Khamis, 2 Februari 2012

lepas KITA, PAS




fuhhh... nasib baik parti KITA. kalau masa dalam PKR. menang pulak lawan Azmin, nampaknya lagi cepat PKR berkubur. Apa kata, Zaid ni masuk PAS, dengar khabar presidennya nak berundur dari politik. cuba-cubalah apply, kut-kut diterima masuk dan dapat pulak jadi presiden PAS.

lepas tu, bolehlah pulak bubarkan PAS

KITA akan dibubarkan: Zaid


2012/02/02
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, parti itu perlu dibubarkan, "untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah ahliya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang, PAS-DAP-PKR.
"Mereka sering melakukannya, yang jelas menunjukkan mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar membabitkan negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang," katanya dalam laman web KITA, partikita.com hari ini.
Beliau berkata, ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik gagal.

"Saya belum berjaya membawa masuk jumlah anggota yang secukupnya yang berminat dalam idea demokratik, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan penjawat awam. Saya belum mampu mendapatkan dana yang mencukupi untuk mengurus aktiviti parti dan kawan-kawan yang telah berjanji membantu tidak berbuat demikian," katanya.

Zaid berkata, "minat mendalam media dalam isu yang remeh-temeh membabitkan parti itu "juga menunjukkan kesukaran yang akan terus dihadapi parti itu kerana "ada cukup orang di luar sana" yang hanya berminat untuk mengkritik kepimpinannya pada KITA, dan mereka-reka berita untuk mencemuhnya.

"Peribahasa Melayu, 'jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan'.
"Kini saya sedar bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya harap dapat menyediakan idea-idea alternatf dalam politik dan kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum berlaku. Saya telah banyak membuat kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati."

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau sangat yakin bahawa "perubahan akan berlaku untuk kebaikan negara" dan menambah bahawa beliau akan melakukan, lagi dan lagi, dan tidak akan berhenti memberikan khidmat kepada orang ramai.

"Kepada ahli parti yang sebenar-benarnya yang pastinya tidak gembira dengan keputusan ini, saya mohon maaf. Saya hargai sokongan anda dan saya harap anda akan terima keputusan ini, bagi kebaikan yang lebih kepada pembangkang," kata beliau.

Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan.

Parti itu yang genap setahun bulan lalu, ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR berikutan dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari, dan 60 ahlinya memilih menyertai PKR. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan