Rabu, 2 Jun 2010

TPM II

Guan Eng kurang minat komen isu TPM II


2010/06/01
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semalam enggan melayan pertanyaan media mengenai isu Timbalan Perdana Menteri II daripada kaum Cina dengan memberikan alasan banyak kenyataannya sebelum ini tidak disiarkan media.

Beliau memberi alasan kurang berminat membuat ulasan kerana pelbagai isu dijawabnya sebelum ini tidak disiarkan walaupun beliau membuat ulasan panjang lebar.
Pada sidang media di Fort Cornwallis di sini, semalam, Guan Eng enggan menjawab apabila ditanya cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik pemimpin Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri II jika pakatan pembangkang memerintah.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata: “Saya cakap banyak tapi semua tak keluar. Saya kurang minat. Apa yang saya cakap semalam (kelmarin) tidak keluar pun.

"Kenapa saya hendak jawab (isu Timbalan Perdana Menteri II). Kita kena ikut rentak masing-masing, takkan saya hendak ikut rentak saudara," katanya.

Pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sering melaung-laungkan menyokong kebebasan media, malah membuat sokongan secara terbuka pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bulan lalu.

Hampir kesemua Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat kerajaan memakai riben kuning sebagai menyokong penganjuran kempen hak kebebasan media yang dianjurkan sebuah persatuan media di negeri ini

sumber : berita harian

_____________________________________________________________________________________

dalam hati takkan tak minat dengan jawatan TPM II, ataupun lebih minat kepada TPM I..? ataupun amat minat sekali kepada pm...?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan