Rabu, 2 Februari 2011

Saiful

PDO dah minta maaf. Itu urusan Saiful nak maafkan ke tidak. Tapi para pembaca blog PDO yang kemudian menyebarkan fitnah ni, dah dapat dosa MLM. Tak pasal-pasal dapat dosa. Pro pembangkang, seharusnya meneliti dulu sumber dari mana datang, siasat kebenaran cerita dan barulah hebahkan.

Pahang Daily Onlinemohon maaf

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Selepas menyiarkan enam artikel kontroversi berkaitan penyakit misteri bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu, Pahang Daily Online hari ini secara rasmi memohon maaf dan mengumumkan penarikan balik artikel berkenaan.

Menerusi kenyataan di laman blog berkenaan, pihaknya telah menghantar beberapa kakitangan untuk menyiasat kesahihan artikel berkenaan sejak lebih dua tahun lalu dan didapati ia tidak benar sama sekali.

"Kami cuba menghubungi pihak yang menghantar artikel berkenaan tetapi tidak mendapat jawapan yang sepatutnya.

"Malah, kami turut menemui beberapa orang saudara-mara serta sahabat terdekat Saiful dan mendapati ia tidak benar sama sekali," kata kenyataan tersebut di http://pahangdaily.blogspot.com/2011/01/memo-pahang-daily-online-pdo-memohon.html.

Pada 23 April 2008, Saiful telah memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog tersebut kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah dan jahat.

Dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tiga tahun lalu.

Ekoran itu, penulis blog bernama Cucumatkilau yang ketika itu merupakan Pengarang Eksklusif laman blog berkenaan dan beberapa kakitangannya telah disiasat pihak polis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan