Selasa, 31 Januari 2012

Lucut Gelaran



kasihan ko Aziz Bari. Tu lah pasal, melalak pada majikan yang bagi kau makan. kau dah tak ada apa-apa dah. Tanpa gelaran, kau kata apa pun orang tak pandang. biar kau banyak ilmu tapi tanpa gelaran umpama cikgu tanpa tauliah. berapa banyak ilmu kau pun tak kan dapat jadikan ramai orang ilmuan macam kau yang pernah diiktiraf. ulang sekali, ilmuan yang diiktiraf..

Isnin, 30 Januari 2012

Isu KUIN

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin

akhirnya, yang salah tetap UMNO. biar dia orang buat bodoh macam mana pun, yang bodoh akhirnya UMNO juga. lihat dari isu ini, nyata sekali dalam PR sebenarnya masih ada lagi yang mengakui kepentingan AUKU. tapi sebab nak hidup dalam politik, terpaksa lah jadi pak sanggup saja.

harapnya Azizan akan konsisten dengan keputusan dia ni. jangan jadi macam beberapa isu yang lepas, cakap berapi-api macam naga, namun akhirnya tunduk juga. namun kali ni, tindakan Azizan dapat restu Presiden Pas. jangan pulak nanti DAP mengaum, lantas mursamdol pun terlalak terlolong, akhirnya Azizan terpaksalah jadi pak sanggup juga. ubah semula keputusan yang telah dibuat.

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin

Aziz Muda, 29 Jan 2012

GOMBAK, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu, terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau.

Sabtu, 28 Januari 2012

Islam -hanya bagi nasihat je...

beginilah nasib Islam di Selangor. Nantinyan PAS hanya akan jadi pemerhati je. Sekadar bagi pandangan dan nasihat. itu pun kalau MB nak dengar. Kita tunggu ajelah, adakah syiar Islam akan semakin subur di Selangor atau penguatkuasaan maksiat, judi, zina dan murtad akan semakin sepi.

Utusan Malaysia Online - Politik

Jumaat, 27 Januari 2012

Jual Baucer

jangan wap aja. bukti dah ada. jadi kena buat dan bertindak. puak-puak tak sedar betapa beruntungnya dia orang dengan pemberian baucer ni.

satu lagi, ada terdengar rungutan dari pelajar. tempat nak tunaikan baucer tu tak menyeluruh. kalau ada pun jauh dari tempat pelajar. mungkin inilah sebab kenapa baucer buku tu kena lelong.

Pelajar jual Baucar Buku 1Malaysia boleh dipenjara


2012/01/27
PUTRAJAYA: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menjual dan melelong Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) termasuk menerusi laman web boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun, selain denda dan sebat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pihaknya menerima laporan daripada pegawai kanan Kementerian Pengajian Tinggi berhubung kes itu malam kelmarin dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

Rabu, 25 Januari 2012

Isu NFC

yang menggambarkan NFC teruk cuma pembangkang. Apa kata KAN saman pulak pihak pembangkang jika secara jelas mengaitkan LKAN dalam fitnah terhadap NFC.

NFC: Ketua Audit Negara perjelas laporan


2012/01/25
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, "in a mess" ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, "Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan."
Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkan pelaksanaannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan dijalankan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

"Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek," katanya.

Ambrin berkata, pengauditan bagi projek PFN dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Beliau berkata, analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.
"Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi," katanya.

Ketua Audit Negara turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu ialah pencapaian projek PFN sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

Menurutnya, NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu "golden share" bernilai RM1 manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Ambrin berkata, projek itu diaudit memandangkan ia penting daripada segi pengeluaran makanan negara di mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.

Katanya, ia termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.

"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja," katanya.

Beliau berkata, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Ambrin berkata, pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan. - BERNAMA

Isnin, 23 Januari 2012

Ah Jib Soh vs Ah War Goh



Kalau dengan orang Cina, DS Najib, sentiasa akan kalah dengan Nuar. Bagi macam-macam pun, DS Najib tak kan mampu memikat hati Cina. Sebabnya, hanya satu. Dengan Nuar, orang-orang Cina akan memiliki kuasa politik yang selama ini mereka idamkan. Kalau dengan DS Najib, kuasa politik tetap kekal di tangan Melayu. Kalau inilah jadi kayu pengukur untuk jadi PM Malaysia, memang sah Anwar akan jadi PM. Tapi, semudah itukah. orang Melayu dan Bumiputera mau letak di mana. Apa pun, walau kurang mendapat sokongan, namun masih ada juga Cina yang menyokong usaha murni PM. Diharap, usaha berterusan komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan amat diperlukan dalam menarik kembali sokongan orang-orang cina. Jangan depan PM, baru nak tunjuk kerja keras, belakang PM, tidur memanjang...

Ahad, 22 Januari 2012

Bela Diri

Harap kes Saiful pun macam ni, baru lepas satu mahkamah. Ada tiga mahkamah lagi...

Karpal diarah bela diri tuduhan menghasut


2012/01/21
Kenyataan pada 2009 cemar kehormatan Sultan Perak

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memerintahkan peguam Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 2009.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Pengerusi Kebangsaan DAP daripada pertuduhan itu pada 2010.
Hakim Ahmad memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menetapkan 9 Februari bagi sebutan kes Karpal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim itu dalam penghakiman bertulis yang mengambil masa dua jam untuk membacakannya, berkata kenyataan Karpal ialah rasa tidak puas hati terhadap Sultan Perak.

Katanya, kenyataan Karpal mencemarkan kehormatan sultan serta mengakibatkan pertembungan ketamadunan antara hubungan rakyat dan raja.

Karpal dilepaskan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 daripada tuduhan mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama, di sini, 6 Februari 2009. Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad berkata, panel tidak menerima hujah Karpal bahawa Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 yang menetapkan bahawa tindakan mempersoalkan hak dan keistimewaan Raja adalah satu kesalahan, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada pendengaran rayuan, Julai tahun lalu, Karpal memohon mahkamah mengeluarkan Seksyen 3 (1)(f) dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan kerana Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan membenarkan litigan mendakwa ketua negeri di mahkamah menerusi cara semakan kehakiman.

Hakim Ahmad berkata, semakan kehakiman tidak boleh dibuat terhadap kuasa sultan.

Beliau berkata, kenyataan Karpal pada sidang akhbar itu bahawa sultan tidak menghormati undang-undang dan sultan telah bertindak secara ultra vires Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, telah menimbulkan kebencian. Perkara 16 (6) berkait dengan kuasa sultan untuk melantik menteri besar.

Hakim itu berkata, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan apa yang diperkatakan itu menimbulkan keadaan huru-hara dan tidak perlu untuk menunjukkan niat dalam hasutan.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan Karpal tidak termaktub dalam kebebasan bersuara dan sebagai peguam kanan serta Ahli Parlimen, Karpal sepatutnya tahu sempadan dan batasan kebebasan bersuara.

Karpal diwakili empat anaknya iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur, selain R S N Rayer, Ramesh Sivakumar dan Teoh Lib Peng. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan Najib Zakaria. Rajpal Singh adalah peguam pemerhati Majlis Peguam.

Di luar mahkamah, Karpal berkata, beliau akan merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan walaupun ada autoriti mahkamah menyatakan sekiranya dipanggil membela diri, ia tidak boleh dirayu kerana ia bukan perintah muktamad.

“Saya menerima keputusan itu pada ketika ini. Kami akan teruskan ke Mahkamah Persekutuan dan kita lihat apa berlaku di sana,” katanya. – BERNAMA

Khamis, 19 Januari 2012

Masuk DAP

akhirnya haramjadah ni tunjuk muka sebenar. selama ni, begitu banyak dia bawa kerosakan pada utusan. inilah wajah seorang melayu yang tak pernah mensyukuri nikmat yang diraih di negara yang bertuah ini.



Bekas wartawan Utusan sertai DAP


2012/01/19
KUALA LUMPUR: Bekas Wartawan Utusan Malaysia, Mohd Hata Wahari, menyertai DAP sebagai ahli biasa.

Ia diumumkan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng di satu sidang akhbar yang dihadiri Hatta, 42, di ibu pejabat DAP di Jalan Yew di sini hari ini.
Hata dipecat daripada Utusan Malaysia pada 21 April tahun lalu berikutan satu perbicaraan disiplin. - BERNAMA

Rabu, 18 Januari 2012

Sokong LGBT

Ada orang tu kata, undang-undang sejenis ni dah lapuk. Kalau dia jadi PM, undang-undang sejenis ni mesti dalam agenda utama untuk dimansuhkan. Kalau dia kata dah lapuk, maknanya dia sokong hubungan sejenis. Patutnya, yang dia ni kena dakwa atas tuduhan meliwat kena ketatkan lagi hubungan sejenis, ini sebaliknya pulak.


Umat Islam sokong LGBT murtad

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


DATUK NOOH GADOT

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, ini kerana tindakan itu jika dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

‘‘Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam.

‘‘Sesiapa juga yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada percubaan beberapa pihak yang mahu menghalalkan hubungan sejenis di negara ini termasuk dengan menekan undang-undang negara yang meletakkan hubungan itu sebagai kesalahan jenayah.

Ia termasuk Majlis Peguam yang menolak hubungan sesama jenis yang dilakukan secara suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah sekali gus tidak harus dibawa ke mahkamah.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Menurut Nooh, selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ia kata beliau, termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

‘‘Dalam hal ini kita boleh merujuk kepada firman Allah SWT menerusi surah Hud ayat 113 yang bermaksud: ‘Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan’,” katanya.

Katanya lagi, kefahaman yang menghalalkan hubungan sejenis juga telah membuang hukum berhubung perkahwinan yang antaranya rukun nikahnya ialah perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

Justeru tambah beliau, mereka yang menolak hukum dan ketetapan Allah SWT serta Rasulullah SAW itu bermakna telah menolak al-Quran dan sunah sekali gus tergolong dalam kumpulan yang sesat dengan kesesatan yang nyata.

Dalam pandangan serupa, bekas Fellow Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin menilai, kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai undang-undang homoseksual negara itu bermotifkan politik iaitu mengharapkan sokongan daripada kumpulan yang berfikiran sekular serta liberal.

Anwar juga kata beliau, cuba menonjolkan kepada masyarakat dunia terutamanya Barat bahawa beliau boleh bersifat terbuka dalam perjuangan hak asasi manusia termasuk dalam soal hubungan sejenis meskipun perkara itu jelas ditolak oleh semua agama.

“Di negara ini kenyataan seperti itu mungkin boleh memberikan kelebihan politik daripada sekumpulan kecil kelompok masyarakat, tetapi bagi mereka yang waras ia adalah satu kenyataan yang melampau,” katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, undang-undang mengenai homoseksual tidak sepatutnya dipertikai kerana perbuatan itu ditegah oleh semua agama.

Sambil menyifatkan hubungan sejenis itu merupakan kesalahan yang diketahui meskipun oleh kanak-kanak, beliau berkata, orang dewasa yang menyokong perbuatan itu boleh dianggap terkeluar daripada Islam kerana menolak hukum Allah.

“Justeru saya menasihati umat Islam di negara ini agar tidak menunjukkan sokongan kepada gerakan yang cuba menghalalkan hubungan sejenis termasuk memilih pemimpin yang cenderung menyokong aktiviti seperti itu,” katanya.

Ahad, 15 Januari 2012

HOMO

Bukan namanya homo kalau tak sokong homo. Dia naik jadi pm Malaysia, perkara pertama dia halalkan sudah tentu aktiviti LGBT. Supaya senang kalau dia buat, takkan ada yang bawa kes ke mahkamah.

Homoseksual: Apa kata Anwar

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengrang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Rakaman temu bual selama kira-kira empat minit itu berlangsung pada 12 Januari lalu dan boleh ditonton menerusi laman web BBC Asia di http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius.

Khamis, 12 Januari 2012

Anwar Bebas BN Untung

Kalau Anwar ke penjara, yang paling gembira pastinya Anwar. Sebab awal-awal lagi dia dah kempen untuk masuk ke penjara dengan mengatakan bahawa BN sudah menetapkan nasibnya akan ke penjara. Tapi yang berlaku sebaliknya. sekarang ni pasti, bingung nak cari point untuk putar balik isu dengan menyalahkan kerajaan. Isu yang pertama tentunya kerajaan mendapat tekanan dari luar berkaitan dengan kes liwatnya.

secara peribadi, aku nak juga Anwar ni bebas. Bertemu buku dengan ruas dengan DS Najib dalam PRU 13. Kalau pakatan rakyat gagal menakluki Putrajaya, makanya karier politik Anwar akan ranap.

Pembebasan Anwar nilai tambah kepada BN

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat memberi nilai tambah kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, keputusan itu menyebabkan pembangkang kehabisan isu untuk menyerang BN selain membuktikan tuduhan yang dilemparkan terhadap institusi kehakiman negara selama ini silap.

Katanya, sekiranya mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dipenjarakan, pembangkang akan menggunakan sebaiknya peluang itu untuk meraih undi simpati rakyat, tetapi keadaan berbeza selepas keputusan diumumkan.

"Barangkali mereka (pembangkang) juga terkejut dengan keputusan itu. Kini mereka tidak mempunyai isu lagi untuk menyerang kerajaan BN dan mendapatkan undi simpati daripada rakyat terhadap Anwar.

"Tuduhan pembangkang bahawa institusi kehakiman dan mahkamah tidak telus telah dipatahkan oleh keputusan berkenaan. Ini merupakan satu kelebihan serta nilai tambah kepada BN.

"Situasi ini juga berupaya mengukuhkan kedudukan parti tersebut menjelang pilihan raya umum nanti. Rakyat menyambut baik program transformasi yang diperkenalkan kerajaan, jadi tiada sebab untuk BN berasa tertekan atau gentar dengan pembebasan Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN tidak gentar dan tertekan untuk menghadapi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan pembebasan Anwar.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula berkata, pembangkang ketika ini hanya mampu 'bermain' perang psikologi dengan mendakwa BN gentar terhadap keputusan pembebasan Anwar.

Katanya, tiada apa yang boleh dilakukan oleh pembangkang selepas isu-isu yang dibangkitkan mereka dapat diselesaikan satu persatu.

"Isu berkaitan pilihan raya umum telah diselesaikan. Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga telah diselesaikan, kini isu membabitkan ketelusan institusi kehakiman negara juga telah dijawab. Jadi pembangkang sudah tiada modal lagi.

"Saya difahamkan pembangkang sebelum ini merancang pelbagai strategi sekiranya Anwar dipenjarakan dan kini satu strategi pun tidak boleh digunakan. Mereka terperangkap dengan strategi sendiri.

"Apa yang perlu dilakukan oleh BN ialah meneruskan usaha melaksanakan program-program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memastikan nasib rakyat terbela di bawah program berkenaan," jelasnya.

Selasa, 10 Januari 2012

DNA

Baca berita di bawah, hanya satu inti saja yang saya dapat:

- Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.-

bukti DNA dia tak terima, tak bagi DNA dia terima. nanti dengan cina doll bukti lagi jelas. tak payah pakai DNA, sebab muka dah clear. kalau tak terima juga, memang Anwar tu anugerah Tuhan.


Anwar bebas tuduhan liwat

Anwar Ibrahim diiringi, Wan Azizah Wan Ali tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta bagi mendengar keputusan kes tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Dalam satu keputusan yang mengejutkan, Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini katanya, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

‘‘Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan,’’ ujar Hakim Mohamad Zabidin mengakhiri penghakiman ringkasnya yang memakan masa hanya tiga minit untuk dibaca sebelum beliau tanpa berlengah lagi terus masuk ke kamar hakim.

Galeri awam yang penuh sesak dengan ahli keluarga dan penyokong-penyokong Anwar sehingga ada yang berdiri menyambut keputusan tersebut dengan sorakan gembira.

Anwar yang sebelum itu kelihatan lesu dan terdapat tanda-tanda kerisauan, berubah ceria dan melemparkan senyuman sebelum memeluk isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Anak-anak mereka turut mengambil kesempatan memeluk bapa dan ibu mereka sambil menitiskan air mata.

Kesemua anak pasangan itu iaitu Nurul Izzah yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Nuha, Nurul Ilham, Nurul Iman, Nurul Hana dan anak tunggal lelaki mereka, Mohd. Ihsan hadir ke mahkamah.

Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga; dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said selain perwakilan-perwakilan asing.

Hampir 4,000 penyokongnya turut hadir memenuhi tempat meletak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak pukul 6.15 pagi.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Sementara itu, Anwar ketika dikerumuni media di pekarangan mahkamah mengucapkan rasa syukur atas keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

Beliau yang menyifatkan bahawa keputusan tersebut telah ‘membersihkannya’ daripada tuduhan yang mengaibkan selain turut membayangkan akan terus melakukan reformasi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Mahkamah dalam keputusannya di akhir kes pendakwaan pada 16 Mei tahun lalu memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas mendapati Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

Anwar kemudian memilih untuk memberi keterangan tanpa mengangkat sumpah di kandang tertuduh dengan hanya membacakan kenyataan yang antara kandungannya adalah hanya menafikan melakukan perbuatan seperti yang didakwa selain menuding jari kepada hakim yang didakwa menyebabkannya tidak mendapat perbicaraan secara adil.

Isnin, 9 Januari 2012

Berita Harian Online | Mahkamah bebaskan Anwar

Tahniah lah buat Anwar Ibrahim. Dengan bebasnya Anwar maka sahlah Anwar seorang pendusta dan pembohong. Dalam mana ceramah luar dan dalam negara, Anwar sentiasa menuduh badan kehakiman tidak adil dan menjadi alat kerajaan. Kini dengan bebasnya Anwar, segala tuduhan adalah tidak berasas dan bukti bahawa Anwar pendusta. M

Berita Harian Online | Mahkamah bebaskan Anwar

Pengkhianat

Hari ni aku nak maki orang. Haramjadah yang hidup senang dan makmur di bumi Malaysia ni hasil perjuangan UMNO dan BN akhirnya jadi pengkhianat agama dan bangsa.

Mohd Ariff Sabri, Aspan sertai DAP


2012/01/08
SHAH ALAM: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias, hari ini menyertai parti DAP secara rasmi.

Kedua-duanya yang juga penulis blog, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai DAP kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng, pada sidang media selepas persidangan DAP 2012 di sini hari ini.
Mohd Ariff Sabri dan Aspan berkata, penyertaan mereka dalam DAP dibuat tanpa sebarang prasyarat serta tanpa sebarang permintaan untuk diberikan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya sama ada mereka secara rasmi sudah keluar daripada UMNO, Mohd Ariff Sabri, yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Pahang, dan Aspan, yang menganggotai UMNO selama 40 tahun, berkata penyerahan borang untuk menyertai DAP menunjukkan keanggotaan mereka dalam UMNO sudah terbatal secara automatik. - BERNAMA

Selasa, 3 Januari 2012

Azmin : 100,000 ribu akan sertai kempen Bebas Anwar 901

100 ribu nak serang KL. banyak tu. tapi, kalau demo Bershit hari tu, rata-rata yang berdemo hanya orang Pas. yang ni kempen bebaskan Anwar kemungkinan besar hanya PKR je yang datang. berapa kerat je yang datang nanti. belum tahu lagi anwar bersalah, dia orang ni yang bagai dah bagi confirm Anwar tu memang sah peliwat.

Azmin : 100,000 ribu akan sertai kempen Bebas Anwar 901: An Example Description

Isnin, 2 Januari 2012

Majlis Peguam

Kalau dah tindak tanduk menyalahi akta, tak kan Majlis Peguam ni tak boleh diambil tindakan. Tak kan dia orang ni kebal sangat. Kalau dah ternyata Majlis Peguam ni terbukti dalam menghasut rakyat menentang kerajaan, bersekongkol dengan pari pembangkang yang boleh mengakibatkan huru hara, tak kan kerajaan tak boleh bertindak. Kalau ada bukti, kenapa tak haramkan saja.

Majlis Peguam kini ‘majlis politik’

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Sikap membisu seribu bahasa Majlis Peguam berhubung penganjuran ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ meskipun ia dilihat mencabar kewibawaan institusi kehakiman negara, membuktikan badan tersebut kini bertukar peranan menjadi ‘majlis politik’.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Majlis Peguam yang sepatutnya tampil mempertahankan institusi kehakiman kini hanya bergerak dan menjalankan tugas mengikut selera politik bukannya atas dasar integriti.

“Sepatutnya mereka yang berselindung di bawah majlis amali seperti Majlis Peguam perlu mempunyai pendirian yang jelas. Jika inilah sikap mereka (berdiam diri), masyarakat harus memberi pertimbangan kepada majlis ini dan perlu melihatnya dari sudut selain undang-undang.

“Ini tidak boleh diterima (kegagalan Majlis Peguam mempertahan institusi kehakiman). Jangan bila kena mata dipejam dan bila kena perut dikempiskan,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Krismas dan Tahun Baru 2012 anjuran Parti PPP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Rais mengulangi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar jangan sesekali cuba menggertak dan mempengaruhi keputusan mahkamah berhubung kes liwatnya pada 9 Januari ini dengan cuba membawa perkara tersebut ke jalanan.

Menurutnya, cubaan Anwar untuk mempengaruhi keputusan mahkamah dengan pendekatan politik jalanan bukan sahaja tidak menghormati sistem perundangan negara tetapi juga memperjudi nasib serta masa depan institusi kehakiman demi kepentingan politik sempit.

“Keputusan belum pun dibuat, kenapa kita nak mempolitikkan. Datuk Seri Harun Idris, Datuk Mokhtar Hashim dan ramai lagi pemimpin UMNO yang dihakimi oleh mahkamah tidak pula membuat politik kaki lima, tidak menggoda dan menggertak sesiapa.

“Jadi kenapa Anwar perlu pergi ke seluruh negara bagi mewujud situasi sebegitu (mempengaruhi rakyat). Ini satu keadaan yang tidak membawa keadilan dan saya percaya rakyat tidak akan menyokong atau menyebelahi pihak yang sebegitu (pembangkang),” katanya.

Mengenai risiko keselamatan jika isu tersebut dibawa ke jalanan, Rais berkata, pihak polis mempunyai kuasa bagi melaksanakan langkah-langkah pencegahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1989 dan beliau percaya pihak berkuasa lebih peka dalam hal itu.