Ahad, 23 Oktober 2011

Pengamal Media

Kata Nik Aziz, :

setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.


link Harakah:

Sekarang ni, siapa blogger yang rajin sangat lempar fitnah dan buat tuduhan palsu. Nik Aziz memang betul apa yang dia kata, tapi kata-katanya ini memang sesuai untuk blogger pro Pakatan Rakyat.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Muamar Gadafi

Al-fatihah...

Satu lagi pemimpin Arab tumbang. Apakah nasib negara Libya seperti Iraq dan Mesir yang tidak pernah tenteram setelah kejatuhan pemimpin sedia ada.



Tamatnya pemburuan Gaddafi


Beberapa orang askar kerajaan sementara Libya memeriksa mayat salah seorang rakan mereka dekat lokasi Gaddafi ditangkap di bandar tepi pantai, Sirte, semalam. - AFP

TRIPOLI, LIbya 20 Okt. - Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara awal hari ini menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada Ogos lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan pemberontak.

Kematiannya yang tragis itu disambut dengan sorakan kegembiraan oleh rakyat Libya, terutama pemberontak yang berusaha mengulingkannya melalui tunjuk perasaan sejak Februari lalu yang kemudian bertukar menjadi pemberontakan berdarah.

Selepas kejatuhan Tripoli, pemimpin itu cuba mempertahankan kuasanya dengan penyokong dan tentera yang setia dengannya melancarkan serangan balas dari kubu kuatnya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid.

Namun, bandar Sirte tumbang ke tangan tentera pemberontak awal bulan ini dan pertempuran sengit berterusan di bandar itu dan Bani Walid sehingga Gaddafi terbunuh di tangan musuhnya yang dibantu tentera Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) awal hari ini.

Pemberontakan di Libya bermula sejak Februari lalu setelah mendapat inspirasi daripada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Yemen.

Ia bermula dengan tunjuk perasaan bagi mendesak diadakan reformasi sebelum bertukar menjadi pemberontakan unutk menggulingkan Gaddafi yang telah memimpin Libya selama 42 tahun.

Rakyat Libya menyifatkan Gaddafi sebagai seorang diktator.

Sepanjang pergolakan selama hampir lapan bulan itu, rakyat Libya melancarkan berpuluh-puluh tunjuk perasaan dan beribu-ribu nyawa terkorban apabila tentera yang setia Gaddafi melancarkan serangan ke atas pihak yang anti-rejim.

Namun, pihak anti-Gaddafi tidak mengalah sebaliknya meneruskan pemberontakan dan serangan dengan bantuan NATO, sehingga menawan satu demi satu bandar di Libya termasuk Tripoli sehingga memaksa bekas pemimpin itu melarikan diri dan bersembunyi tanpa diketahui lokasinya.

Kematiannya membawa kejatuhan seorang lagi pemimpin Arab selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat di dunia Arab.

Kematiannya membuktikan Gaddafi adalah seorang pejuang yang sanggup mati demi mempertahankan negaranya. - Agensi