Rabu, 14 Disember 2011

TS Musa patut saman

benda ni aku dah ulas. patut ajar je penulis blog fitnah yang sebar fitnah ni. biar muflis. tulis tak buat pertimbangan. berapa banyak orang yang percaya dengan fitnah penulis blog haramjadah tu. rm15 juta untuk kahwin. dari mana dapat. kerajaan bagi sebab aniaya Anwar. itu persepsi yang dicuba dimainkan oleh blog pembangkang ni. jadi, jangan bagi lepas. bagi lepas umpama melepaskan anjing tersepit. saman aja, biar belajar sikit. fitnah tidak harus jadi kepercayaan masyarakat. kalau bos dia orang sentiasa bergelumang dengan fitnah, jangan pula masyarakat lebih mempercayai fitnah daripada fakta sebenar.

satu lagi, soal minta maaf lain. soal saman tuntut ganti rugi lain.

Musa lapor polis demi maruah

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan