Isnin, 20 Februari 2012

Debat DAP-MCA, untung tetap....

buat debat macam mana pun, sokongan pengundi cina terutamanya generasi muda tetap akan kepada DAP juga. selagi orang cina tidak menguasai keseluruhan politik negara ini, selagi itu tidak akan berhenti. kepada orang-orang Melayu, kalau tidak bersatu padu, maka akan melepaslah segala apa yang kita nikmati selama ini.

Debat MCA-DAP berjaya buka mata rakyat - Tengku Adnan

PUTRAJAYA 19 Feb. - Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan debat MCA-DAP di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam, berjaya membuka mata rakyat tentang peranan dan sumbangan MCA selama ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana selama ini bukan hanya MCA tetapi parti-parti komponen lain BN telah diperlekehkan oleh parti pembangkang mengenai peranan dan sumbangan masing-masing.

''Walaupun debat itu tidak menekankan soal siapa menang atau kalah tetapi saya rasa, sekurang-kurangnya rakyat sudah tahu apa yang MCA sudah lakukan untuk mereka.

''Malah, dalam maklum balas yang kita terima selepas debat itu turut menunjukkan masyarakat Cina sedar tentang perkara tersebut dan kita akan terus melipatganda usaha itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,600 warga Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Bagaimanapun, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menolak tanggapan bahawa debat itu menjadi penentu kepada sokongan masyarakat Cina kepada BN.

''Bukan hanya masyarakat Cina tetapi sokongan Melayu dan India kepada BN semakin meningkat berikutan langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu kaum-kaum itu.

''Memang ada masalah tetapi kita berusaha menyelesaikannya dan ini menunjukkan kerajaan prihatin tentang masalah yang mereka hadapi," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pertukaran kawasan pilihan raya antara parti komponen BN, beliau berkata, ia masih dalam perbincangan.

''Setakat ini, lima negeri yang belum pucuk pimpinan BN lawati iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

''Saya jangka lawatan itu akan selesai sebelum hujung bulan ini dan selepas itu kita akan buat penilaian mengenainya," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan