Sabtu, 26 Februari 2011

banyaknya, betul-betul membazir... kalau guna duit tu untuk pembangunan, pendidikan, pertanian, perkhidmatan, mungkin akan dapat menjana sekali ganda lagi...

RM10.3b kekalkan RON95

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak bimbang kerana setiap tindakan kerajaan mengambil kira beban serta kos hidup yang dihadapi oleh mereka.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia mengeluarkan sejumlah subsidi yang lebih besar bagi memastikan kos perbelanjaan harian rakyat boleh dikawal.

“Setiap keputusan yang kita buat akan mengambil kira beban kepada rakyat. Rakyat tetap menjadi keutamaan kita meskipun terpaksa mengeluarkan jumlah subsidi yang besar.

“Apa yang kita pentingkan sekarang ialah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu kita kawal supaya kadar inflasi tidak meningkat. Setakat ini, kadarnya masih terkawal. Jika kadarnya tinggi ia akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan kerajaan mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga minyak dunia secara mendadak berikutan pergolakan di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara seperti Mesir dan Libya.

Sebagai contoh, Libya telah menghentikan pengeluaran minyak secara perlahan-lahan sejak kelmarin ekoran syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara berkenaan berterusan.

Untuk rekod, harga semasa bagi RON 95 ialah RM1.90 seliter.

Mengulas isu itu Najib berkata, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan buat masa ini berjumlah RM10.3 bilion.

“Dari segi bajet kita telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM10.3 bilion untuk tahun ini dan jika tiada perubahan harga (minyak dunia), jumlah subsidi kita akan meningkat agak ketara.

“Namun subsidi ini tidak melibatkan RON 97 kerana ia berdasarkan harga minyak semasa,” katanya lagi.

Mengenai bajet tambahan untuk subsidi sekiranya trend kenaikan minyak dunia terus berlaku beliau berkata, kerajaan akan melihat harga minyak semasa di pasaran dunia.

“Kita perlu lihat harga minyak semasa dunia kerana ia terumbang-ambing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri percaya sekiranya keadaan di Asia Barat dan Afrika Utara reda dalam kadar segera, harga minyak dunia akan turun.

“Jika keadaan di Asia Barat reda dalam keadaan yang segera harga minyak pasti akan turun. Jika turun, harga RON 97 juga turun dan itu yang kita janjikan. Kita hanya kawal RON 95 serta produk yang lain seperti gas asli cecair (LPG) dan diesel,” katanya lagi.

Ahad, 20 Februari 2011

Bob



Lepas tarik diri jadi juri Raja Lawak, nampaknya Bob Lokman beralih arah pula. Kali ni masuk dalam politik pulak. Agaknya-agaknya PRU13 nanti, Bob Lokman ni akan bertanding kawasan mana lak. Mesti kawasan yang selamat, sebab nak merasa jadi YB.

Jumaat, 18 Februari 2011

Adun Pelabuhan Klang

nilah kalau kurang cerdik ataupun dah terlebih cerdik. padan muka. pun begitu, aku nak tabik pada orang nilah sebab dia berani buat perkara yang dia tahu dah salah.



Badrul Hisham kekal ADUN Pelabuhan Klang
18/02/2011 5:13pm

SHAH ALAM 18 Feb. - Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya mendapatkan deklarasi beliau masih wakil rakyat kawasan itu.

Pada 24 Januari lalu, Badrul Hisham memfailkan permohonan saman pemula tersebut selepas Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan dalam satu sidang media yang diadakan pada 19 Januari lalu. - Utusan

Ahad, 6 Februari 2011

Keluar Lagi

Keluar lagi.

Pengerusi PKR Sabah keluar parti
05/02/2011 8:27pm

Abdul Rashid Abdul Rahman

KOTA KINABALU 5 Feb. _ Pengerusi Perhubungan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat Sabah, Pajudin Nordin hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menyertai UMNO.

Pengumuman itu dibuat dihadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Menurut Pajudin keputusan itu dibuat selepas beliau hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR khususnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusan


Sepatutnya keluar semasa Anuwar berada di Sabah. Dan seperti seperti biasa tentunya: BN dah bayar juta-juta.

DUN Merlimau

PAS atau PKR..

cakap-cakap telah terdengar bahawa ketua AMK parti Keadilan akan bertanding. Khabaar angin juga bertiup kencang konon PAS tak setuju.

Lantak koranglah nak berebut letakkan calon. Namun berdasarkan prestasi, PAS dah dua kali berturut-turut tumbang oleh BN, PKR pun dah tumbang ( BN Galas Batu SAPI dan hempap kat PAS dan PKR. Sekarang ni dah Tenang ). Yang agak baik prestasi ialah DAP. Apa kata korang letak calon DAP tapi pakai kopiah. Mungkin boleh menang. dan jangan lupa bawa orang-orang DAP yang baca quran dan bagi tarbiah kat masjid hari tu. Sebelum ceramah buat senam robik lagi. Mesti ramai datang tu.

Jumaat, 4 Februari 2011

Siapa Dalang Demo di Mesir

Wah, barangkali ini yang dimahukan oleh pembangkang berlaku di Malaysia. Tahun 98, perkara ini hampir menjadi kenyataan. Lihatlah, bagaimana pembangkang melakukan kekacauan, dan ini semacam lesen untuk US mencatur pemerintahan Mesir.

Demo besar-besaran seperti yang berlaku di Mesir, tentunya dinaungi dan didalangi oleh orang-orang tertentu. Dan, andai ada pelajar-pelajar Malaysia yang menyertai tunjuk perasaan di Mesir, diharap kerajaan dapat bertindak tegas.



AS bincang pelan pengunduran Mubarak


2011/02/04
WASHINGTON: Amerika Syarikay sedang berbicang dengan pegawai Mesir satu rancangan untuk Presiden Hosni Mubarak berundur serta merta dan melepaskan jawatan kepada kerajaan peralihan yang diterajui Naib Presiden, Omar Suleiman, lapor The New York Times. - AFP

Rabu, 2 Februari 2011

Saiful

PDO dah minta maaf. Itu urusan Saiful nak maafkan ke tidak. Tapi para pembaca blog PDO yang kemudian menyebarkan fitnah ni, dah dapat dosa MLM. Tak pasal-pasal dapat dosa. Pro pembangkang, seharusnya meneliti dulu sumber dari mana datang, siasat kebenaran cerita dan barulah hebahkan.

Pahang Daily Onlinemohon maaf

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Selepas menyiarkan enam artikel kontroversi berkaitan penyakit misteri bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu, Pahang Daily Online hari ini secara rasmi memohon maaf dan mengumumkan penarikan balik artikel berkenaan.

Menerusi kenyataan di laman blog berkenaan, pihaknya telah menghantar beberapa kakitangan untuk menyiasat kesahihan artikel berkenaan sejak lebih dua tahun lalu dan didapati ia tidak benar sama sekali.

"Kami cuba menghubungi pihak yang menghantar artikel berkenaan tetapi tidak mendapat jawapan yang sepatutnya.

"Malah, kami turut menemui beberapa orang saudara-mara serta sahabat terdekat Saiful dan mendapati ia tidak benar sama sekali," kata kenyataan tersebut di http://pahangdaily.blogspot.com/2011/01/memo-pahang-daily-online-pdo-memohon.html.

Pada 23 April 2008, Saiful telah memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog tersebut kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah dan jahat.

Dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tiga tahun lalu.

Ekoran itu, penulis blog bernama Cucumatkilau yang ketika itu merupakan Pengarang Eksklusif laman blog berkenaan dan beberapa kakitangannya telah disiasat pihak polis.