kadang-kadang aku jadi hairan dan pelik, umno / bn ambil masa yang lama untuk jawab segala tohmahan dan fitnah pembangkang. pembangkang pulak akan bertambah ligat bila umno / bn hanya berdiam diri. ini akan memberi gambaran / persepsi di mata masyarakat bahawa isu yang dibawa oleh pembangkang adalah benar. biro penerangan umno / bn seakan tak bergerak, tak aktif dan hilang keupayaan untuk menangkis segala serangan dan tuduhan pihak pembangkang. sepatutnya, yang berada di depan untuk menjawab dan menangkis segala tuduhan, fitnah jahat adalah biro penerangan. dalam isu nfc, kenapa biro penerangan dan individu yang diserang tidak bertindak secara bersama...
bila isu ni tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, ia akan jadi bomerang yang akan melumpuhkan kepercayaan masyarakat yang baru mulai tumbuh terhadap kerajaan.. hasilnya... pru13 nanti, bn akan jadi pembangkang...
perlu jawab, kalau salah berani akui kesalahan, tak payah dolak dalik.. kalau tak benar segala tuduhan, umno/bn perlu serang balik... biar masyarakat dapat menilai siapa sebenarnya yang bersalah...
Pemimpin UMNO harus jawab isu, tuduhan dibangkitkan
26/11/2011 7:01pm
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pemimpin UMNO harus menjawab isu dan tuduhan yang dibangkitkan dengan segera agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.
Dr Chandra, yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), berkata, pendekatan tidak menjawab tuduhan dilemparkan kurang sesuai dalam masyarakat di negara ini yang mudah percaya terhadap pembohongan dan penipuan.
Beliau berkata, anggapan bahawa tuduhan yang tidak berasas dan ekstrem tidak akan dipercayai rakyat adalah salah.
"Seorang individu ini saya kenal telah dituduh dan memilih tidak menjawab tuduhan tersebut. Saya tanya kenapa tidak jawab masa itu, dia kata orang tidak percaya tuduhan itu.
"Pilihan Raya Umum 2008, ini (tuduhan itu) digunakan dan memberi kesan kepada Barisan Nasional,” katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
"Sekiranya ada perkara tertentu benar-benar berlaku, kita harus bersikap jujur. Kita harus akui ini berlaku, mohon maaf dan kita betulkan. Sekiranya ia tidak berasas kita jawab serta-merta,” katanya. – Bernama
ini satu lagi
UMNO perlu tangkis tohmahan di media alternatif - Mubarak
26/11/2011 6:40pm
KUANTAN 26 Nov. – UMNO perlu menyediakan barisan yang hebat untuk menangkis tohmahan terhadap kerajaan yang kini berleluasa di media alternatif seperti blog dan laman sosial, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.
Beliau berkata, UMNO perlu mengambil langkah itu kerana parti itu dilihat mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan atau memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai tohmahan yang dilemparkan.
Kelemahan UMNO dalam peperangan siber menentang media alternatif ini telah menyebabkan pelbagai isu yang telah diputarbelitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab muncul di Internet, katanya.
"Peperangan siber yang UMNO ada sekarang kurang berkesan, UMNO sepatutnya mesti strategik menyediakan satu barisan penyerang yang paling hebat dan serang balik media alternatif yang mengeluarkan perkara tidak benar tentang kita (kerajaan),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Mubarak di sini hari ini. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan