Rabu, 30 Jun 2010

Karpal Tetap Tolak Negara Islam

dari berita harian

KUALA LUMPUR 29 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak sewajarnya berprasangka terhadap keadilan Islam sehingga secara bulat-bulat menolak gagasan pembentukan konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, selayaknya bagi Karpal yang sudah mencecah usia 70 tahun mengimpikan sebuah kerajaan adil, telus dan saksama yang hanya boleh diperoleh melalui syariat Islam.

Menurut beliau, sejarah dan tamadun membuktikan bahawa segala ideologi ciptaan manusia seperti komunisme, sosialisme dan sekularisme telah gagal, keruntuhan akhlak dan moral; jenayah dan rasuah berleluasa semuanya berpunca daripada sistem ciptaan manusia.

"Jika Karpal menganggap fahaman sekular lebih baik daripada Islam, ia merupakan satu pendapat yang tidak wajar kerana sudah terbukti kehancuran tamadun dunia berpunca daripada ideologi yang membebaskan fikiran dan gaya hidup daripada ikatan agama.

"Hancurnya tamadun kerana agama tidak didaulatkan, syariat tidak digunakan secara menyeluruh hanya pada keperluan tertentu sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Bagi beliau, Malaysia merupakan sebuah negara sekular berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan adalah mustahil bagi DAP mengubahnya menjadi sebuah negara Islam.

Nasihat Nasrudin kepada pimpinan pembangkang lain ialah supaya mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau membangkitkan isu yang boleh memberikan 'bola tanggung' kepada pihak lawan.

Tambah beliau, semua pihak perlu menerima Islam sebagai alternatif terbaik kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh pelbagai ideologi yang gagal, sekali gus mengembalikan semula keagungan dan kecemerlangan agama ini.

"Beri peluang kepada Islam membuktikan keadilannya, jika tidak betul atau salah sila kemuka bukti mana silapnya. Tidak perlu terus lempar rasa sangsi terhadap Islam," tegas beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya sekiranya Karpal masih bertegas menolak konsep negara Islam Pas, adakah beliau sedia mendesak pimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan DAP, Nasrudin enggan menjawab sebaliknya menegaskan bahawa Pas pada setiap masa konsisten dengan dasar tersebut.

"Pas tetap dengan dasar kita selagi al-Quran dan sunah itu tidak berubah selagi itulah dasar kita terhadap menegakkan syariat Islam.

"DAP ada dasar dia, Pas pun sama, jika mereka tetap berkeras, begitu juga kita, akan tetap pertahankannya. Dasar kita tidak pernah berubah malah kerjasama pakatan pembangkang adalah berkaitan politik iaitu titik persamaan dalam beberapa isu yang disepakati seperti rasuah dan penyelewengan kuasa," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Apa kata Nik Aziz mengenai pendirian Karpal ni. Atau sememangnya Pas sudah buang pendirian untuk menubuhkan negara Islam. Sama juga dengan hukum hudud yang diwar-warkan, bila Dap pertikaikan hukum hudud yang kononnya nak dilaksanakan oleh PAS pemimpin tarik balik kenyataan dan didiamkan pulak.

Ada baiknya PAS mengkaji semula hubungan dalam pakatan. Selama ini Pas hanya dianggap sebagai penumpang bukan pengemudi. Sepatutnya Pas harus menonjolkan diri dengan menjadi parti yang utama bukan parti yang kelas kedua.

Selasa, 8 Jun 2010

80 % sudah terima konsep 1Malaysia

ni nak sedapkan hati pm ke...

1. setakat 12,200 orang dah dikatakan 80% menyokong. nak tahu juga siapa sumbernya. 20% tak terima tu siapa, kenapa tak terima konsep 1Malaysia. kalau sumbernya 80% yang menyokong BN, memang sahlah. satu lagi, 12,200 dari 27 juta rakyat Malaysia, adakah kajian ini boleh diterima pakai.

2. penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia ni masih jauh, terutamanya dari segi pemahaman. sama juga sebahagian rakyat masih terkapai-kapai memahami Rukun Negara. Ketua Pengarah Penyiaran ni kena realistik lah sikit, kalau kata 30% - 40% mungkin boleh diterima.


-------------------------------------------------------------------------------------


80 peratus sudah terima konsep 1Malaysia


2010/06/08
PASIR MAS: Konsep 1Malaysia kini diterima oleh 80 peratus rakyat negara ini, kata Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Abdullah Murad.

Katanya, sebahagian kecil lagi berada di kawasan terpencil seperti pedalaman di mana maklumat agak sukar disampaikan walaupun sudah dua tahun konsep itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kefahaman juga agak berbeza kerana terdapat perbezaan politik di negara ini," katanya selepas merasmikan Program BersamaMu 1Malaysia di Pusat Latihan Khidmat Negara Cancun Park, Kampung Kangkung di sini, semalam.

Abdullah berkata, perangkaan itu diperoleh daripada satu kajian membabitkan 12,200 rakyat negara ini.

"Kita akan minta pegawai-pegawai kita memperjelaskan perkara itu kepada mereka yang belum menerima lagi konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama


-------------------------------------------------------------------------------------

Ahad, 6 Jun 2010

Samy dan Janji Perubahan

Samy Vellu buat janji lagi. Harap-harap janji ni ditunaikan. Tapi walaupun janji telah ditunaikan, apakah pelaksanaan telus. Kang nanti, habis orang-orang yang buat kerja kena buang, yang tinggal cuma tukang angguk dan tukang kipas

ada baiknya Samy Vellu buat beberapa perkara di bawah sebelum dilaksanakan perubahan yang dijanjikan.

1. buat senarai semak perubahan yang dilakukan beserta dengan tarikh-tarikhnya sekali. takut kalau tak buat ni Samy boleh lupa.

2. buat pembersihan senarai ahli MIC yang masih tinggal dalam MIC. dengarnya dah lebih 100,000 ahli kena pecat. ini belum kira ahli yang melompat parti pergi kepada beberapa parti india yang menyokong bn atau pun parti pembangkang seperti dap dan pkr mahupun sayap pas. agak-agaknya berapa kerat lagi yang tinggal.

3. bila dah berjanji tu kena tunaikanlah. janganlah asyik tangguh, tangguh, sampai orang dah muka dan tak percaya lagi. macam cerita budak ngan serigala lah pulak.

4. kena bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. jangan asyik nak guna kuasa veto. hukuman pula jangan pilih kasih dan berpilih-pilih. kritik samy mesri kena pecat, tapi kritik rakan dalam parti lain boleh.

Perubahan besar dalam MIC dalam 6 bulan: Samy Vellu

-------------------------------------------------------------------------------------

2010/06/06
KAJANG: Perubahan besar dijangka berlaku dalam MIC dalam tempoh enam bulan akan datang, termasuk membaik pulih keseluruhan jentera parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.

Tanpa mengulas lanjut perubahan yang bakal berlaku, pemimpin nombor satu MIC itu berkata beliau bertekad untuk menyerahkan sebuah parti yang stabil dengan jentera parti yang efektif dan efisien kepada penggantinya.
Bagaimanapun, Samy Vellu membayangkan bahawa perubahan yang bakal berlaku itu membabitkan pertukaran pemimpin cawangan yang mempamerkan prestasi buruk serta tidak memenuhi harapan anggota parti dan masyarakat India.

"Setiap pemimpin perlu membuktikan bahawa mereka sememangnya layak memimpin. Sekiranya gagal berbuat demikian akibat kelalaian sendiri, maka kita hanya akan mengecewakan masyarakat kita. Kita akan kehilangan hak untuk mewakili mereka,” katanya ketika merasmikan konvensyen MIC Selangor ke-64 di sini, hari ini.

Samy Vellu berkata: "Jentera parti kita mesti dibaik pulih sepenuhnya. Ia sedang dilakukan dan dalam tempoh enam bulan akan datang, perubahan besar akan berlaku terhadap cara kita melaksanakan rancangan dan dasar parti.

"Kerajaan bersedia membantu kita membawa pembangunan kepada masyarakat India, sekiranya kita mahu berubah. Apabila saya kata berubah, maksudnya ialah perubahan minda dan sikap dalam menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata, cara untuk maju ialah dengan mengamalkan kaedah baru dan inovatif.
"Kita mesti berani melakukan sesuatu perkara dengan lebih kreatif dan di luar imaginasi kita. Kita mesti mengamalkan pendekatan baru yang boleh menyakinkan orang ramai bahawa kita serius dalam menjalankan tugas," katanya.

Samy Vellu berkata, perubahan itu akan bermula di MIC Selangor yang diketuai timbalannya, Datuk G. Palanivel. Ia mempunyai 107,735 anggota di 939 cawangan.

"MIC Selangor kini perlu bertindak cepat dan memikirkan cara membaik pulih jentera parti secara besar-besaran. MIC Selangor boleh menjadi penggerak yang memimpin perubahan dalam MIC di negeri lain. Anda mesti menjadi pemimpin melalui teladan, tetapi anda haruslah berubah terlebih dahulu.

"Sekiranya kita melakukan perkara ini, kita mempunyai peluang lebih baik untuk mengharungi iklim politik yang kian mencabar. Kita akan berjaya mewakili masyarakat India. Sekiranya kita lemah dan bergaduh sesama sendiri, maka parti komponen Barisan Nasional yang lain tidak akan menghormati kita. Kita akan kehilangan kehormatan dan maruah kita," katanya. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------

Sabtu, 5 Jun 2010

Rachel Corrie ditawan Israel

sama-sama lah kita mendoakan keselamatan sukarelawan kemanusiaan yang menghantar bantuan ke Gaza. Kita juga berharap agar bantuan yang dihulurkan sampai kepada penduduk Palestine dengan secepatnya dan tidak terkandas terlalu lama di Israel.

---------------------------------------------------------------------------------------

Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel


2010/06/05

KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah
ditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia)
hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod
di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata
jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar
menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.
"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera
yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata
itu," katanya.

Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan
bagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Tangguh Lagi

Tak tahulah apa istimewa sangat kes ni hingga berbagai-bagai permintaan peguambela aljub dituruti. kali ni tangguh lagi hingga pertengah bulan Julai. mak kata peguam ni tak bersedia, tak mungkin pulak. nak kata kurang fakta, dah peguambela ramai sangat tu tak kan tak buat kerja. baru tangguh ni pulak kalau dua tiga hari tak apa lah pulak, ini sampai lebih sebulan.

kesimpulannya satu saja. tangguh dan terus tangguh sehingga PRU nanti dengan harapan PKR akan menang. bila menang kes ni akan dibuang. itupun kalau keadilan banyak dapat kerusi. kalau ciput juga, lagi cepatlah karpal tu hantar ke sungai buluh.

mana slogan 'lawan tetap lawan tu'. ni dah bertukar pulak, 'tangguh tetap tangguh'.

-------------------------------------------------------------------------------------

Kes Anwar tangguh 14 Julai

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Jun - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 14 Julai ini oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas Ketua Pembangkang itu mengemukakan permohonan supaya semua dokumen perubatan dibekalkan kepada beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh memohon penangguhan sebaik sahaja pasukan pembelaan diminta menyoal balas pakar bedah am, Dr. Mohd. Razali Ibrahim selepas saksi itu selesai memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh pendakwa raya pagi ini.

Menurut Karpal, pihak pembelaan memerlukan dokumen-dokumen tersebut untuk diteliti oleh pakar forensik, Dr. David Wells dari Australia yang dilantik bagi membantu mereka sewaktu menyoal balas Mohd. Razali.

Beliau berkata, notis usul dan dua afidavit yang diikrarkan oleh Anwar beserta Wells bagi menyokong permohonan itu telah difailkan sebelum prosiding hari ini bermula.

Permohonan itu dibuat selepas Mohd. Razali dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dalam keterangannya di mahkamah semalam mengesahkan berlaku kemasukan zakar terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Anwar antara lain memohon dibekalkan dengan semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mail, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh Mohd. Razali dan dua lagi doktor HKL yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008.

Mohd. Razali menjalankan pemeriksaan ke atas pengadu itu bersama pakar rawatan kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik, Dr. Siew Sheue Feng.

Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas pemuda berusia 25 tahun itu yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital selain kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang menangguhkan perbicaraan ke 14 Julai depan turut menetapkan bahawa permohonan itu didengar pada 18 Jun ini.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memohon dokumen-dokumen dalam kes tersebut selepas permohonan pertamanya supaya pendakwa raya membekalkan dokumen perubatan dan sampel spesimen ditolak sehingga di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pada 29 Januari lalu, mahkamah tertinggi negara itu semasa menolak rayuan Anwar memutuskan bahawa beliau boleh memohon untuk mendapatkan dokumen itu ketika perbicaraan berlangsung.

Menurut afidavit yang difailkan Anwar, beliau membuat permohonan tersebut berdasarkan nasihat yang diberikan oleh Wells.

Permohonan turut dibuat selepas beliau mendakwa terdapat percanggahan antara keterangan Mohd. Razali dan pendapatnya dalam laporan perubatan bertarikh 13 Julai 2008 yang dihasilkannya bersama dua doktor lain.

Wells yang juga Profesor Perubatan Forensik di Institut Victoria, Melbourne dalam afidavitnya pula menyatakan, berdasarkan pengalamannya, ketiadaan dokumen-dokumen dan spesimen yang dipinta akan menjejaskan pembelaan Anwar.

Terdahulu, prosiding dimulakan dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memanggil semula Mohd. Razali, 37, untuk menyambung semula keterangannya pada pemeriksaan utama.

Doktor itu berkata, lembapan yang ditemui di kawasan sekitar dubur Mohd. Saiful Bukhari mungkin disebabkan oleh bahan berasaskan air dan gel pelincir.

Ketika ditunjukkan gel pelincir KY Jelly, Mohd. Razali bersetuju dengan pendakwaan bahawa gel itu boleh digunakan dalam perlakuan seksual selain bagi memeriksa dubur pesakit.

Ditanya sama ada Mohd. Saiful Bukhari ada memberitahu beliau bahawa seseorang telah memasukkan objek plastik ke dalam duburnya, Mohd. Razali menjawab: ''Tidak.''

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jumaat, 4 Jun 2010

kes di bawah ni menarik...

-------------------------------------------------------------------------------------

Tiga didakwa beri keterangan palsu dalam kes Norza
04/06/2010 6:24pm

TEMERLOH 4 Jun – Tiga lagi saksi dalam kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh kerana dituduh memberi keterangan palsu ketika perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Sesyen Temerloh di sini.

Kontraktor, Mohammad Anuar Mohd. Yunus, 43; guru sekolah, Jalaluddin Johan, 55; dan pembantu penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Pahang, Mohd. Sabri Aziz, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Bagi perbicaraan Jalaluddin, Ida Rahayu menetapkan 24 dan 25 November, manakala perbicaraan Mohammad Anuar dan Mohd. Sabri akan berjalan serentak pada 29 dan 30 November nanti.

Mengikut pertuduhan, Jalaluddin dan Mohd. Sabri didakwa memberikan keterangan palsu semasa perbicaraan kes rasuah berkenaan di Mahkamah Sesyen Temerloh yang berlangsung pada 13 Mei lepas, manakala Mohammad Anuar didakwa melakukan kesalahan yang sama pada 12 Mei lepas.

Keterangan mereka itu didakwa tidak selaras dengan kenyataan yang dibuat kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada 20, 21 dan 23 Januari tahun lepas.

Kesemua kenyataan dan keterangan mereka itu telah direkodkan di pejabat SPRM Pahang Cawangan Temerloh.

Pada 14 Mei lepas, lima saksi kes berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah yang sama kerana didakwa melakukan kesalahan yang serupa.

Mereka terdiri Pengarah Jasa Pahang, Datuk Yusof Jamaluddin, 53; dua ahli perniagaan, Nasaruddin Abdullah dan Datuk Khadri Musa, masing-masing berumur 47 tahun; pembantu penerangan Jasa daerah Maran, Nor Azhar Abdul Latif, 48; dan pegawai Unit Seranta Felda, Jabatan Perdana Menteri, Shaiful Azman Mokhtar Affendi, 46. – Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------

yang jadi persoalannya...

1. jika benar bagi keterangan palsu, apa sebabnya. sebab nak jatuhkan reputasi seseorang.

2. apa manfaat jika orang yang didakwa tu disabitkan bersalah... adakah individu yang untung...

harap perbicaraan ni dapat berjalan lancar tanpa ada penangguhan. kita nak tahu juga apa cerita disebalik pertuduhan rasuah dan beri keterangan palsu.

Kampung Baru

Isu ni kalau diulas jadi macam melalut lah pulak. Hari tu kata 40% untuk bukan Melayu, sekarang dah jadi lain. Hari tu kata pasti, lah ni belum muktamad. Ada baiknya menteri yang urus ni buat kerja diam-diam. diam-diam tu urus ngan penduduk kampung baru. kalau semua dah sepakat, baru buat hebahan. lagi banyak ulas benda ni, makin celaru dan makin banyak peluru disediakan buat pembangkang tembak kerajaan. isu-isu macam nilah yang paling sedap diratah oleh pembangkang.

kalau penduduk tak setuju tanah mereka dimajukan, biarkan. biarkan kekal sebagai warisan sepanjang zaman. mana ada kampung tengah bandar. inilah uniknya jika kampung baru dikekalkan dengan syarat serba serbi kampung ni terjaga. kalau nak bangunkan kawasan, tak kan tak ada lagi tempat nak dibangunkan. Malaysia ni luas, bukan macam Singapura.

---------------------------------------------------------------------------------------
baca bawah ni:

Tiada hasrat jual tanah Kampung Baru kepada kaum lain
04/06/2010 7:53pm

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kerajaan tidak bercadang untuk menjual walau seinci pun tanah di Kampung Baru di sini kepada kaum atau bangsa lain, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Malah katanya, kerajaan akan memastikan setiap pemilik tanah mendapat pulangan masing-masing apabila tanah mereka diserahkan untuk tujuan pembangunan.

"Seperti yang saya jelaskan, nisbah 60:40 hanyalah satu cadangan daripada pihak kerajaan dan ia sebenarnya bukan bermaksud menjual tanah sedia ada kepada bukan bumiputera atau pelabur asing mengikut nisbah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, cadangan nisbah itu hanya akan diguna pakai apabila keseluruhan kawasan kampung berkenaan dibangunkan dengan pelbagai bangunan pencakar langit dengan mendapat persetujuan pemilik tanah.

Raja Nong Chik juga berkata, tidak ada seorang pun pemilik tanah yang akan dipinggirkan daripada proses pembangunan, bahkan setelah memiliki hartanah baru di kawasan berkenaan, mereka akan diberi peluang untuk menjual atau menukarkannya dalam bentuk saham atau pemilikan.

"Kita juga belum membuat sebarang keputusan sama ada unit-unit bangunan atau hartanah itu hendak dijual, disewa atau dipajak kepada bukan bumiputera atau syarikat asing.

"Cadangan nisbah itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan pembangunan tersebut turut disertai oleh syarikat gergasi asing, khususnya dalam bidang perhotelan, pasar raya, bank dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, jika pemilik tanah tidak bersetuju dengan nisbah yang dicadangkan itu, kerajaan bersedia untuk berunding sehingga satu persetujuan dicapai yang akan menguntungkan kedua-dua belah pihak. – Bernama

Tok Guru

Komen Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan serangan, pembunuhan, tangkapan sukarelawan yang membawa bantuan kepada rakyat Palestine.

baca sini

dua benda ni saja yang lekat dalam kepala hotak tok guru ni.

1. APCO - dia ni tahu tak apa APCO ni.

2. Menyalahkan kerajaan Malaysia

Aku nak sangat dengar tok guru ni kuar statement mengutuk keganasan regim zionis, tapi beranikah dia sebab big bossnya brader Anwar pun tak pernah kecam regim zionis.

Berlaku penetrasi, ada DNA 2 lelaki

Kalau dah ada DNA 2 lelaki asing, apa cerita ni.. macam mana benda ni boleh ada..

baca sini

siapa punya, mungkin dalam waktu terdekat saksi akan sahkan 2 DNA ni milik siapa.

Subsidi

Siapa putar alam mengenai subsidi. Sebelum kuar kenyataan dia orang ni tak bincang apa-apa ke.

Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Datuk Seri Idris Jala

apa tujuan Datuk Seri Idris Jala kuar kenyataan, kemudian banyak dibangkang oleh menteri-mnteri lain. Atau benda ni dah dipersetujui dalam kabinet untuk dikeluarkan kemudian baru pulak buat-buat tak setuju.

siapa putar alam dalam isu ni?

Khamis, 3 Jun 2010

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful

Inilah lagi satu yang patut menang anugerah Putar Alam. Baca di sini

1. Betul lah dia tak larikan adik saiful. adik saiful yang beria-ia nak ikut dia. tapi lari ke mana? lari ke thailand. apa tujuan? nak kahwin.

2. bila bawa anak dara orang dan kahwin tempat lain, lebih-lebih lagi luar negara, tak ke dah jelas bawak lari anak dara orang. dosa besar lagi kahwin tanpa persetujuan orang tua perempuan tadi. mamat ni tahu ke syarat-syarat sah ijab kabul tu. lainlah kalau bapak perempuan ni hilang ke, dah meninggal ke, boleh guna wali hakim. tapi abang kandung dia masih ada, jadi wajarlah kalau status pernikahan dia orang ni diragui.

3. mamat ni hanya digunakan untuk menggambarkan bahawa si sepol ni pembohong. justeru bila ini berlaku, persepsi orang ramai terhadap sepol akan berubah. mesti ada orang-orang tertentu di belakang mamat ni, sebab kenyataan mamat ni sedikit sebanyak memberi impak dalam proses penghakiman kes liwat ni.

Unit 11-5-2

Inilah sebab kenapa Aljub melawat Unit 11-5-2, semuanya untuk mencipta alibi. Jika tuan punya kondo mengatakan yang aljub ada di kondo, adakah cctv pula mengatakan sebaliknya.

baca di sini

begini rupanya...

Rabu, 2 Jun 2010

Senator & Jawatan

PETALING JAYA, 1 Jun: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyenaraian lebih banyak senator dalam kabinet baru seakan memberi gambaran bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

“Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini,” jelas beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang tadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mencadangkan Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator yang baru dilantik bertanding dan menjadi Ahli Parlimen bagi menggantikan segelintir ahli parlimen BN yang sedia ada.

“Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli Parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak,” ujar beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Sebelum pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik banyak senator untuk menganggotai kabinet baru beliau.

Dengan perlantikan tersebut, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, langsung tidak mencerminkan sebuah ’Kabinet Rakyat’.

Ini kerana, menurut beliau, pemilihan beberapa senator terbabit bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Katanya lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

“Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu,” ujar beliau.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang tadi, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen (MP) sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Dr Chua Soi Lek, Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G. Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D’Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa hari ini.

______________________________________________________________________________________

dulu cadang agar AP jangan diberi jawatan, supaya senang nak jaga kawasan. Kini bila lebih banyak senator diambil jadi menteri, lain pulak cerita. pembangkang ni tak sah kalau tak spin / putar cerita walau pun perkara baik dibuat, mesti ada celanya.

apa pun tahniah DS Najib sebab tidak menambahkan beban AP dengan jawatan menteri. Jadi, AP ni bolehlah sentiasa pantau kawasan sendiri. Hasilnya nanti, kalau kawasan dijaga mesti pengundi sayang.

TPM II

Guan Eng kurang minat komen isu TPM II


2010/06/01
GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semalam enggan melayan pertanyaan media mengenai isu Timbalan Perdana Menteri II daripada kaum Cina dengan memberikan alasan banyak kenyataannya sebelum ini tidak disiarkan media.

Beliau memberi alasan kurang berminat membuat ulasan kerana pelbagai isu dijawabnya sebelum ini tidak disiarkan walaupun beliau membuat ulasan panjang lebar.
Pada sidang media di Fort Cornwallis di sini, semalam, Guan Eng enggan menjawab apabila ditanya cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik pemimpin Cina menjadi Timbalan Perdana Menteri II jika pakatan pembangkang memerintah.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata: “Saya cakap banyak tapi semua tak keluar. Saya kurang minat. Apa yang saya cakap semalam (kelmarin) tidak keluar pun.

"Kenapa saya hendak jawab (isu Timbalan Perdana Menteri II). Kita kena ikut rentak masing-masing, takkan saya hendak ikut rentak saudara," katanya.

Pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Guan Eng sering melaung-laungkan menyokong kebebasan media, malah membuat sokongan secara terbuka pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), bulan lalu.

Hampir kesemua Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat kerajaan memakai riben kuning sebagai menyokong penganjuran kempen hak kebebasan media yang dianjurkan sebuah persatuan media di negeri ini

sumber : berita harian

_____________________________________________________________________________________

dalam hati takkan tak minat dengan jawatan TPM II, ataupun lebih minat kepada TPM I..? ataupun amat minat sekali kepada pm...?