sampai bila nak tangguh... sampai bila nak tunda. Tolonglah, hakim sepatutnya dengar juga dari pihak pendakwa.. kalau tak cukup masa ke, saksi ke, bahan bukti ke.. kira dah kalah. berapa banyak peguam pun masih lagi tak tahu buat kerja. Daripada banyak kali tangguh, sepatutnya hakim bagi kata dua... kalau buat lagi kira dah kalah.. padan muka.
rasanya, kes inilah yang paling banyak tangguh kat seluruh planet kita ni... Tak apa, Tuhan masih bagi peluang untuk Nuar ni ketawa sakan... lepas ni, nangislah sensorang kat SB.
Kes liwat Anwar tangguh 8 Disember
KUALA LUMPUR 10 Nov. - Penggulungan hujah peringkat pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan ke 8 dan 9 Disember ini setelah pasukan peguam bela Ketua Pembangkang itu memberi alasan tidak dapat menyiapkan transkrip nota prosiding kes tersebut.
Tarikh itu ditetapkan selepas Datuk Param Cumaraswamy dan Sankara Nair yang mewakili Anwar bersama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat menemui Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah di kamar beliau di sini, pagi ini.
Nair menerusi e-mel yang dihantar kepada pihak media hari ini menjelaskan, pihaknya telah memohon agar tempoh untuk memfailkan hujahan bertulis mereka dilanjutkan disebabkan masalah tersebut.
Dengan kebenaran penangguhan itu, tarikh 23 dan 24 November yang sebelum ini ditetapkan untuk penggulungan hujah lisan oleh kedua-dua pihak telah dilapangkan oleh mahkamah.
Tarikh keputusan sama ada Anwar disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan itu hanya akan ditentukan selepas selesai penggulungan hujah berkenaan.
Pihak pembelaan pada 17 Oktober lalu menutup kesnya setelah memanggil tujuh saksi termasuk tiga pakar dari luar negara untuk memberi keterangan iaitu lebih tiga tahun selepas Anwar didakwa di mahkamah pada 7 Ogos 2008.
Anwar yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan pula memilih untuk memberi keterangan bela diri tanpa mengangkat sumpah dari kandang tertuduh pada 22 Ogos lalu menyebabkan soal jawab tidak boleh dilakukan terhadapnya sama ada oleh pendakwa raya mahupun peguam bela.
Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah pada 16 Mei lalu memutuskan untuk memanggil Anwar membela diri atas tuduhan tersebut selepas berpendapat bahawa Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi utama pendakwaan ialah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.
Kes tersebut sering tertangguh ekoran permohonan demi permohonan dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu menyebabkan perbicaraan hanya bermula pada 3 Februari tahun lalu dengan pihak pendakwaan mengemukakan 26 saksi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan