Khamis, 10 November 2011

AMANAH

ARKIB : 09/11/2011
‘Saya ada keyakinan tinggi terhadap UMNO’

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan keyakinan tinggi terhadap UMNO dan akan terus bersama parti Melayu terbesar itu.

Katanya, sejak dahulu lagi parti tersebut berdiri atas gabungan idea dalam kalangan rakyat pelbagai lapisan yang membuatkannya bertahan sehingga kini.

“Kalau saya benar-benar hendak keluar UMNO, saya sudah cakap awal-awal. Buat apa mahu buang masa?

“Saya masih ada keyakinan tinggi terhadap UMNO tetapi saya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) kerana tiada ruang bersuara dalam UMNO,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf di sini, hari ini.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu, sekali gus menjawab segala spekulasi yang kononnya beliau akan keluar UMNO seperti dakwaan beberapa blog sebelum ini.

Kata beliau, Amanah yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dua minggu lalu akan merancang program dan menggerakkan pertubuhan itu secara aktif.


Aku sangat tertarik bila KULI kata, tiada ruang bersuara dalam UMNO. Maksudnya tidak jelas. Apakah UMNO sudah tidak mempunyai kebebasan untuk melontarkan apa saja idea, pandangan hatta kritikan. Atau KULI nak idea, pandangan beliau didengar dan diambil tindakan. Atau penubuhan AMANAH hanya sebagai satu platform sebelum bertukar kulit menjadi pertubuhan politik.

Bagi aku, kalau tak ada ruang bersuara, cakap pada press apa saja yang tak puas hati. Susah sangatlah kalau stail politik dulu masih dibawa dalam stail politik sekarang. Sepatutnya, stail pembangkang yang sentiasa membesar-besarkan isu digunapakai, tapi isu yang dibawa mesti bersandarkan fakta dan hujah bukan hanya semata fitnah dan dengar khabar.

satu lagi, kalau dah ada NGO, kena berani bersuara, bukan hanya pada kerajaan tapi juga kepada pembangkang.

dan akhir sekali, kalau aku sebagai KULI, aku balik ke ADUN kelantan. pohon pada PM jawatan MB. Kalau menang, majukanlah Kelantan. Kalau nak bersuara masa tu, mesti orang akan dengar....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan