Khamis, 15 Disember 2011

sokong hassan ali

pertama: ketua dewan pemuda pas ni biar betul, berani sungguh dia menongkah arus. kang tak kena calon dalam pru, padan muka. satu lagi, kang kena jentik telinga oleh nik aziz, mesti cerita jadi lain. dia ni, berapa kali buat kenyataan lepas tu spin

kedua: mengikut artikel kat bawah,dr hassan ali mau berjuang memertabatkan islam. selama berada dalam jawatan dan , baru kini dia mau memertabatkn islam. selama ni, apa dia buat. kalau setakat murtad tu, baik diam-diam ajalah. tu depan mata, mursamdol yang keluar macam-macam fatwa menyesatkan, takkan tak mhu tegur. yang itu lebih besar tanggungjawabnya sebab, apa yang nik aziz kata, jadi ikutan ribuan umat islam fanatik pas. yang itu perlu jadi keutamaan kalau nak memertabatkan islam. kalau tak boleh buat, baik duduk diam-diam cam haron din sambil berdoa agar nik aziz tersedar dari mabuk politik..


Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NASRUDIN HASAN

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

‘‘Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.’’ katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

‘‘Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

‘‘Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,’’ ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

‘‘Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,’’ katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan