Sabtu, 24 Disember 2011

Banyak Cakap

makin banyak cakap, makin nyatalah orang-orang PAS ni haprak. baik diam-diam aja, jadi semua orang tak tahu. antara hasan Ali dan Mustafa, salah satunya adalah pembohong. makin sinonimlah PAS dengan fitnah. dulu fitnah pemimpin negara, sekarang ni fitnah geng sendiri pulak. tu lah suka sangat dengan fitnah, sekarang ni bala fitnah tuju balik pada dia orang...

Hasan Ali anggap Mustafa buat tuduhan liar
24/12/2011 3:53pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan UMNO di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.

"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.

Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti,” katanya.

Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Berhubung isu beliau dilihat menggunakan “media UMNO” untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata, beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.

Beliau mendakwa akhbar Harakah terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung “negara berkebajikan” pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan