Sabtu, 5 Mac 2011

Kutuk Felda

Kalau betullah seperti dilaporkan, satu ja nak komen: orang PAS ni dah mengakui yang Felda tu amat berharga bagi orang Melayu. Tapi kan... puak-puak ni juga kata yang Felda ni dah bangkrap. Kalau dah bangkrap, buat apa beli....


Tuan Ibrahim tidak patut beli tanah peneroka
05/03/2011 1:53pm

Oleh NIZAM HAMID

KUALA KRAU 5 Mac - Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak sepatutnya mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika benar dakwaan itu, ia adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan walaupun dengan menggunakan nama isterinya.

“Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Tuan Ibrahim patut membela rakyat bukannya mengambil kesempatan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan dalam blog tentang tindakan Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas membeli tanah dengan menggunakan nama isterinya daripada peneroka.

Ismail Sabri berkata, tindakan itu juga seolah-olah menunjukkan pemimpin Pas seperti `cakap lain buat lain'.

“Sewaktu peneroka Felda tersepit kita sepatutnya membantu mereka, bukannya mengambil kesempatan, tindakan itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk jualan secara paksa,” ujarnya. - Utusan