Khamis, 12 Januari 2012

Anwar Bebas BN Untung

Kalau Anwar ke penjara, yang paling gembira pastinya Anwar. Sebab awal-awal lagi dia dah kempen untuk masuk ke penjara dengan mengatakan bahawa BN sudah menetapkan nasibnya akan ke penjara. Tapi yang berlaku sebaliknya. sekarang ni pasti, bingung nak cari point untuk putar balik isu dengan menyalahkan kerajaan. Isu yang pertama tentunya kerajaan mendapat tekanan dari luar berkaitan dengan kes liwatnya.

secara peribadi, aku nak juga Anwar ni bebas. Bertemu buku dengan ruas dengan DS Najib dalam PRU 13. Kalau pakatan rakyat gagal menakluki Putrajaya, makanya karier politik Anwar akan ranap.

Pembebasan Anwar nilai tambah kepada BN

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat memberi nilai tambah kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian berkata, keputusan itu menyebabkan pembangkang kehabisan isu untuk menyerang BN selain membuktikan tuduhan yang dilemparkan terhadap institusi kehakiman negara selama ini silap.

Katanya, sekiranya mahkamah memutuskan Anwar bersalah dan dipenjarakan, pembangkang akan menggunakan sebaiknya peluang itu untuk meraih undi simpati rakyat, tetapi keadaan berbeza selepas keputusan diumumkan.

"Barangkali mereka (pembangkang) juga terkejut dengan keputusan itu. Kini mereka tidak mempunyai isu lagi untuk menyerang kerajaan BN dan mendapatkan undi simpati daripada rakyat terhadap Anwar.

"Tuduhan pembangkang bahawa institusi kehakiman dan mahkamah tidak telus telah dipatahkan oleh keputusan berkenaan. Ini merupakan satu kelebihan serta nilai tambah kepada BN.

"Situasi ini juga berupaya mengukuhkan kedudukan parti tersebut menjelang pilihan raya umum nanti. Rakyat menyambut baik program transformasi yang diperkenalkan kerajaan, jadi tiada sebab untuk BN berasa tertekan atau gentar dengan pembebasan Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN tidak gentar dan tertekan untuk menghadapi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 berikutan pembebasan Anwar.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula berkata, pembangkang ketika ini hanya mampu 'bermain' perang psikologi dengan mendakwa BN gentar terhadap keputusan pembebasan Anwar.

Katanya, tiada apa yang boleh dilakukan oleh pembangkang selepas isu-isu yang dibangkitkan mereka dapat diselesaikan satu persatu.

"Isu berkaitan pilihan raya umum telah diselesaikan. Isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga telah diselesaikan, kini isu membabitkan ketelusan institusi kehakiman negara juga telah dijawab. Jadi pembangkang sudah tiada modal lagi.

"Saya difahamkan pembangkang sebelum ini merancang pelbagai strategi sekiranya Anwar dipenjarakan dan kini satu strategi pun tidak boleh digunakan. Mereka terperangkap dengan strategi sendiri.

"Apa yang perlu dilakukan oleh BN ialah meneruskan usaha melaksanakan program-program transformasi yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memastikan nasib rakyat terbela di bawah program berkenaan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan