Sabtu, 12 November 2011

sabotaj

aku ambil semua yang dilapor oleh bernama dan turut disiar oleh mkini. sini

bagaimana kalau KJ ni yang tak terpilih? bagi dia rehat sepenggal? dia mahukah...

KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj
3:59PM Nov 12, 2011
Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau
mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan