Rabu, 5 Januari 2011

Naik lagi

Naik lagi, entah bila pulak akan turunnya. kata untuk menstruktur semula harga minyak tapi tak kan dekat sangat dengan tarikh kenaikan harga minyak yang lepas. Memang harga minyak yang dinaikkan hanya untuk kereta mahal, tapi sekarang ni, proton dan perodua pun guna minyak Ron97 ni.

Isu ni memang benar-benar seperti sediakan bahan bakar untuk naikkan kemarahan rakyat. Dahlah harga barang tiba-tiba je naik, ni pun akan digunakan sebagai alasan untuk naikkan harga barang.

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.


dahlah minyak masak pun payah sangat nak diperolehi walhal kita ni pengeluar kelapa sawit utama dunia.

Masalah minyak masak selesai minggu depan

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan akan mengatasi masalah bekalan minyak masak yang kurang di pasaran, selewat-lewatnya minggu depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, bekalan minyak ketika ini mencukupi dan kementerian telah mengarahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menambah pengeluarannya di pasaran.

Katanya, pembekal akan menambah pengeluaran minyak masak di seluruh negara bagi mengatasi kekurangan bekalan yang semakin meruncing sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, berikutan langkah segera itu, masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran diyakini akan dapat diatasi sepenuhnya minggu depan.

“MPOB bersetuju menambah bekalan minyak sebanyak 14,000 tan metrik lagi menjadikan jumlah pengeluarannya 84,000 tan metrik pada bulan ini saja.

“Kerajaan juga akan memastikan bekalan minyak masak pulih seperti biasa selewat-lewatnya minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sesi dialog antara kementeriannya dengan wakil Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak panik dan tidak membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

“Rakyat diminta tidak panik kerana tindakan tersebut akan menyebabkan banyak kedai runcit dan pasar raya mengalami kekurangan bekalan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lian Hoe berkata, kementerian sedang memantau beberapa pengilang yang dikenal pasti menyeludup minyak masak ke luar negara hingga menyebabkan negara menghadapi krisis bekalan minyak masak.

“Saya mendapat laporan daripada penguat kuasa bahawa terdapat empat pengilang sedang disiasat kerana menjual secara haram barang kawalan ini ke negara luar.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyeleweng barang kawalan ini dan tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka,” tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan