Sabtu, 29 Januari 2011

tipu

seawal kempen, ke mana saja bersama. dari pagi sampai malam. sanggup berkorban apa saja untuk isteri walau pun telah dinyatakan/dilaporkan oleh doktor bahawa mamat sekor ni tidak sihat. ada surat sakit lagi.



mamat sekor ni perlu ingat:

1. dia dah tipu ( rasanya dah berulangkali dia buat, tu pasal selamba aja )
2. makan gaji haram
3. pentingkan diri sendiri dengan tinggalkan tugas
4. kalau mak bapak budak-budak yang dia ajar tu sumpah kat dia jadi betul-betul sakit, padan muka calon pas ni. masa tu sanggup ke dia jaga laki dia yang sakit.
5. mamat ni temankan isteri dia sebab apa ya. dia sendiri perasan yang geng serban/ketayap tinggi ni bukan boleh pakai. kat dalam kepala dia orang hanya dua saja. duit dan perempuan. agaknya, tu lah sebab dia temankan isteri sepanjang kempen, takut ada nak rembat isteri dia.


Maarof akan dikenakan tindakan

LABIS 28 Jan. - Tindakan suami calon Pas, Normala Sudirman yang didakwa menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal mengundang padah.

Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tatatertib ke atas Maarof Abd. Mutalib kerana berbohong semasa memberi perakuan bagi mendapatkan cuti sakit tersebut, dengan menyatakan beliau sakit sedangkan keluar membantu isterinya berkempen sejak minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat peruntukan yang membenarkan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil tindakan tatatertib kerana jelas Maarof menyalahgunakan cuti sakit tersebut, sekali gus bertentangan dengan moral sebagai seorang guru.

"Tindakan ini bukan kerana dia menyokong calon Pas. Itu hak dia dan sebagai suami, sepatutnya dia menyokong isteri sendiri tetapi janganlah sampai menyalahgunakan hak bercuti itu dengan mendakwa sakit tetapi sebenarnya tidak sakit.

"Maknanya, dalam kes Maarof ini, sudah ada petanda penyalahgunaan cuti sakit. Dia dapat cuti, dia gunakan untuk tujuan lain. Biasanya orang dapat cuti sampai 21 hari ini sudah terlantar tapi dia tegak berdiri meredah kawasan Tenang," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa diminta apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan ke atas Maarof ekoran tindakan tidak bertanggungjawabnya mengambil cuti sakit selama 21 hari atas alasan mengalami tekanan.

Tindakan itu menjadi kontroversi kerana Maarof dilihat sentiasa mengiringi Normala ke mana-mana sahaja untuk berkempen bagi meraih undi bermula hari penamaan calon pada 22 Januari lalu hingga semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri supaya menyiasat apakah asas cuti sakit itu dikeluarkan walaupun Maarof layak untuk mendapat kemudahan cuti sakit seperti yang termaktub dalam peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

"Siasat apakah benar dia sakit atau sekadar menjadikan 'sakit' itu sebagai alasan. Jabatan Pelajaran Negeri kena dapatkan laporan daripada pengetua berhubung perkara ini kerana sebagai guru dia sepatutnya amanah, bukannya memberi perakuan bohong," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin mahu pengundi di DUN Tenang menilai sendiri sikap Maarof sebagai penyokong Pas, sama ada wajar dihormati atau tidak, sedangkan golongan tersebut sentiasa bercakap soal agama.

Menurutnya, Pas dan penyokongnya yang sentiasa mendakwa diri mereka kononnya mengamalkan Islam yang tulen, tetapi tidak pula memperlihatkan hakikat sebagai Muslim yang jujur kerana sering kali menipu dan berbohong dalam banyak isu sejak sekian lama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan