Rabu, 24 November 2010

+ 1 - 1

Nuar dapat ini...

Anwar berjaya dapatkan borang perubatan pakar
24/11/2010 12:22pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya mendapatkan borang protokol perubatan yang dibuat oleh pakar patologi, Dr. Siew Sheue Feng sewaktu memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun 2008.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pembelaan agar doktor pakar itu disiasat di bawah kesalahan menghina mahkamah. - Utusan


tapi melepas yang ini

Saman RM100 juta Anwar terhadap Tun M dibatal
24/11/2010 12:00pm

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Saman malu RM100 juta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibatalkan setelah Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak permohonannya bagi mendapatkan kebenaran merayu. - Utusan

Isnin, 22 November 2010

Saman

yang sakit kepala, tentunya presiden PKR, kalau kalah, banyaknya 100 juta tu, kalau ketua umum sabit kesalahan lagi, adoi... susah nak bayangkan...

Mahkamah benarkan MB Perak saman RM100j
22/11/2010 12:28pm

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini berjaya mendapatkan penghakiman terus terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga yang lain dalam saman fitnah RM100 juta berhubung artikel bertajuk 'Zambry disyaki pengganas - gagal masuk ke Amerika Syarikat' setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan plaintif.

Menurut peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Penolong Kanan Pendaftar, Noordura Mohamed dalam membuat keputusan tersebut di kamar beliau setelah mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.

Zambry memohon memasukan penghakiman terus mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh defendan dalam penyataan pembelaan mereka.

Zambry memfail saman terhadap pemimpin pusat Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali dan editor Suara Keadilan, penerbit akhbar bulanan, Pelita Koridor Sdn. Bhd. dan syarikat percetakan NPK Sdn. Bhd. - Utusan

Jumaat, 19 November 2010

Yaahooo

yaahooo, akhirnya berambus juga. tapi apasal tarikhnya jauh sangat. nak kena minta pujuk ke ni.

apabila berkawan dengan seseumpah, mesti kena sumpah. disumpah oleh rakyat, hatipun jadi tak tenang.

Zaid umum keluar PKR berkuat kuasa 16 Disember


2010/11/19
KUALA LUMPUR: Datuk Zaid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa 16 Disember ini selepas hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan demikian pada sidang akhbar di sini, pagi ini.

Katanya, surat pemakluman mengenai pengundurannya itu dihantar kepada ibu pejabat PKR hari ini.
Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.

Rabu, 17 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha.







Apa yang kita korbankan kepada Islam bukan kita mengorbankan Islam

Selasa, 16 November 2010

Sokong Zaid

Kalau dulu Anwar jaga RPK, tapi dengan laporan ni dah sah RPK disponsor pula oleh Zaid..


'Anwar juga kuda trojan'

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai manapula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

Selasa, 9 November 2010

2 x 5

100% percaya yang zaid ni tengah menjalankan skrip yang aljub buat.

KUALA LUMPUR 8 Nov. – Datuk Zaid Ibrahim hari ini menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung.

Beliau yang merupakan pencabar terkuat kepada Azmin Ali iaitu ‘anak emas’ Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan itu turut melepaskan semua jawatannya dalam PKR walaupun baru satu pertiga cabang parti itu mengadakan pemilihan.

Bagaimanapun, Zaid menegaskan beliau tidak akan meninggalkan pembangkang dan akan terus bercakap serta memperjuangkan isu rakyat bagi memastikan masyarakat mendapat kerajaan yang lebih baik.

Dalam PKR, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat dan Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan selain bertindak sebagai penyelaras bagi pakatan pembangkang.

“Saya menarik diri sebagai calon daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden. Saya juga melepaskan semua jawatan dalam parti kerana pucuk pimpinan secara aktif membenarkan penyelewengan dan penipuan dalam pemilihan parti berlaku.

“Keputusan ini diambil kerana tiada usaha pucuk pimpinan parti untuk menangani manipulasi; amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan meskipun ia telah dibangkitkan berulang kali,” kata beliau dalam blog http://www.zaiduntukrakyat.com, hari ini.

Dakwaan penyelewengan dalam pemilihan PKR semakin bertiup kencang apabila beberapa kali keputusan pengundian yang sebelum ini menunjukkan Zaid mendahului Azmin terpaksa diubah oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail atas alasan silap kiraan.

Kemudian, seorang lagi calon Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub, juga mendesak supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguh sehingga tindakan proaktif diambil bagi membaiki segala penyelewengan.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihan, Azmin kini jauh mendahului dengan majoriti 2,620 undi selepas mengumpul 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 undi manakala Mustaffa pula sekadar meraih 1,215 undi.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, beliau tidak boleh meneruskan perjuangan dalam pemilihan yang cacat kerana yakin, parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit tidak mampu menawarkan sebarang pembaharuan bermakna kepada rakyat.

“Saya menyertai PKR atas kepercayaan saya boleh mengembangkan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini, tetapi saya sebenarnya tersilap.

“Saya berharap peminat Anwar tidak lagi menganggap saya sebagai ‘spoiler’ (pengacau) yang akan menghalang usaha mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.


cuma sekarang ni, siapa yang kena pulas kepala

Jumaat, 5 November 2010

Nik Aziz Penyebab Pas Kalah

best sangat gambar-gambar ni...







sapa ajar: orang hulur ambil, tapi undi...

Bukan Tipu

Ini cerita benar, bukan tipu...









BN menang di Galas, Batu Sapi


2010/11/04
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi dengan majoriti lebih besar dan memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri Galas daripada PAS, pada dua pilihan raya kecil yang diadakan hari ini.

Calon BN dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Linda Tsen, yang menggantikan mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong Ket Wah iaitu penyandang kerusi itu, menewaskan pencabar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ansari Abdullah dan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, dari Parti Maju Sabah (SAPP).

Tsen, guru muzik sambilan, meraih majoriti 6,359 undi dengan memperoleh 9,773 undi berbanding Ansari 3,414 undi dan Yong 2,031 undi.
Pada pilihan raya umum 2008, mendiang Edmund Chong mengalahkan calon Bebas, Dr Chung Kwon Wing, dengan majoriti 3,708 undi.

Kerusi Galas di Gua Musang kembali kepada BN apabila Ab Aziz Yusof menang dengan majoriti 1,190 undi setelah mendapat 5,324 undi berbanding 4,134 undi yang diperoleh calon PAS Dr Zulkefli Mohamad.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 46, dari PAS pada 27 September lalu akibat barah usus, manakala kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong akibat nahas jalan raya 9 Oktober lalu.

Majoriti diperoleh Abdul Aziz adalah 544 undi lebih tinggi berbanding yang diperoleh Chek Hashim pada pilihan raya umum 2008 iaitu sebanyak 646 undi. Pada pilihan raya umum 2004, Mohamad Saufi Deraman dari BN mengalahkan Chek Hashim dengan majoriti 1,729 undi.
Mengulas kemenangan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyatakan kesyukuran dan menyifatkannya sebagai keyakinan rakyat terhadap hala tuju transformasi negara yang hendak dibawa BN.

Beliau yang sedang cuti sakit akibat cacar air berkata, kemenangan pada kedua-dua pilihan raya itu adalah di luar jangkaan dan berharap komitmen yang ditunjukkan jentera BN akan terus mantap pada masa akan datang.

"Saya beri jaminan bahawa janji-janji BN untuk kedua-dua kawasan tersebut akan ditunaikan agar keyakinan rakyat terhadap BN akan berterusan," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

Ahad, 24 Oktober 2010

Kalau dah bebal

Kalau dah bebal dan benci sangat pada Datin Seri Rosmah, apa kebaikan pun tak nampak. Tak tahulah, apa yang dia orang ni benci sangat kat Rosmah. Terbaru, isu IFF. Peluang dah depan mata, maka dia orang pun selar dan fitnah Rosmah. Bebal-bebal puak pas ni nak kena bagi tahu sikit. yang dia orang kena cari ialah orang ni:

Dato’ Raja Rezza Shah Founder and Chairman of IFF.


kalau bebal tak boleh diajar, memang beginilah. tuntut pada orang yang tak buat salah. berikut dari Malaysiakini

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.

"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.

Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya.

Menurut beliau, bantahan berkenaan akan juga diadakan di beberapa masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, esok.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Tak Jadi Pindah

Ronney pun dah pandai spin. Dua tiga hari lepas konon dah tekad untuk tinggalkan MU, la ni, dah sain kontrak untuk 5 tahun.

Rooney tandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford
22/10/2010 10:09pm

LONDON 22 Okt. - Wayne Rooney melakukan kejutan apabila melakukan `pusingan U’ untuk kekal bersama Manchester United selepas bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, sehari selepas pemain itu menyatakan hasrat meninggalkan Olf Trafford.

- AFP

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sepatutnya Kasi Cepat

Sepatutnya kasi cepat selesaikan kes liwat, bukan asyik nak tangguh dan tunda, barulah FDI berderu-deru masuk. Ini pergi luar negara asyik cerita yang tak betul tentang negara, walhal mat jenin seorang ni yang tak betul. kalau dia betul dan waras, seharusnya dia concentrate dengan kes liwatnya. lagi cepat selesai, mungkin lagi cepat angan-angannya nak jadi pm Malaysia tercapai. Itu pun kalau dia tak dihantar semula ke lubuk lamanya.

Gugur kes liwat Anwar jika mahu tarik pelabur
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan dakwaan liwat ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.

Beliau berkata demikian sebagai mempertegas pandangan Richard Branson, jutawan dan pengasas Kumpulan Virgin pada hujung bulan lalu di Program Tranformasi 10 Tahun Ekonomi Malaysia, ibu negara.

"Dalam satu majlis rasmi kerajaan Malaysia, yang dituanrumahkan Mida (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia), yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; Richard Branson sebagai pengucap utama telah mengatakan bahawa nama Malaysia menjadi buruk disebabkan kes liwat ini.

"Dia (Richard Branson) kata kes ini menjadi penghalang pada pelaburan asing dan gugurkan saja kes ini dari mahkamah," ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, penegasan Richard itu sekaligus memberi isyarat bahawa dakwaan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya politik pihak pembangkang sebagai punca pelabur asing lari dari Malaysia adalah dakwaan yang tidak berasas.

Dalam nada yang sinikal, AJK PAS Pusat itu turut mencadangkan Mukhriz menuduh Richard sebagai agen terbaru yang diupah oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan prospek pelaburan di tanah air.

"Richard Branson takkan pemimpin pembangkang di Malaysia, Richard Branson takkan pembangkang yang bayar," ujarnya sambil tersenyum.

"Dia (Richard) seorang jutawan antarabangsa, dia bercakap bebas sudah tentu demi kepentingan dan prospek multi perdagangannya."

Beliau turut menafikan laporan berita media arus perdana, kononnya tindakan Anwar berpidato di Parlimen Republik Indonesia pada 12 Oktober lalu mengakibatkan pelabur asing meninggalkan negara.

"Pemimpin Umno lupa bahawa pemimpin pembangkang cakap begitu juga di dalam negara, tapi media arus perdana tidak bawa (melaporkannya).

"Apabila kita bercakap di luar negara, di Jakarta seperti baru-baru ini, media mereka bebas (dan) media mereka melaporkan apa yang kita cakap, maka jadilah beritanya," ujarnya lagi.

Channel News Asia pada 28 September melaporkan, Branson mendesak pentadbiran Najib menggugurkan kes itu kerana secara fundamentalnya adalah salah.

"Saya harap kes ini dapat digugurkan. Kes ini secara fundamentalnya salah dan tidak membuatkan Malaysia dilihat baik dalam peta dunia," ujarnya.

Rabu, 20 Oktober 2010

Gagal lagi

Gagal lagi. mesti lepas ni mohon rayuan penangguhan untuk semak semula keputusan hakim.

Anwar gagal dapat rakaman percakapan Mohd. Saiful

PUTRAJAYA 18 Okt. – Datuk Seri Anwar Ibrahim terus gagal mendapatkan semua rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari Azlan ketika soal siasat untuk digunakan bagi mencabar kredibilitinya pada perbicaraan kes liwat.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhirnya setelah berpuas hati bahawa keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya mendapatkan dokumen tersebut, bukan perintah muktamad.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria memutuskan demikian sebulat suara ketika bersidang bersama Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Datuk Seri Md. Raus Sharif.

Mahkamah berpendapat, keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah merupakan perintah yang dibuat dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung dan kesannya tidak melupuskan hak mana-mana pihak.

Sehubungan itu, panel tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu yang menolak rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mahkamah Rayuan berpendapat, ia tiada bidang kuasa mendengar dan memutuskan rayuan yang belum dimuktamadkan berdasarkan pindaan terhadap Seksyen 3 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman.

Hakim Arifin ketika membacakan penghakiman setebal 19 muka surat turut menjelaskan mengapa rayuan itu boleh diteruskan walaupun tanpa alasan penghakiman penuh (grounds of judgment) dari Mahkamah Rayuan.

Ahad, 17 Oktober 2010

Taubat atau Tau Buat

Ini kali yang kedua, Anwar kena bagi warning agar bertaubat. Yang pertama oleh Karpal Singh. Yang kedua oleh ahli AMK. Namun seperti biasa, "mereka ni bukan ahli PKR"."Mereka ni diupah oleh BN".

Taubatlah Anwar






Oleh ASSIM HASSAN dan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR
pengarang@utusan.com.my

NOR Hilmi Ismail (kiri) menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, semalam. –

# 60 ahli dari tiga Cabang PKR semalam menghantar ‘Memorandum Taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera bertaubat demi menjaga martabat perjuangan parti.

# Datuk Zaid Ibrahim sahkan akan bertanding Timbalan Presiden PKR kerana kasihankan parti yang nampak tidak begitu kuat dan dilanda pelbagai masalah.

# Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menolak mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR.

# Ketua Cabang PKR Kuala Langat, Abdul Razak Halidi mendakwa Saifudin Nasution berbohong semasa menuduh UMNO punca kekecohan pada pemilihan cabang itu.

PETALING JAYA 16 Okt. – Tiga wakil Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menghantar ‘memorandum taubat’ kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu segera bertaubat.

Memorandum satu muka surat itu dihantar oleh 60 ahli dari tiga cabang parti yang terdiri daripada wakil Perak serta Pulau Pinang (Butterworth dan Bayan Baru), di ibu pejabat parti tersebut di sini, pukul 11.30 pagi.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari PKR Bayan Baru berkata, antara tujuan memorandum tersebut dihantar adalah berkaitan dengan kes yang melibatkan Anwar di mahkamah.

Katanya, ia bagi mendesak Anwar bertaubat segera demi menjaga martabat perjuangan parti berkenaan.

“Kes-kes mahkamah melibatkan Anwar dilihat merosakkan perjuangan parti.

“Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Jelas Nor Hilmi, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

“Kami tidak mahu pemimpin menggunakan dan berselindung di sebalik parti untuk mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang,” katanya.

‘Memorandum taubat’ itu diberikan kepada wakil Petugas Pemilihan PKR 2010, Raou Imran untuk diserahkan kepada Anwar.

Jelas Hilmi, memorandum itu turut mendesak Anwar agar dapat memberi sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap memperkasakan parti bagi meneruskan kesinambungan PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Rabu, 13 Oktober 2010

Ini yang buat Anwar ke Indon

ini rupanya;

Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.


Anwar di Indon;

Anwar dakwa mampu selesai masalah Malaysia-Indonesia segera

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA 12 Okt. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjungi Indonesia hari ini mendakwa pertikaian dan masalah Malaysia-Indonesia boleh diselesaikan segera jika beliau menjadi Perdana Menteri.

Dakwanya, beliau hanya memerlukan beberapa minggu sahaja untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku melibatkan kedua-dua negara.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen TVOne, Anwar berkata, tujuannya ke Indonesia adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi dan menghina negara itu, melainkan kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong.

Anwar juga dengan angkuh mendakwa beliau lebih memahami sistem pemerintah di Indonesia kerana mendukung demokrasi, berbanding pihak pemerintah Malaysia.

Selain itu, Anwar yang dilihat berang dengan tindakan media Malaysia mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam PKR mengambil kesempatan ketika wawancara tersebut untuk melabelkan media di Malaysia sebagai menjijikkan kerana menjadi alat propaganda kepada kerajaan.

Difahamkan, Anwar berada di Indonesia sejak semalam, bagaimanapun tidak diketahui apa tujuan kunjungan berkenaan yang merupakan kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu.

Sementara itu, Anwar pada sidang akhbarnya selepas pertemuan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Indonesia, Priyo Budi Santosa, berang apabila ditanya mengapa beliau tidak hadir pada sidang Dewan Rakyat di Malaysia, sebaliknya sibuk mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen Indonesia.

Tanpa menjawab pertanyaan itu beliau terus menyerang wartawan Utusan Malaysia sebagai berniat jahat.

"Akhbar ini milik UMNO kerja mereka hanya serang saya dan tidak pernah beri ruang bebas, kehadiran saya di sini juga tidak disenangi dan diserang sebagai tidak setia kepada negara," katanya.

Anwar juga menuduh Utusan Malaysia tidak pernah melaporkan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang tidak hadir pada sidang yang sama kerana akhbar berkenaan dikawal oleh UMNO.

Sedangkan kata Anwar, semalam beliau hadir di Dewan Rakyat dan bertanyakan soalan kedua sebelum bertolak ke Indonesia pada sebelah petangnya.

"Kepada Utusan Malaysia saya ingin nasihat, Indonesia itu tidak semuanya tenaga kerja (TKI), tidak semua kongsi, tidak semua reformasi huru-hara, akhbar di sini beri liputan lebih adil, reformasi sangat bererti untuk mematangkan demokrasi, pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia dan pelaburan Indonesia juga jauh lebih baik," kata Anwar yang sering menggambarkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja. - utusan


PKR VS PAS

Memang dahsyat, dekat pemilihan ketua cabang gaduh, waktu sukan pun gaduh. Memang PR ni tak boleh lari dari keganasan.













Nanti kat Kelantan tak tahu pulak apa yang jadi. Kalau ikut sejarah tahun lalu, ada baiknya, Selangor dan Kelantan ni main kat stadium kosong.



Sabtu, 9 Oktober 2010

Benar atau untuk lewatkan liwat

tertarik dengan kes Rahimi yang buat laporan konon dipaksa untuk menandatangani surat akuan sumpah. penjelasan Rahimi di bawah:

Penjelasan penuh Rahimi

SHAH ALAM 8 Okt. - Selepas membuat laporan polis Rabu lalu berkaitan dakwaan dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 termasuk membabitkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas setiausaha sulit Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut, Muhamad Rahimi Osman hari ini tampil menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut adalah teks penuh penjelasan beliau yang dihantar menerusi e-mel kepada media di sini:

1. Mengapa perlu ada gangguan ketika saya hendak bercakap di sidang media? Kenapa ada pihak yang takut dengan apa yang saya nak cakap? Mereka boleh buat sidang akhbar, tiada siapa yang nak ganggu. Kalau saya diberi peluang pun saya tak akan ganggu, itu hak mereka untuk mengatakan apa yang mereka mahu. Tapi bila saya nak buat sidang akhbar, saya telah diganggu? Mana kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh PKR selama ini? Walau bagaimanapun, saya tidak ingin menuduh mana-mana pihak sebagai dalang insiden buruk yang berlaku kelmarin.

2. Saya juga amat gembira dan berbangga, masih ada lagi pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim yang benar-benar mendokong perjuangan parti. Zaid bersikap lebih terbuka dan menghormati undang-undang dan hak saya sebagai rakyat Malaysia. Sikap inilah yang harus dipegang oleh pemimpin PKR dan juga ahli jika mahu PKR maju ke hadapan dan digeruni. Bukannya tak habis-habis menuduh orang yang tidak bersetuju dengan mereka, dibayar dan dibeli. Setiap manusia mempunyai maruah diri, bukan mudah semua orang nak dibayar dan dibeli. Anwar bukan maksum, begitu juga dengan pemimpin yang lain. Maka, sesiapa sahaja berhak untuk mengkritik atau menegakkan kebenaran. Saya tidak mempunyai sebarang niat jahat atau dendam kepada PKR dan ahli-ahlinya. Dan saya masih lagi memegang kuat dan menghormati perjuangan parti.

3. Saya juga berpendapat, jika benar dakwaan mereka bahawa orang yang membuat kacau sewaktu sidang media itu bukan dihantar oleh mereka, maka PKR sebagai sebuah parti yang mendokong kebenaran, hak asasi, kebebasan bersuara dan keadilan harus mengambil tindakan kepada ahli-ahli parti yang bertindak seperti itu. Ini memandangkan ada pihak yang melaporkan salah seorang dari mereka yang membuat kacau adalah calon Naib Presiden PKR.

4. Saya tidak boleh mendedahkan kandungan SD (akuan bersumpah) terbaru yang saya buat, saya tidak mahu menganggu perjalanan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah. Cuma yang saya nak tekankan di sini, saya langsung tidak mempunyai hak untuk mengatakan sama ada Anwar bersalah atau Saiful membuat tuduhan palsu. Bagi saya, sehingga keputusan mahkamah dibuat, masih tiada pihak yang boleh dituduh bersalah.

5. Saya tidak berminat untuk sebarang permainan atau percaturan politik mana-mana pihak. Saya cuma membuat laporan ini bagi membetulkan kesilapan yang pernah berlaku dahulu. Saya juga risau jika akuan bersumpah yang saya buat sebelum ini akan digunakan untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. Baik atau buruk Perdana Menteri, kita tidak boleh menuduh apa yang dia tidak lakukan. Kita tidak boleh menuduh seorang yang baik seperti imam contohnya, melakukan sesuatu yang tidak dilakukan, begitu juga kalau seorang pencuri, walaupun dia pencuri, tetapi dia tidak merogol, maka kita tidak boleh menuduh dia merogol.

6. Saya mengaku bahawa saya mengambil masa yang lama untuk membuat laporan. Ini kerana pertamanya, saya menunggu keputusan kes rayuan Anwar bagi menggugurkan kes beliau yang mana keputusannya baru sahaja dapat baru-baru ini. Keduanya, saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan perkara ini memandangkan keadaan huru-hara dan ancaman yang akan saya terima daripada pelbagai pihak. Ketiganya, apabila saya diberitahu oleh Latheefa Koya (peguam) pada beberapa bulan lalu bahawa SD sebelum ini telah hilang dan dia meminta saya untuk menandatangani SD yang baru, saya mengambil peluang ini untuk tidak mengulangi perkara dahulu.

7. Saya juga menghormati hak mana-mana pihak yang ingin mengemukakan saman kepada saya. Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi, maka setiap rakyat mempunyai hak itu. Saya bersedia untuk memberi kerjasama dan bercakap benar.

8. Saya harap, apa yang saya lakukan boleh memberikan keadilan kepada semua pihak. Dan saya tidak mahu isu ini terus menjadi alat politik mana-mana pihak.


ini pula permintaan Karpal ekoran laporan polis oleh Rahimi:

Peguam Karpal Singh akan menimbulkan isu dakwaan mengejut yang dibuat oleh Rahimi Osman apabila perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung semula pada 14 Oktober ini dengan menuntut dibekalkan dengan senarai saksi.

Karpal berkata adalah janggal bagi Rahimi yang hanya membuat dakwaan yang beliau dipaksa membuat akuan bersumpah itu selepas dua tahun berlalu.

"Mengapa dia mahu buat laporan itu sekarang? Pihak berkuasa bukan sahaja sepatutnya menyiasat apa yang didakwanya tetapi juga siasat mengapa dia ambil masa begitu lama dan apa yang mendesaknya berbuat demikian?

"Saya akan juga timbulkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada Khamis ini. Saya juga akan kemukakan kes bagi pihak pendakwaan membekalkan kami dengan senarai saksi, sesuatu yang mereka gagal laksanakan sejak perbicaraan bermula,” katanya kepada Malaysiakini.

Apabila ditanya, Karpal berkata beliau tidak pasti sama ada Rahimi sekarang akan menjadi saksi pendakwaan berdasarkan perkembangan terbaru minggu ini.

"Saya benar-benar tidak boleh jawab soalan itu kerana kami tidak ada senarai saksi. Namun saya akan timbulkannya pada Khamis ini, kerana amalan membuat laporan polis selepas dua tahun atau lebih mesti dihentikan. Jika polis ataupun mahkamah melayan laporan atau dakwaan sedemikian, ia tidak akan menghalang orang ramai untuk membuat laporan selepas 20 tahun sesuatu kejadian berlaku,” katanya.

Karpal sebelum ini telah dua kli mengadu kerana tidak dibekalkan dengan senarai saksi - sesuatu amalan yang lazimnya dipatuhi dalam kes sivil dan jenayah di negara ini.

Semalam, Rahim mendakwa dalam laporan polisnya yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada sekitar Jun 2008 untuk memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuk Seri Rosmah Mansor, dalam perbicaraan kes liwat yang membabitkan Anwar.


nampaknya, bila isu ni timbul, beberapa perkara akan berlaku:

- kes bicara liwat mungkin akan ada berkali-kali penangguhan..

- kalau kes ni sekadar mengalih tumpuan kes bicara liwat, makanya akan ada jadi kambing hitam. siapa?... antara dua, Rahimi atau Lateefa.

apapun, adalah diharapkan Rahimi jujur dengan tindakannya, pun begitu, sama seperti yang dipersoalkan oleh Karpal, kenapa perlu tunggu 2 tahun untuk buat laporan. bila peguambela Anwar semakin kering idea untuk mencari alasan menunda kes, tup-tup, timbul pula Rahimi buat laporan...

Isnin, 4 Oktober 2010

Siapa Azmin banding Tun Mahathir

Azmin rujuk pemimpin 'tersungkur' itu Dr. M

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mengakui pemimpin yang dirujuk sebagai 'tersungkur' di Australia dalam satu ucapannya hari ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, beliau dengan angkuhnya menyatakan, perkataan tersungkur itu langsung tidak kasar tetapi sebaliknya amat sesuai dirujuk kepada negarawan itu.

"Itu istilah yang agak lunak untuk kita dengar kerana kedegilan beliau bersekongkol dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang memperjuangkan fahaman perkauman sempit.

"Dr. Mahathir sepatutnya sebagai bekas pemimpin harus mengambil tanggungjawab lebih besar kerana negara ini boleh maju apabila fahaman sempit ini dibuang," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Gombak di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau berikrar akan melawan habis-habisan Perkasa dan individu berselindung di sebalik pertubuhan itu yang kini 'tersungkur' di Australia.

Sementara itu, ditanya adakah individu yang turut dikritik secara terbuka dalam ucapannya merujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, Azmin mengelak dengan menyatakan bahawa ia sekadar kenyataan umum.


kalau bukan sebab Tun M angkat Anwar, dia ni tak ada apa-apa pun. kalau nak kata orang ni celaka, memang celakalah. patutnya dia ulas kenapa Anwar semacam bagi layanan istimewa padanya banding isteri dan anak sendiri..

sekali lagi, celaka. langsung tak kenang jasa negarawan ulung.

Ugut sebab apa

Raja Petra ancam berhenti sokong pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengkritik secara terbuka pakatan pembangkang kerana masih gagal menunaikan beberapa janji walaupun menguasai beberapa negeri.

Serentak dengan itu, beliau mengancam untuk berhenti menyokong pakatan pembangkang jika segala janji yang dibuat pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dipenuhi.

Beliau menyatakan pendirian itu pada satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dan disiarkan melalui portal berita propembangkang, Malaysian Insider hari ini.

Raja Petra yang tidak berpuas hati terhadap pencapaian pakatan pembangkang setelah dua tahun memerintah beberapa negeri, memberi kata dua kepada Anwar supaya segera menunaikan beberapa janji jika mahu membentuk Kerajaan Persekutuan kelak.

Menjawab kenyataan Raja Petra itu, Anwar berkata, rakyat perlu memahami bahawa pembaharuan yang dilaksanakan pakatan pembangkang membantu pihaknya untuk berada di Putrajaya bagi melakukan semua pembaharuan yang dijanjikan itu.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari (gambar) percaya ancaman Raja Petra yang mahu menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan satu lagi sandiwara yang dirancang penulis blog itu bersama Penasihat PKR itu.

Beliau ketika dihubungi hari ini memberitahu, tindakan itu bagi mengalih perhatian rakyat terhadap krisis dalaman yang berlaku dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung di seluruh negara kini.

Kata Anuar, kenyataan yang dibuat penulis blog Malaysia Today itu bukan sesuatu yang mengejutkan atau perkara baru.

"Ia adalah kenyataan yang diulang semula, kali ini untuk mengalihkan perhatian semua terhadap isu dalaman PKR. Raja Petra selalu berkata demikian terutama apabila ada pilihan raya, jadi ia bukan perkara baru," katanya.

Anuar menambah, jelas sekali sandiwara terbaru Raja Petra itu menunjukkan bahawa selama ini dia sememangnya ditaja dan dibiayai oleh PKR.

"Jika benar Raja Petra mahu berhenti sokong Anwar ataupun pakatan pembangkang kerana gagal penuhi manifesto pilihan raya umum, dia sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Kenapa dia masih tidak tinggalkan pakatan pembangkang sedangkan banyak perkara yang tidak ditunaikan mereka sebelum ini," katanya.

Malah Anuar berkata, Anwar sendiri tidak terkejut atau bimbang dengan ancaman Raja Petra itu kerana ia adalah sandiwara mereka berdua.


sebab apa:

1. penaja hidup mewah dia ni dah kurang / tak mahu taja lagi
2. hidup mulai susah kat london
3. bagi tunjuk kat orang yang dia ni macam rimau, bila mengaum semua orang takut
4.

Ahad, 3 Oktober 2010

Calon PRK Galas

Ku Li belum kata apa-apa pun, dia ni dah semacam mendahului Ku Li pulak buat keputusan. Mesti takut Ku Li jadi calon ni...

Anak tempatan ganti jika Ku Li tolak
02/10/2010 6:19pm

REMBAU 2 Okt. - Jika Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, anak tempatan yang dicalonkan itu pula mendapat restu beliau, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Pemuda UMNO akan memberi sokongan padu terhadap calon yang dipilih pucuk pimpinan dan yakin calon yang akan diketengahkan itu adalah seorang yang berwibawa, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Dewan Seri Rembau di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau telah mengarahkan Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang membuat persiapan seperti yang dibuat untuk menghadapi pilihan raya kecil sebelumnya.

Katanya, Pemuda UMNO telah mengenal pasti senarai pengundi muda dan melahirkan keyakinan bahawa mereka akan menyokong Barisan Nasional (BN). - Bernama

Sabtu, 2 Oktober 2010

Semoga sembuh

Semoga Tun Dr. Mahathir cepat sembuh dan kembali ke tanah air serta tetap menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bumiputera.

Dr. Mahathir dimasukkan ke hospital di Melbourne
02/10/2010 2:33pm

MELBOURNE 2 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir

Mohamad dimasukkan ke sebuah hospital di sini malam tadi bagi rawatan batuk dan selesema.

>Beliau kini sedang berehat di Hospital Epworth.

Dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pegawai khas Dr. Mahathir, Sufi Yusof mengesahkan bekas perdana menteri dimasukkan ke hospital itu untuk rawatan bagi selesema dan batuk.

Dr. Mahathir, 85, tiba di sini beberapa hari lepas untuk berucap pada seminar mengenai pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of Melbourne hari ini.

Beliau dijadual berkongsi pandangan dan pendapatnya mengenai topik "Are We Ready for 1Malaysia: Does Race Still Play A Part?" (Adakah Kita Bersedia Bagi 1Malaysia: Adakah Bangsa Masih Memainkan Peranan). - Bernama

Jumaat, 1 Oktober 2010

Samy Vellu

Samy Vellu umum letak jawatan Januari depan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Teka-teki yang berlanjutan dalam pelan peralihan kuasa MIC akhirnya terjawab apabila Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan pada Januari depan.

Menurutnya, langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada timbalannya, Datuk G. Palanivel untuk membuat persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti selaku Presiden MIC.

''Saya akan umumkan tarikh peletakan jawatan tidak lama lagi. Selepas meletak jawatan, saya tidak akan mencampuri urusan dalaman parti dan hanya akan menjadi ahli biasa MIC," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini hari ini.

Samy Vellu, 74, adalah pemimpin paling lama pernah memegang jawatan tersebut apabila menjadi Presiden MIC selama 31 tahun.

Beliau dijangka meletak jawatan selepas menghadiri perhimpunan kesembilan Pravasi Bharatiya Divas di New Dehli, India, Januari depan.

Tambah Samy Vellu, peletakan jawatan beliau tidak ada kena mengena dengan desakan beberapa pihak baru-baru ini.

''Saya telah pun membuat keputusan ini beberapa tahun lalu, tetapi mereka (Gerakan Anti Samy Vellu) mula menggesa saya selepas pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April lalu," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengumumannya sebelum ini iaitu hanya akan menyerahkan jawatannya selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada tahun 2012, Samy Vellu berkata, beliau tidak patut berbuat demikian kerana pemimpin baru harus bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Palanivel memerlukan masa untuk melatih diri bagi menghadapi cabaran dan saingan ketika pilihan raya umum akan datang. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan dalam masa terdekat ini.

''Saya berharap kepimpinan Palanivel akan menarik lebih ramai masyarakat India untuk menyokong MIC dan Barisan Nasional (BN)," jelasnya.

Katanya, pada masa ini beliau sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan persahabatan di antara India dan Malaysia dalam sektor ekonomi.

''Selepas meletak jawatan, saya mungkin akan membantu negara ini bagi meningkatkan sumber ekonomi dengan mengukuhkan lagi persahabatan kedua-dua negara," katanya.


Tak boleh caya selagi belum sampai Januari 2011. Tetiba wujud pula masalah dalam parti, tak sanggup rasanya dengar Samy Vellu kata: perletakan jawatan terpaksa ditangguhkan disebabkan desakan akar umbi agar selesaikan dulu masalah parti sebelum berundur.

Apapun, GAS dah diletupkan bila Samy kata akan undur.

Samy Vellu umum letak jawatan, Mugilan bubar GAS
01/10/2010 8:12pm

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Pengasas Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS), V. Mugilan hari ini membubarkan secara rasmi gerakan tersebut setelah yakin Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu akan mengotakan janjinya untuk meletak jawatan pada Januari tahun depan.

Mugilan berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil oleh Samy Vellu dan percaya janji itu akan dikotakan.

"Saya (Mugilan) secara rasmi membubarkan GAS pada hari ini kerana berjaya dalam misi mendesak beliau (Samy Vellu) berundur. Saya menghormati keputusan beliau dan percaya beliau akan berundur pada Januari 2011,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC itu yang dipecat setelah mendesak Samy Vellu meletak jawatan pada Mei lepas, berkata, GAS tidak akan mengadakan sebarang jamuan untuk meraikan keputusan Samy Vellu itu.

Mugilan juga berkata, beliau percaya kepimpinan baru MIC di bawah Timbalan Presiden sekarang yang juga Timbalan Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk G. Palanivel mampu membawa pembaharuan kepada parti. Bernama

Khamis, 30 September 2010

Angkara Demokrasi


AHLI Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Kottapan (kanan) menunjukkan bagaimana dia didakwa dipukul oleh ADUN Andalas, Dr. Xavier Jayakumar semasa sesi pemilihan peringkat bahagian PKR Kota Raja Ahad lalu, di Klang, 29 Sept. - Utusan/SAHARUDDIN ABDULLAH

Ganasnya, satu kapal pun nak belasah juga. Kalau takut hilang kuasa, jangan adakan pemilihan. Bikin malu ketua Umum aja yang dok berapi-api kata menjulang demokrasi..

Kena Liwat

Sebab selalu sangat tangguh, budak-budak sekolah pun cuba test apa agaknya rasa bila buat perkara yang suka sangat ditangguh-tangguhkan penyelesaian kes ni di mahkamah..

Pelajar Tingkatan Satu dakwa diliwat
Oleh Haika Khazi

2010/09/30
Senior peluk, cium serta paksa mangsa buka baju

PUTRAJAYA: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di sini mendakwa menjadi mangsa liwat seorang seniornya dari Tingkatan Empat, pada 20 September lalu.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku ketika mangsa berada seorang diri di bilik muzik sekolah, pada jam 10 malam.
Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa dikatakan didatangi seorang pelajar lelaki tidak dikenali berusia 16 tahun seperti dirasuk sesuatu terus memeluk dan mencium pipinya dari arah belakang.
Katanya, mangsa yang panik dan tergamam kemudian dipaksa membuka pakaiannya, sebelum diliwat.

Pada mulanya, mangsa mengambil keputusan tidak mahu mengadu insiden berkenaan kepada pihak sekolah dan polis kerana terlalu takut dan malu sekiranya kejadian terbabit diketahui pelajar lain.

Bagaimanapun, mangsa berasa geram dan marah kerana diperlakukan sedemikian oleh pelajar senior, dan kemudian mengambil keputusan menceritakan kejadian terbabit kepada seorang guru lelaki dan ibunya, sebelum membuat laporan di Balai Polis Putrajaya, jam 2 petang, kelmarin, katanya.

Difahamkan, mangsa turut ditemani seorang guru pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.
Sumber itu berkata, polis juga sudah merekodkan keterangan mangsa dan suspek kelmarin bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan pada hari sama selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner (ACP), Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi mengesahkan polis sudah menerima laporan berhubung dakwaan kes liwat itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii tanpa kerelaan mangsa.

Rabu, 29 September 2010

Tipu 1.6 juta

Pemandu lori mangsa penipuan RM1.6 juta

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori tidak menyangka ajakan seorang rakan untuk menjadi rakan kongsi akhirnya menjadi mangsa penipuan membabitkan kira-kira RM1.6 juta.

Lim Seik Kuang, 51, dipelawa rakannya dikenali sebagai Ah Hock untuk menjadi rakan kongsi perniagaan industri buah-buahan dua tahun lalu.

Beliau dijanjikan menjadi pengarah syarikat itu dan tanpa diduga, Ah Hock memerangkapnya apabila memintanya menandatangi beberapa dokumen sebelum dia menyerahkan kad pengenalan miliknya.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai seorang sindiket yang mengambil kesempatan menggunakan namanya untuk membuat pelbagai pinjaman antaranya kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi daripada beberapa bank.

Perkara itu disedarinya 20 September lalu apabila beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bank memaklumkan dia lewat membayar ansuran bulanan kereta.

“Saya sangat terkejut apabila mengetahui perkara itu kerana saya sendiri tidak memiliki kenderaan.

“Setelah disemak di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didapati empat kereta antaranya Honda Accord, BMX X5, MYVI 1.3, Volvo S.80 didaftarkan di bawah nama saya manakala satu lagi penjamin Porsche Cayenne,” katanya di Wisma MCA, semalam.

Lebih mengejutkan, kad pengenalan dia turut digunakan untuk permohonan kad kredit dan pinjaman peribadi.

Setelah membuat semakan, sebanyak 32 pinjaman bank didaftarkan menggunakan nama mangsa bernilai kira-kira RM1.6 juta.

“Apa yang menghairankan saya, bagaimana semua bank boleh meluluskan semua pinjaman itu sedangkan saya hanya berpendapatan bulanan RM2,500,” katanya.



Saya sama seperti mangsa, macam mana pelaku ni dapat buat pelbagai jenis pinjaman... mesti ada geng rapat dalam bank yang luluskan pinjaman...
Baca berita ni

Nik Aziz ajak ahli UMNO sertai PAS demi perpaduan Melayu


2010/09/29
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli UMNO menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"UMNO tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar UMNO tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.
"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu. - BERNAMA



- Nik Aziz cakap pasal Melayu, dia ni Melayu ke...?

- Takiyuddin kata serah kerusi pada PAS, wal hal benda ni pasti akan UMNO buat jika Pas yang dengan rela hati mengosongkan kerusi sebelum Adun Galas meninggal dunia.

- Apa kata bagi kerusi tu pada UMNO, selamat lagi lah duit belanja SPR nak adakan pilihan raya

Isnin, 27 September 2010

Al-Fatihah

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-fatihah.


ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, meninggal dunia


2010/09/27
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, meninggal dunia di di Hospital Al-Islam, di sini jam 4.30 petang tadi.

Perkara ini diumumkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Che Hashim sebelum ini pernah menjalani rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu dan rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit itu Mei tahun lalu.

DUN Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang

Demokrasi Ala PKR

Kata UMNO/BN tidak demokrasi tapi apa yang berlaku semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan 2010/2013 Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih dahsyat. Kalau satu cabang sahaja bermasalah, mungkin boleh terima. Tapi ini berlaku kepada banyak cabang terutamanya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kesimpulannya :
- banyak orang-orang kanan Ketua Umum ditolak
- banyak yang kemaruk kuasa
- banyak yang menggunakan kuasa untuk mempertahankan kuasa.

Di bawah sebahagian berita yang dilaporkan:

1. Sinar Harian

MERU - Kecoh! Itulah gambaran Mesyuarat Agung Tahunan Pemilihan 2010/2013 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kapar yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini semalam.

Mesyuarat yang sepatutnya menjadi medan bagi merealisasikan impian kesemua calon dan pengundi berakhir dengan kekecohan.

Malah seorang calon Ketua Cabang hampir dipukul oleh penyokong lain mungkin kerana terlalu berang selepas berlaku pertikaman lidah di luar dewan.


2. Sinar Harian

SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dikatakan menjunjung prinsip demokrasi dan ketelusan tidak terlepas daripada insiden kekecohan semasa proses pemilihan jelas menggambarkan parti tersebut hanya ‘indah khabar dari rupa’.

Tambahan pula, pemimpin tertinggi PKR sebelum ini sering melaung-laungkan pemilihan parti mereka adalah yang terbaik dan contoh proses demokrasi sebenar serta patut menjadi ikutan parti-parti lain terutamanya UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kekecohan yang berlaku semalam pada beberapa pemilihan peringkat cabang semalam didakwa bermula dari kertas undian yang sudah diisi, malah terdapat aduan dari calon yang berang kerana nama tercicir sedangkan sudah mengisi borang pencalonan sejak awal lagi.


3. MalaysiaKini

Dalam perkembangan terkini dalam pemilihan secara langsung PKR, kekecohan tercetus di beberapa cabang parti itu yang mengadakan mesyuarat agung serta pemilihan hari ini.

Berikutan itu, proses pemilihan di sekurang-kurangnya tujuh cabang terpaksa ditangguhkan.

Ada laporan yang belum disahkan mengenai pertengkaran berlaku di Kota Raja di mana ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mempertahankan jawatannya


4. Berita Harian

Berlaku tumbuk menumbuk, kerusi dibaling apabila perwakilan tak puas hati cara pemilihan

KLANG: Pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kapar dan Klang, semalam kecoh apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati dengan cara pemilihan itu dijalankan.


Yang di atas sebahagian kecil yang dilaporkan. Realitinya, banyak lagi pemilihan cabang parti yang bermasalah, lebih-lebih lagi buat cabang parti yang akan mengadakan pemilihan nanti.

Berdasarkan analisa terutamanya penolakan terhadap orang-orang kuat Ketua Umum, adakah bermakna terdapat gelombang dalam parti yang mulai meragui dan menolak Ketua Umum.

Ahad, 26 September 2010

Tak Kenang Jasa

Tak kenang jasa, kan dah kena... aku nak ketawa pun tak tahan, sakit perut, tu lah mulut celupar sangat, kaki ampu.. kan dah kena oleh Tun M. Rupanya, kalau bukan sebab Tun M angkat dia, dia ni bukanlah dan tak ada apa-apa, anak dia pun tak jadi macam ni

'Tak ada keinginan nak jadi PM'

PASIR MAS 25 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak mempunyai keinginan untuk kembali menjadi Perdana Menteri sebagaimana dibimbangi oleh sesetengah pihak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana usia beliau telah pun menjangkau 85 tahun.

"Jadi, tak ada keinginan nak jadi Perdana Menteri. Tolonglah bagi tau kat Nazri ni (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), dia ingat saya nak jadi Perdana Menteri.

"Dia jadi Menteri pun kerana saya angkat dia, tapi orang macam ini, kita suap dia dengan nasi, dia gigit tangan kita. Inilah manusia yang jadi pemimpin sekarang ini," katanya hari ini.

Beliau berucap di hadapan hampir 20,000 penduduk terdiri daripada pelbagai kaum pada Perhimpunan Melayu Perkasa anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah, Datuk Badri Yunus menyangkal tuduhan Nazri yang menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda berhubung isu Perkasa termasuk cuba membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Badri berkata, tuduhan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tingkah laku menteri itu yang cuba mengaitkan Dr. Mahathir dalam perkara itu disifatkan sebagai amat menghairankan.

Badri membuat kenyataan itu sebagai mengulas ruangan Bisik-Bisik Mingguan oleh Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia mengenai Nazri yang lantang mempersoalkan Utusan Malaysia berhubung isu Perkasa.

Malah, Nazri seperti yang dilaporkan oleh portal berita propembangkang, The Malaysian Insider menuduh Utusan Malaysia mempunyai agenda untuk membawa balik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, mengenai Perkasa, Dr. Mahathir berkata, beliau yang bukan ahli pertubuhan itu, menganggap Perkasa sebagai satu kuasa politik dalam negara, justeru suaranya tidak boleh diketepikan.

"Sebaliknya, kita akan mendengar pendapat-pendapat Perkasa kerana ia sedikit sebanyak mencerminkan kehendak orang Melayu dan kehendak negara," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Dr. Mahathir berkata, penglibatannya dalam program Perkasa bergantung kepada keadaan.

Ditanya tuduhan Lim Kit Siang dalam sebuah blog bahawa beliau seorang rasis, Dr. Mahathir secara sinis berkata, pemimpin DAP itu membuat tuduhan tersebut kerana dia bukan seorang yang rasis apabila menolak sebarang usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengamalkan perkongsian kuasa demi kesejahteraan rakyat dan negara.

"DAP menentang rancangan kita kerana DAP hendak memerintah negara ini, tetapi kini dia terpaksa bekerjasama dengan pihak yang pernah menjadi musuhnya seperti Pas," katanya.

Mengenai kenyataannya orang Melayu akan kehilangan kuasa apabila pembangkang menang, beliau berkata, ia dibuat berdasarkan kenyataan sebagaimana yang berlaku di Perak apabila Pas meletakkan wakil rakyatnya sebagai Menteri Besar yang hanya mengikut telunjuk DAP.


Sabtu, 25 September 2010

Nyawa anjing lebih berharga

Nyawa manusia atau nyawa anjing lebih berharga...? Kadang-kadang isu begini pun nak diputar. Kenapa manusia yang diperlakukan lebih teruk dan kejam dari anjing dia orang ni tak kecoh pun.

Kecoh 12 OKU berhimpun bantah bunuh sembilan anjing


2010/09/25
BANTING: Perhimpunan aman 12 orang kurang upaya (OKU) dari Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) bagi membantah tindakan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) membunuh sembilan ekor anjing di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, menjadi tegang seketika selepas berlaku pertikaman lidah dengan sekumpulan orang awam.

Pertikaman lidah berlaku apabila orang awam yang kebetulan berada di perkarangan Bangunan MDKL yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan NGO berkenaan yang membuat demonstrasi di situ.

Keadaan tegang itu tercetus sebaik saja sidang media diadakan selepas wakil NGO terbabit bertemu dengan Yang Dipertua (YDP) MDKL, Abdul Razak Jaafar, di lobi bangunan MDKL, semalam. Pertengkaran terbabit tercetus selepas beberapa orang awam yang turut berada di situ mempersoalkan tindakan NGO itu yang berhimpun bagi menyuarakan bantahan terhadap pembunuhan anjing itu selain mendakwa NGO itu tidak sensitif dengan isu pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain, juga di ladang sama.

Bagaimanapun, keadaan tegang selama hampir 15 minit itu berjaya diredakan selepas beberapa pegawai MDKL bertindak sebagai orang tengah bagi menenangkan beberapa individu yang kelihatan emosi.

Presiden ILTC, Francis Siva, berkata tindakan kejam terhadap haiwan berkenaan tidak dapat diterima langsung selain menganggap kejadian terbabit sebagai tindakan yang diambil secara terburu-buru.

Katanya, NGO itu amat kecewa dengan perkara itu dan berharap kerajaan negeri akan menyiasat pihak yang terbabit dengan insiden itu.
"Walaupun Yang Dipertua MDKL sudah meminta maaf berhubung perkara itu, susah untuk kami menerimanya kerana kejadian terbabit sudah berlaku dan ia dilakukan (membunuh) atas alasan anjing itu bertindak agresif dan ganas walhal pada masa sama anjing berkenaan antara spesies anjing yang mesra dan baik,” katanya ketika ditemui di Bangunan MDKL, di sini, semalam.

Beliau berkata, ILTC juga turut mempersoalkan cara pihak bertanggungjawab melakukan kerja itu, apabila sembilan ekor anjing itu dibunuh manakala haiwan lain seperti unggas dan haiwan ternakan yang ada di ladang berkenaan dibawa keluar secara baik.

"Jika haiwan itu boleh dilakukan secara perikemanusiaan, mengapa anjing itu tidak boleh dilakukan dengan cara yang sama? Ini seolah-olah wujud perbezaan kelas antara haiwan ini iaitu haiwan ternakan dari kelas A manakala haiwan dianggap ganas seperti anjing itu pula dari kelas B," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media yang berasingan, Abdul Razak mempertahankan tindakan kakitangannya dan mendakwa anggotanya terpaksa bertindak sedemikian selepas diserang anjing terbabit ketika operasi tangkapan sedang dilakukan.

"Kita mendapat permohonan polis untuk mengeluarkan anjing itu selepas ia dikatakan mengganggu kerja pasukan forensik di ladang berkenaan selain ia turut menyerang haiwan ternakan lain yang turut berada di situ.

"Kita juga sudah memaklumkan kepada ILTC bahawa kaedah yang dilakukan ketika tangkapan adalah secara menjerut anjing berkenaan dan kemudian menyuntiknya dengan menggunakan ubat pelali berdos tinggi kerana anjing itu adalah dari spesis yang berbahaya dan pemiliknya juga didapati tidak mempunyai lesen untuk memeliharanya," katanya.

Jumaat, 24 September 2010

4 Billion

Bila dah kecoh tang 4 billion yang akan diserahkan kepada PAS oleh Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd, Nik Aziz tiba-tiba kata tak tahu pulak. Sedangkan gambar dengan orang kuat Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd ada. Ini memang jenis putar alam tahap langit 10 ni. Dah tu, boleh pulak adik kata, terima cek atas dasar peribadi bukan mewakili negeri, parti, dan abang kandung.

Gila tahap bebal, projek mega-mega, bagi sumbangan 4 ribu juta, buka 4 juta, boleh pulak kata macam tu. Dah tu, buat majlis macam majlis akad nikah aja sedangkan ni nak maklum tentang sumbangan 4 ribu juta tu..

yang mana satu putar alam tak tahulah, samada PAS atau Syarikat I'DA World Group Sdn Bhd, atau kedua-duanya sekali...

Jawatan apa lebih besar..?

Dalam PAS ada Presiden parti tapi kuasanya tak mampu menandingi kuasa yang ada pada mursidul am Pas. Sama juga dengan PKR, jawatan presiden ada tapi yang lebih berkuasa adalah Ketua Umum.

aku setuju sangat dengan kenyatan Zaid di sini walaupun aku memang menyampah dengan mamat sekor ni...

patutlah Anwar menolak untuk bertanding jawatan Presiden sebab jawatan tu tak ada nilai pun..... lagi pun Anwa r mana boleh bertanding jawatan Presiden PKR sebab dia bukan ahli PKR...

memang putar alam punya orang.....

Parti Anak Beranak

Nurul Izzah tanding naib presiden
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/09/24
Buat keputusan tawar diri selepas melihat pencalonan diterima menggalakkan

KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus sengit apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk bertanding jawatan itu pada pemilihan parti November depan.

Nurul Izzah yang juga anak sulung kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat pencalonan menggalakkan yang diterimanya sejak cabang parti bermesyuarat 17 September lalu.

Beliau yang kali pertama menawarkan diri memutuskan tidak akan mengisytiharkan sokongan kepada mana-mana calon kerana semua cabang bebas membuat pencalonan dan menghormati pilihan ahli.
Percayalah, ahli akan memilih pimpinan berdasarkan kepada wawasan calon, idea dan komitmen kepada nilai parti dan matlamat perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik, bukan setakat pertandingan personaliti, katanya pada sidang media di sini, semalam.

Nurul Izzah adalah antara 15 calon yang sudah melepasi kelayakan bertanding jawatan itu dengan memperoleh lapan pencalonan.

Beliau sebelum ini dikatakan menyokong Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, berbeza dengan Anwar yang dikatakan menyokong Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Ditanya mengenai keputusannya itu yang dilihat mahu meneruskan dinasti keluarganya dalam PKR, Nurul Izzah berkata, beliau bertanding atas semangat reformasi yang diperjuangkan parti sejak 12 tahun lalu.


Klik Malaysiakini

_____________________________________________________________________________________

Bapa - ketua Umum
Ibu - Presiden
Anak - ( mungkin akan menang sebab mak bapak ada jawatan besar )

Memang Sah Parti Anak Beranak

Khamis, 2 September 2010

Indonesia dan bangsatnya BENDERA

Bendera ancam demonstrasi lebih besar

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Jakarta diminta segera mencari jalan untuk membawa pulang kira-kira dua juta tenaga kerja Indonesia yang mencari nafkah di Malaysia demi mempertahankan kehormatan serta kedaulatan negara dengan lebih 17,000 kepulauan itu.

Koordinator Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), Mustar Bona Ventura Manurung berkata, selepas kesemua warga Indonesia itu pulang, Jakarta perlu segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur.

Tegasnya, langkah itu perlu memandangkan Kuala Lumpur enggan meminta maaf kepada Jakarta dan seluruh rakyat Indonesia berhubung beberapa insiden yang telah mengeruhkan hubungan kedua-dua negara selama ini.

“Jadi kemarahan rakyat Indonesia itu kini tidak lagi dapat dikawal dan mungkin tindakan para pendemonstrasi akan menjadi lebih agresif beberapa hari akan datang.

“Kesemua ini gara-gara keegoan Malaysia untuk meminta maaf serta kelemahan Indonesia sendiri dalam menyediakan peluang pekerjaan kondusif buat semua rakyatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bendera yang cukup vokal dan sentiasa berada di barisan hadapan dalam siri demonstrasi membabitkan isu hubungan Kuala Lumpur-Jakarta sebelum ini sekali lagi bangkit membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa marin negara itu oleh polis Malaysia pada 13 Ogos lalu.

Dalam perbualannya dengan akhbar ini Jumaat lalu, Mustar memberi jaminan tindakan protes termasuk sweeping Malaysians atau mengusir rakyat Malaysia anjuran beberapa kumpulan di sana termasuk Bendera tidak akan menggugat keselamatan rakyat Malaysia.

Namun laporan Bernama semalam menyebut, rumah seorang jurutera Malaysia di daerah Ketapang, Kalimantan Barat telah dilempar batu besar dipercayai berkaitan tindakan sweeping Malaysians pada Ahad lalu.

Dalam perkembangan lain, Mustar menafikan laporan menyebut ahli-ahli kumpulan demonstrasi di Indonesia termasuk dari Bendera sebenarnya hanya ‘mencari makan’ serta mendapat bayaran di antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.

“Tentu sekali itu tidak benar, kamu fikir semua rakyat Indonesia itu miskin? Jikapun kami tiada wang, darah akan kami pertaruhkan dan buktinya kamu sendiri tahu,” katanya.

Pada ketika rakyat Malaysia meraikan sambutan Kemerdekaan Ke-53 semalam, sekumpulan penunjuk perasaan di hadapan pejabat Bendera di Jalan Diponegoro, Jakarta mengumpul cap jari darah pada sehelai kemeja-T sebagai ‘hadiah’ kemerdekaan negara.

_____________________________________________________________________________________

- apa yang diminta oleh Mustar Bona Ventura Menurung amatlah dialu-alukan. tapi sebelum itu, ambil semula banduan yang terdapat dalam penjuru di seluruh negara, dan tahanan PATI di pusat penampungan. Malaysia belanjakan berjuta-juta ringit untuk tampung pesalah-pesalah ni agar terus hidup.

- bolehkah bendera menyajikan peluang pekerjaan sama seperti apa yang disajikan oleh Malaysia kepada pencari kerja dari luar sehingga ada yang masuk secara haram.agaknya kalau langkah ini diambil jakarta, 2 juta pekerja indon kat Malaysia ni takkan benarkan bendera ni bernyawa.

- tahukah Mustar selain menjadi pekerja di Malaysia, pekerja-pekerja Indon ni juga bawa pengaruh negatif terutamanya masalah sosial terutamanya dari segi kehidupan, kebersihan, jenayah dan banyak lagi.

= Malaysia sentiasa mengalu-alukan agar orang-orang Indon yang begitu ramai di Malaysia berambus..

Isnin, 16 Ogos 2010

Kes Liwat DSAI

Nampaknya bicara kes liwat DSAI ni macam tak berpenghujung. asal nak start saja, akan ada usul untuk tangguh bicara. Apa yang tersirat, nampaknya DSAI dan para peguamnya cuba mencari alasan untuk menangguhkan bicara hingga PRU 13. Bila PRU 13 tiba dan pakatan memerintah, kes akan kena reject oleh PM.

Pihak pendakwa kena fikir macam nak nak mematahkan hujah peguam bela DSAI yang asyik nak cari alasan untuk buat penangguhan.

Ahad, 15 Ogos 2010

Pengganti Presiden MIC

siapa pulas siapa ni, nampaknya banyak sangat yang intai kerusi besar MIC ni...


Murugiah, Vell Paari berkomplot?

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Presiden Parti Progresif Penduduk (PP), Datuk M. Kayveas mendakwa langkah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah mahu membawa masuk 210,000 ahli PPP ke MIC merupakan satu komplot.

Beliau berkata, komplot itu dilaksanakan melalui pakatan Murugiah dan S. Vell Paari untuk menjadikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu sebagai Presiden MIC yang baru.

Kayveas seterusnya mendakwa, terdapat perjanjian yang Murugiah akan membawa masuk ahli-ahli PPP ke MIC untuk menyokong Vell Paari sebagai calon Presiden MIC bagi menggantikan bapanya, Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Ini adalah satu perjanjian yang telah dirancang antara mereka. Murugiah janjikan 210,000 ahli PPP akan menyertai MIC dan menyokong Vell Paari untuk menjadikannya Presiden parti itu, manakala Murugiah sendiri sebagai Naib Presiden," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PPP kali ketujuh di Wisma PPP di sini hari ini.

Julai lalu, Samy Vellu mengumumkan MIC menerima permohonan Murugiah untuk menjadi ahli parti itu dan sebelum itu, Murugiah dilaporkan berkata, beliau akan membawa 210,000 ahli PPP meninggalkan parti itu sekiranya Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Murugiah dan Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu.

Kayveas juga mendakwa kenyataan Murugiah untuk membawa 210,000 ahli PPP ke dalam MIC merupakan janji-janji kosong seorang pemimpin yang bertujuan mendapatkan publisiti dan belas kasihan orang lain.

"Dalam PPP, ada lebih 500,000 ahli dan orang India hanya 42 peratus iaitu kira-kira 241,000 orang.

"Jadi, kalau 210,000 orang dia nak bawa bersama, betulkah perkara ini? Jika begitu, ia bermakna hampir semua orang India yang menyertai PPP akan masuk MIC.

"Ini hanya cakap-cakap kosong pemimpin yang terdesak. Kalau dia benar-benar memiliki sokongan ahli seramai itu buktikan dan buka satu parti baru, mengapa mahu menyertai MIC yang suatu ketika dahulu dia sendiri hentam dan kata macam-macam," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------Utusan Malaysia
Link

Rabu, 30 Jun 2010

Karpal Tetap Tolak Negara Islam

dari berita harian

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sewajarnya berprasangka terhadap keadilan Islam sehingga secara bulat-bulat menolak gagasan pembentukan konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, selayaknya bagi Karpal yang sudah mencecah usia 70 tahun mengimpikan sebuah kerajaan adil, telus dan saksama yang hanya boleh diperoleh melalui syariat Islam.

Menurut beliau, sejarah dan tamadun membuktikan bahawa segala ideologi ciptaan manusia seperti komunisme, sosialisme dan sekularisme telah gagal, keruntuhan akhlak dan moral; jenayah dan rasuah berleluasa semuanya berpunca daripada sistem ciptaan manusia.

"Jika Karpal menganggap fahaman sekular lebih baik daripada Islam, ia merupakan satu pendapat yang tidak wajar kerana sudah terbukti kehancuran tamadun dunia berpunca daripada ideologi yang membebaskan fikiran dan gaya hidup daripada ikatan agama.

"Hancurnya tamadun kerana agama tidak didaulatkan, syariat tidak digunakan secara menyeluruh hanya pada keperluan tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi beliau, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Nasihat Nasrudin kepada pimpinan pembangkang lain ialah supaya mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau membangkitkan isu yang boleh memberikan 'bola tanggung' kepada pihak lawan.

Tambah beliau, semua pihak perlu menerima Islam sebagai alternatif terbaik kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh pelbagai ideologi yang gagal, sekali gus mengembalikan semula keagungan dan kecemerlangan agama ini.

"Beri peluang kepada Islam membuktikan keadilannya, jika tidak betul atau salah sila kemuka bukti mana silapnya. Tidak perlu terus lempar rasa sangsi terhadap Islam," tegas beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya sekiranya Karpal masih bertegas menolak konsep negara Islam Pas, adakah beliau sedia mendesak pimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan DAP, Nasrudin enggan menjawab sebaliknya menegaskan bahawa Pas pada setiap masa konsisten dengan dasar tersebut.

"Pas tetap dengan dasar kita selagi al-Quran dan sunah itu tidak berubah selagi itulah dasar kita terhadap menegakkan syariat Islam.

"DAP ada dasar dia, Pas pun sama, jika mereka tetap berkeras, begitu juga kita, akan tetap pertahankannya. Dasar kita tidak pernah berubah malah kerjasama pakatan pembangkang adalah berkaitan politik iaitu titik persamaan dalam beberapa isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Apa kata Nik Aziz mengenai pendirian Karpal ni. Atau sememangnya Pas sudah buang pendirian untuk menubuhkan negara Islam. Sama juga dengan hukum hudud yang diwar-warkan, bila Dap pertikaikan hukum hudud yang kononnya nak dilaksanakan oleh PAS pemimpin tarik balik kenyataan dan didiamkan pulak.

Ada baiknya PAS mengkaji semula hubungan dalam pakatan. Selama ini Pas hanya dianggap sebagai penumpang bukan pengemudi. Sepatutnya Pas harus menonjolkan diri dengan menjadi parti yang utama bukan parti yang kelas kedua.

Selasa, 8 Jun 2010

80 % sudah terima konsep 1Malaysia

ni nak sedapkan hati pm ke...

1. setakat 12,200 orang dah dikatakan 80% menyokong. nak tahu juga siapa sumbernya. 20% tak terima tu siapa, kenapa tak terima konsep 1Malaysia. kalau sumbernya 80% yang menyokong BN, memang sahlah. satu lagi, 12,200 dari 27 juta rakyat Malaysia, adakah kajian ini boleh diterima pakai.

2. penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia ni masih jauh, terutamanya dari segi pemahaman. sama juga sebahagian rakyat masih terkapai-kapai memahami Rukun Negara. Ketua Pengarah Penyiaran ni kena realistik lah sikit, kalau kata 30% - 40% mungkin boleh diterima.


-------------------------------------------------------------------------------------


80 peratus sudah terima konsep 1Malaysia


2010/06/08
PASIR MAS: Konsep 1Malaysia kini diterima oleh 80 peratus rakyat negara ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Murad.

Katanya, sebahagian kecil lagi berada di kawasan terpencil seperti pedalaman di mana maklumat agak sukar disampaikan walaupun sudah dua tahun konsep itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kefahaman juga agak berbeza kerana terdapat perbezaan politik di negara ini," katanya selepas merasmikan Program BersamaMu 1Malaysia di Pusat Latihan Khidmat Negara Cancun Park, Kampung Kangkung di sini, semalam.

Abdullah berkata, perangkaan itu diperoleh daripada satu kajian membabitkan 12,200 rakyat negara ini.

"Kita akan minta pegawai-pegawai kita memperjelaskan perkara itu kepada mereka yang belum menerima lagi konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama


-------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 6 Jun 2010

Samy dan Janji Perubahan

Samy Vellu buat janji lagi. Harap-harap janji ni ditunaikan. Tapi walaupun janji telah ditunaikan, apakah pelaksanaan telus. Kang nanti, habis orang-orang yang buat kerja kena buang, yang tinggal cuma tukang angguk dan tukang kipas

ada baiknya Samy Vellu buat beberapa perkara di bawah sebelum dilaksanakan perubahan yang dijanjikan.

1. buat senarai semak perubahan yang dilakukan beserta dengan tarikh-tarikhnya sekali. takut kalau tak buat ni Samy boleh lupa.

2. buat pembersihan senarai ahli MIC yang masih tinggal dalam MIC. dengarnya dah lebih 100,000 ahli kena pecat. ini belum kira ahli yang melompat parti pergi kepada beberapa parti india yang menyokong bn atau pun parti pembangkang seperti dap dan pkr mahupun sayap pas. agak-agaknya berapa kerat lagi yang tinggal.

3. bila dah berjanji tu kena tunaikanlah. janganlah asyik tangguh, tangguh, sampai orang dah muka dan tak percaya lagi. macam cerita budak ngan serigala lah pulak.

4. kena bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. jangan asyik nak guna kuasa veto. hukuman pula jangan pilih kasih dan berpilih-pilih. kritik samy mesri kena pecat, tapi kritik rakan dalam parti lain boleh.

Perubahan besar dalam MIC dalam 6 bulan: Samy Vellu

-------------------------------------------------------------------------------------

2010/06/06
KAJANG: Perubahan besar dijangka berlaku dalam MIC dalam tempoh enam bulan akan datang, termasuk membaik pulih keseluruhan jentera parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Tanpa mengulas lanjut perubahan yang bakal berlaku, pemimpin nombor satu MIC itu berkata beliau bertekad untuk menyerahkan sebuah parti yang stabil dengan jentera parti yang efektif dan efisien kepada penggantinya.
Bagaimanapun, Samy Vellu membayangkan bahawa perubahan yang bakal berlaku itu membabitkan pertukaran pemimpin cawangan yang mempamerkan prestasi buruk serta tidak memenuhi harapan anggota parti dan masyarakat India.

"Setiap pemimpin perlu membuktikan bahawa mereka sememangnya layak memimpin. Sekiranya gagal berbuat demikian akibat kelalaian sendiri, maka kita hanya akan mengecewakan masyarakat kita. Kita akan kehilangan hak untuk mewakili mereka,” katanya ketika merasmikan konvensyen MIC Selangor ke-64 di sini, hari ini.

Samy Vellu berkata: "Jentera parti kita mesti dibaik pulih sepenuhnya. Ia sedang dilakukan dan dalam tempoh enam bulan akan datang, perubahan besar akan berlaku terhadap cara kita melaksanakan rancangan dan dasar parti.

"Kerajaan bersedia membantu kita membawa pembangunan kepada masyarakat India, sekiranya kita mahu berubah. Apabila saya kata berubah, maksudnya ialah perubahan minda dan sikap dalam menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata, cara untuk maju ialah dengan mengamalkan kaedah baru dan inovatif.
"Kita mesti berani melakukan sesuatu perkara dengan lebih kreatif dan di luar imaginasi kita. Kita mesti mengamalkan pendekatan baru yang boleh menyakinkan orang ramai bahawa kita serius dalam menjalankan tugas," katanya.

Samy Vellu berkata, perubahan itu akan bermula di MIC Selangor yang diketuai timbalannya, Datuk G. Palanivel. Ia mempunyai 107,735 anggota di 939 cawangan.

"MIC Selangor kini perlu bertindak cepat dan memikirkan cara membaik pulih jentera parti secara besar-besaran. MIC Selangor boleh menjadi penggerak yang memimpin perubahan dalam MIC di negeri lain. Anda mesti menjadi pemimpin melalui teladan, tetapi anda haruslah berubah terlebih dahulu.

"Sekiranya kita melakukan perkara ini, kita mempunyai peluang lebih baik untuk mengharungi iklim politik yang kian mencabar. Kita akan berjaya mewakili masyarakat India. Sekiranya kita lemah dan bergaduh sesama sendiri, maka parti komponen Barisan Nasional yang lain tidak akan menghormati kita. Kita akan kehilangan kehormatan dan maruah kita," katanya. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 5 Jun 2010

Rachel Corrie ditawan Israel

sama-sama lah kita mendoakan keselamatan sukarelawan kemanusiaan yang menghantar bantuan ke Gaza. Kita juga berharap agar bantuan yang dihulurkan sampai kepada penduduk Palestine dengan secepatnya dan tidak terkandas terlalu lama di Israel.

---------------------------------------------------------------------------------------

Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel


2010/06/05

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah
ditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia)
hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod
di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata
jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar
menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera
yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata
itu," katanya.

Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan
bagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Tangguh Lagi

Tak tahulah apa istimewa sangat kes ni hingga berbagai-bagai permintaan peguambela aljub dituruti. kali ni tangguh lagi hingga pertengah bulan Julai. mak kata peguam ni tak bersedia, tak mungkin pulak. nak kata kurang fakta, dah peguambela ramai sangat tu tak kan tak buat kerja. baru tangguh ni pulak kalau dua tiga hari tak apa lah pulak, ini sampai lebih sebulan.

kesimpulannya satu saja. tangguh dan terus tangguh sehingga PRU nanti dengan harapan PKR akan menang. bila menang kes ni akan dibuang. itupun kalau keadilan banyak dapat kerusi. kalau ciput juga, lagi cepatlah karpal tu hantar ke sungai buluh.

mana slogan 'lawan tetap lawan tu'. ni dah bertukar pulak, 'tangguh tetap tangguh'.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kes Anwar tangguh 14 Julai

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Jun - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 14 Julai ini oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan supaya semua dokumen perubatan dibekalkan kepada beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon penangguhan sebaik sahaja pasukan pembelaan diminta menyoal balas pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim selepas saksi itu selesai memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh pendakwa raya pagi ini.

Menurut Karpal, pihak pembelaan memerlukan dokumen-dokumen tersebut untuk diteliti oleh pakar forensik, Dr. David Wells dari Australia yang dilantik bagi membantu mereka sewaktu menyoal balas Mohd. Razali.

Beliau berkata, notis usul dan dua afidavit yang diikrarkan oleh Anwar beserta Wells bagi menyokong permohonan itu telah difailkan sebelum prosiding hari ini bermula.

Permohonan itu dibuat selepas Mohd. Razali dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keterangannya di mahkamah semalam mengesahkan berlaku kemasukan zakar terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Anwar antara lain memohon dibekalkan dengan semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mail, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh Mohd. Razali dan dua lagi doktor HKL yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.

Mohd. Razali menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu itu bersama pakar rawatan kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.

Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas pemuda berusia 25 tahun itu yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital selain kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang menangguhkan perbicaraan ke 14 Julai depan turut menetapkan bahawa permohonan itu didengar pada 18 Jun ini.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memohon dokumen-dokumen dalam kes tersebut selepas permohonan pertamanya supaya pendakwa raya membekalkan dokumen perubatan dan sampel spesimen ditolak sehingga di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pada 29 Januari lalu, mahkamah tertinggi negara itu semasa menolak rayuan Anwar memutuskan bahawa beliau boleh memohon untuk mendapatkan dokumen itu ketika perbicaraan berlangsung.

Menurut afidavit yang difailkan Anwar, beliau membuat permohonan tersebut berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Wells.

Permohonan turut dibuat selepas beliau mendakwa terdapat percanggahan antara keterangan Mohd. Razali dan pendapatnya dalam laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008 yang dihasilkannya bersama dua doktor lain.

Wells yang juga Profesor Perubatan Forensik di Institut Victoria, Melbourne dalam afidavitnya pula menyatakan, berdasarkan pengalamannya, ketiadaan dokumen-dokumen dan spesimen yang dipinta akan menjejaskan pembelaan Anwar.

Terdahulu, prosiding dimulakan dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memanggil semula Mohd. Razali, 37, untuk menyambung semula keterangannya pada pemeriksaan utama.

Doktor itu berkata, lembapan yang ditemui di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari mungkin disebabkan oleh bahan berasaskan air dan gel pelincir.

Ketika ditunjukkan gel pelincir KY Jelly, Mohd. Razali bersetuju dengan pendakwaan bahawa gel itu boleh digunakan dalam perlakuan seksual selain bagi memeriksa dubur pesakit.

Ditanya sama ada Mohd. Saiful Bukhari ada memberitahu beliau bahawa seseorang telah memasukkan objek plastik ke dalam duburnya, Mohd. Razali menjawab: ''Tidak.''

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jumaat, 4 Jun 2010

kes di bawah ni menarik...

-------------------------------------------------------------------------------------

Tiga didakwa beri keterangan palsu dalam kes Norza
04/06/2010 6:24pm

TEMERLOH 4 Jun – Tiga lagi saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Temerloh di sini.

Kontraktor, Mohammad Anuar Mohd. Yunus, 43; guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55; dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Pahang, Mohd. Sabri Aziz, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagi perbicaraan Jalaluddin, Ida Rahayu menetapkan 24 dan 25 November, manakala perbicaraan Mohammad Anuar dan Mohd. Sabri akan berjalan serentak pada 29 dan 30 November nanti.

Mengikut pertuduhan, Jalaluddin dan Mohd. Sabri didakwa memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh yang berlangsung pada 13 Mei lepas, manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 12 Mei lepas.

Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Januari tahun lepas.

Kesemua kenyataan dan keterangan mereka itu telah direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh.

Pada 14 Mei lepas, lima saksi kes berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah yang sama kerana didakwa melakukan kesalahan yang serupa.

Mereka terdiri Pengarah Jasa Pahang, Datuk Yusof Jamaluddin, 53; dua ahli perniagaan, Nasaruddin Abdullah dan Datuk Khadri Musa, masing-masing berumur 47 tahun; pembantu penerangan Jasa daerah Maran, Nor Azhar Abdul Latif, 48; dan pegawai Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, Shaiful Azman Mokhtar Affendi, 46. – Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------

yang jadi persoalannya...

1. jika benar bagi keterangan palsu, apa sebabnya. sebab nak jatuhkan reputasi seseorang.

2. apa manfaat jika orang yang didakwa tu disabitkan bersalah... adakah individu yang untung...

harap perbicaraan ni dapat berjalan lancar tanpa ada penangguhan. kita nak tahu juga apa cerita disebalik pertuduhan rasuah dan beri keterangan palsu.

Kampung Baru

Isu ni kalau diulas jadi macam melalut lah pulak. Hari tu kata 40% untuk bukan Melayu, sekarang dah jadi lain. Hari tu kata pasti, lah ni belum muktamad. Ada baiknya menteri yang urus ni buat kerja diam-diam. diam-diam tu urus ngan penduduk kampung baru. kalau semua dah sepakat, baru buat hebahan. lagi banyak ulas benda ni, makin celaru dan makin banyak peluru disediakan buat pembangkang tembak kerajaan. isu-isu macam nilah yang paling sedap diratah oleh pembangkang.

kalau penduduk tak setuju tanah mereka dimajukan, biarkan. biarkan kekal sebagai warisan sepanjang zaman. mana ada kampung tengah bandar. inilah uniknya jika kampung baru dikekalkan dengan syarat serba serbi kampung ni terjaga. kalau nak bangunkan kawasan, tak kan tak ada lagi tempat nak dibangunkan. Malaysia ni luas, bukan macam Singapura.

---------------------------------------------------------------------------------------
baca bawah ni:

Tiada hasrat jual tanah Kampung Baru kepada kaum lain
04/06/2010 7:53pm

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Malah katanya, kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Raja Nong Chik juga berkata, tidak ada seorang pun pemilik tanah yang akan dipinggirkan daripada proses pembangunan, bahkan setelah memiliki hartanah baru di kawasan berkenaan, mereka akan diberi peluang untuk menjual atau menukarkannya dalam bentuk saham atau pemilikan.

"Kita juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit-unit bangunan atau hartanah itu hendak dijual, disewa atau dipajak kepada bukan bumiputera atau syarikat asing.

"Cadangan nisbah itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan pembangunan tersebut turut disertai oleh syarikat gergasi asing, khususnya dalam bidang perhotelan, pasar raya, bank dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, jika pemilik tanah tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan itu, kerajaan bersedia untuk berunding sehingga satu persetujuan dicapai yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. – Bernama