Sabtu, 29 Januari 2011

tipu

seawal kempen, ke mana saja bersama. dari pagi sampai malam. sanggup berkorban apa saja untuk isteri walau pun telah dinyatakan/dilaporkan oleh doktor bahawa mamat sekor ni tidak sihat. ada surat sakit lagi.



mamat sekor ni perlu ingat:

1. dia dah tipu ( rasanya dah berulangkali dia buat, tu pasal selamba aja )
2. makan gaji haram
3. pentingkan diri sendiri dengan tinggalkan tugas
4. kalau mak bapak budak-budak yang dia ajar tu sumpah kat dia jadi betul-betul sakit, padan muka calon pas ni. masa tu sanggup ke dia jaga laki dia yang sakit.
5. mamat ni temankan isteri dia sebab apa ya. dia sendiri perasan yang geng serban/ketayap tinggi ni bukan boleh pakai. kat dalam kepala dia orang hanya dua saja. duit dan perempuan. agaknya, tu lah sebab dia temankan isteri sepanjang kempen, takut ada nak rembat isteri dia.


Maarof akan dikenakan tindakan

LABIS 28 Jan. - Tindakan suami calon Pas, Normala Sudirman yang didakwa menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal mengundang padah.

Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tatatertib ke atas Maarof Abd. Mutalib kerana berbohong semasa memberi perakuan bagi mendapatkan cuti sakit tersebut, dengan menyatakan beliau sakit sedangkan keluar membantu isterinya berkempen sejak minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat peruntukan yang membenarkan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil tindakan tatatertib kerana jelas Maarof menyalahgunakan cuti sakit tersebut, sekali gus bertentangan dengan moral sebagai seorang guru.

"Tindakan ini bukan kerana dia menyokong calon Pas. Itu hak dia dan sebagai suami, sepatutnya dia menyokong isteri sendiri tetapi janganlah sampai menyalahgunakan hak bercuti itu dengan mendakwa sakit tetapi sebenarnya tidak sakit.

"Maknanya, dalam kes Maarof ini, sudah ada petanda penyalahgunaan cuti sakit. Dia dapat cuti, dia gunakan untuk tujuan lain. Biasanya orang dapat cuti sampai 21 hari ini sudah terlantar tapi dia tegak berdiri meredah kawasan Tenang," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa diminta apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan ke atas Maarof ekoran tindakan tidak bertanggungjawabnya mengambil cuti sakit selama 21 hari atas alasan mengalami tekanan.

Tindakan itu menjadi kontroversi kerana Maarof dilihat sentiasa mengiringi Normala ke mana-mana sahaja untuk berkempen bagi meraih undi bermula hari penamaan calon pada 22 Januari lalu hingga semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri supaya menyiasat apakah asas cuti sakit itu dikeluarkan walaupun Maarof layak untuk mendapat kemudahan cuti sakit seperti yang termaktub dalam peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

"Siasat apakah benar dia sakit atau sekadar menjadikan 'sakit' itu sebagai alasan. Jabatan Pelajaran Negeri kena dapatkan laporan daripada pengetua berhubung perkara ini kerana sebagai guru dia sepatutnya amanah, bukannya memberi perakuan bohong," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin mahu pengundi di DUN Tenang menilai sendiri sikap Maarof sebagai penyokong Pas, sama ada wajar dihormati atau tidak, sedangkan golongan tersebut sentiasa bercakap soal agama.

Menurutnya, Pas dan penyokongnya yang sentiasa mendakwa diri mereka kononnya mengamalkan Islam yang tulen, tetapi tidak pula memperlihatkan hakikat sebagai Muslim yang jujur kerana sering kali menipu dan berbohong dalam banyak isu sejak sekian lama.

Isnin, 17 Januari 2011

Aedes @ JE

Nuar kata cabaran Ummi ni hanya nyamuk. Nuar ni tak tahu ke, sebab kan nyamuk banyak nyawa manusia melayang. harapnya nyamuk aedes yang hinggap kat badan nuar, kalau JE lagi baik.

Hanya soal nyamuk - Anwar

KEMAMAN 15 Jan. - "Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Geliga, di sini hari ini yang dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lalu, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada Presiden Pas untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti Pas kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: "Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata, saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap Pas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pusat. - BERNAMA

Rabu, 12 Januari 2011

Saman Umi

Kalau Umi berbohong, apa kata, KArpal, Anwar, Azizah dan Pas saman semula Umi berganda-ganda. Mereka semua ni kena nyatakan pendirian. Diam dan mengelak maknanya benar apa yang dikatakan oleh Umi. Hanya satu saja, saman semula. itupun kalau mereka semua ni jadi mangsa fitnah Umi.

Ummi saman Anwar, Wan Azizah, Karpal, Pas RM700 juta

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Ummi Hafilda Ali (gambar) akan memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; peguam Karpal Singh dan Pas, Khamis ini.

Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Beliau memberitahu, saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar bertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.

“Beliau (Karpal) gembira dengan pendedahan itu dan mendesak di Parlimen agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil tindakan. Tetapi apabila tindakan diambil, beliau pusing 360 darjah untuk membela Anwar pula sehingga saya menjadi mangsa keadaan.

“Saya ambil tindakan saman ini setelah hilang sabar dengan Anwar dan konco-konconya yang kian angkuh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, saman RM100 juta pula dibuatnya terhadap Dr. Wan Azizah kerana Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tahu apa yang berlaku tetapi tidak mahu mendedahkan kebenaran menyebabkan dia difitnah terlibat dengan konspirasi yang menjatuhkan imejnya.

Katanya, Pas pula disaman RM100 juta kerana mereka pernah menghantar Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu bertemunya juga pada 1997 untuk mendapatkan cerita sebenar.

“Apabila sudah tahu segalanya, beliau merupakan orang pertama menggelar Anwar sebagai peliwat di Parlimen. Alih-alih, setelah segalanya terbongkar, Pas dan Mohamad Sabu sokong Anwar pula,” tegasnya.

Ditanya mengapa baru sekarang tindakan saman itu dibuat, beliau memberitahu, selama ini masih terdapat pertimbangan dalam dirinya berhubung penglibatan darah daging sendiri, Azmin Ali dengan PKR.

“Emak saya juga menasihatkan supaya bersabar dan menyerahkan kepada Tuhan selain sentiasa mendoakan agar Azmin bertaubat.

“Tetapi setelah Azmin dan PKR kian melampau termasuk mahu menghapuskan ketuanan Melayu, saya rasa cukuplah. Apa hendak jadi, jadilah. Saya mengisytiharkan mereka sebagai musuh dan perlu ditentang habis-habisan,” katanya.

Rabu, 5 Januari 2011

Naik lagi

Naik lagi, entah bila pulak akan turunnya. kata untuk menstruktur semula harga minyak tapi tak kan dekat sangat dengan tarikh kenaikan harga minyak yang lepas. Memang harga minyak yang dinaikkan hanya untuk kereta mahal, tapi sekarang ni, proton dan perodua pun guna minyak Ron97 ni.

Isu ni memang benar-benar seperti sediakan bahan bakar untuk naikkan kemarahan rakyat. Dahlah harga barang tiba-tiba je naik, ni pun akan digunakan sebagai alasan untuk naikkan harga barang.

Harga RON 97 naik 10 sen lagi

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter.

Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.

Menurutnya, ketika ini harga pasaran minyak mentah dunia mencecah AS$100 setong.

"Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran semasa.

"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.


dahlah minyak masak pun payah sangat nak diperolehi walhal kita ni pengeluar kelapa sawit utama dunia.

Masalah minyak masak selesai minggu depan

PUTRAJAYA 4 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan akan mengatasi masalah bekalan minyak masak yang kurang di pasaran, selewat-lewatnya minggu depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, bekalan minyak ketika ini mencukupi dan kementerian telah mengarahkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menambah pengeluarannya di pasaran.

Katanya, pembekal akan menambah pengeluaran minyak masak di seluruh negara bagi mengatasi kekurangan bekalan yang semakin meruncing sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, berikutan langkah segera itu, masalah kekurangan bekalan minyak masak di pasaran diyakini akan dapat diatasi sepenuhnya minggu depan.

“MPOB bersetuju menambah bekalan minyak sebanyak 14,000 tan metrik lagi menjadikan jumlah pengeluarannya 84,000 tan metrik pada bulan ini saja.

“Kerajaan juga akan memastikan bekalan minyak masak pulih seperti biasa selewat-lewatnya minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sesi dialog antara kementeriannya dengan wakil Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak panik dan tidak membeli minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

“Rakyat diminta tidak panik kerana tindakan tersebut akan menyebabkan banyak kedai runcit dan pasar raya mengalami kekurangan bekalan,” katanya.

Mengulas lanjut, Lian Hoe berkata, kementerian sedang memantau beberapa pengilang yang dikenal pasti menyeludup minyak masak ke luar negara hingga menyebabkan negara menghadapi krisis bekalan minyak masak.

“Saya mendapat laporan daripada penguat kuasa bahawa terdapat empat pengilang sedang disiasat kerana menjual secara haram barang kawalan ini ke negara luar.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan pihak yang menyeleweng barang kawalan ini dan tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan lesen perniagaan mereka,” tegasnya.

Maaf, cukupkah

cukupkah hanya dengan meminta maaf, setelah berjaya mengguris hati pihak istana

Shuhaimi Shafiei sedia minta maaf pada Sultan
05/01/2011 1:37pm

SHAH ALAM, 5 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersedia meminta maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung dengan kenyataannya dalam laman blog srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengakui kenyataannya itu ditujukan kepada Sultan Sharafuddin tetapi kepada Setiausaha Sulit baginda dan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Shuhaimi juga menuduh media, terutamanya Utusan Malaysia memanipulasi kenyataan beliau di blog tersebut.

Kenyataan itu disampaikan oleh Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Azmizam Zaman Huri pada sidang akhbar di pejabat DUN Sri Muda di Kota Kemuning di sini.

Azmizam juga memberitahu yang Shuhaimi tidak dapat hadir pada sidang akhbar itu kerana menghadiri program bersama rakyat. - Utusan