiranya keadaan di Asia Barat dan Afrika Utara reda dalam kadar segera, harga minyak dunia akan turun.

“Jika keadaan di Asia Barat reda dalam keadaan yang segera harga minyak pasti akan turun. Jika turun, harga RON 97 juga turun dan itu yang kita janjikan. Kita hanya kawal RON 95 serta produk yang lain seperti gas asli cecair (LPG) dan diesel,” katanya lagi.

Ahad, 20 Februari 2011

Bob



Lepas tarik diri jadi juri Raja Lawak, nampaknya Bob Lokman beralih arah pula. Kali ni masuk dalam politik pulak. Agaknya-agaknya PRU13 nanti, Bob Lokman ni akan bertanding kawasan mana lak. Mesti kawasan yang selamat, sebab nak merasa jadi YB.