Khamis, 23 Februari 2012

Bukit Kepong

pejuang-pejuang komunis tak kan ambil peduli benda ni. bagi mereka, yang telah diserap dengan perjuangan haram jadah komunis, apa pun penjelasan yang diberikan tetap tidak benar. perjuangan komunis tetap mulia dan suci.

Pembongkaran tragedi Bukit Kepong di Kolokium Sejarah
23/02/2012 6:51pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kisah sebenar di sebalik tragedi menentang keganasan komunis di Bukit Kepong akan menjadi salah satu isu yang akan dibincangkan pada Kolokium Sejarah Malaysia Sabtu ini.

Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor Datuk Seri J.J. Raj berkata, beliau perlu menjelaskan perkara yang sebenar kerana banyak andaian salah dan kurang tepat yang dibuat oleh sesetengah pihak mengenai peristiwa berdarah 23 Februari 1950 itu.

"Ramai orang yang kurang faham mengenai tragedi Bukit Kepong hinggakan ada yang kata semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ramai polis sedang mabuk... tapi semua itu karut,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai kolokium itu di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai Ketua Polis Daerah Pagoh ketika itu, beliau diberi tanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis dan Balai Polis Bukit Kepong adalah salah satu daripadanya.

Raj, 89, berkata, beliau akan terus menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Bukit Kepong sebagai wira yang hanya tahu mempertahankan kedaulatan negara dan menentang keganasan.

Beliau turut menentang keras kenyataan sesetengah pihak bahawa Mohammad Indera atau Mat Indera, tali barut komunis dalam tragedi tersebut, sebagai pejuang kemerdekaan atas dasar perjuangan menentang penjajah sebelum negara merdeka.

"Seramai 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 anggota polis cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik.

"Mat Indera telah meminta polis serah diri tetapi Sarjan Jamil (Ketua Balai Bukit Kepong Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah) tetap tidak mahu menyerah. Pada masa itu mayat berada di sebelah kanan dan kiri Sarjan Jamil. Kalau manusia biasa tentu dia sudah serah diri tetapi semangat Sarjan Jamil begitu kental, beliau pada saya adalah anggota polis paling berani di negara ini,” katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan