Sabtu, 11 Februari 2012

Bakal MB Johor




Salahuddin ni memang spesies manusia yang susah nak faham. kalau jadi ketua memang akan punah ranah. sukar sangatkah nak faham. kalau ada ura-ura nak pindahkan dia ni ke Johor, maknanya nak padamkanlah karier politik dia. walau pun digula-gulakan dengan jawatan MB, namun Johor bukan Kelantan atau Kedah. Jangan fikir PRU13 sama dengan PRU12 yang lepas. Letak anak muda yang buta politik pun boleh menang. kerusi yang kalah kat Johor pun bukan sebab PAS dah gagah. Semuanya sebab PM masa tu yang orang banyak dah muak.

kali ni kalau dia dihantar bertanding di Johor, tempat mana yang layak untuk dia masuk. Kalau rata-rata pengundi Melayu, alamat lingkuplah Salahuddin. Tapi kalau dia bertanding kat kawasan majoriti Cina, rasanya boleh menang. Tapi.... maukah DAP bagi kerusi tu...

‘Spekulasi penyingkiran jika benar tidak beretika’

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas itu diminta mengulas kenyataan Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenai ura-ura beliau akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti ekoran penolakan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan terhadapnya.

Menurut Mohd. Puad, penyingkiran itu menggambarkan pemimpin Pas yang berasal dari Johor itu sudah tiada tempat di Kelantan kerana dianggap sebagai orang luar.

Salahuddin memberitahu, beliau bersedia untuk diletakkan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum nanti sekiranya diputuskan oleh parti.

Beliau akur jika diarah bertanding di Johor dan seterusnya berkemungkinan dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya menawan negeri itu.

“Buat masa ini biarlah dahulu, saya akan jawab dakwaan Mohd. Puad serta memberi kenyataan penuh mengenai perkara itu (penyingkiran oleh Pas Kelantan) apabila tiba waktunya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan