Rabu, 29 Februari 2012

Amanah yang tak amanah



Hari tu Ku LI, sentuh tentang Felda. Nampak gayanya Ku Li lebih senada dengan pembangkang. Apa sahaja yang kerajaan buat semuanya diragui. Kini, Abdul Kadir ni pula yang buat hal. Ada sahaja yang kurang pada mereka. Masa dalam kerajaan, dia ni langsung tak bawak kebaikan pada BN. Kini setelah berada di luar kerajaan, dia ni makin akrab pulak dengan geng-geng pembangkang.

dasar manusia tak tahu untung. dalam kerajaan, jadi kaya. luar kerajaan kutuk pulak kerajaan. memang dasar haram. tubuh AMANAH hanya sebagai topeng untuk menyatakan pendirian pembangkang.

Abdul Kadir perlu jelaskan dakwaan jumpa Anwar

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir perlu memberi penjelasan mengenai desas-desus yang mendakwa beliau ada berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan strategi melemahkan UMNO dari dalam.

Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, penjelasan itu penting bagi membuktikan dakwaan bahawa Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin beliau bukan pertubuhan yang mengikut telunjuk Anwar.

‘‘Di dalam Pas, kumpulan Anwarinas telah digunakan untuk membaca skrip yang disediakan Anwar.

‘‘Adakah dalam UMNO sekarang, Amanah pula akan menjadi pembaca skrip yang ditulis oleh Anwar?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindak-tanduk Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Amanah kebelakangan ini dilihat cenderung kepada pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan.

Abdul Kadir juga pernah dilaporkan berkata akan berada di barisan hadapan sekiranya perhimpunan Bersih 3 diadakan serta mengerahkan semua ahli Amanah untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Isnin, 27 Februari 2012

Patut Belajar Dari Anwar

itulah, tak mahu ikut macam boss...






sebab-sebab kantoi:

1. Belajar ilmu tak habis dari boss yang kat atas tu.

2. Patutnya Ustaz sedia besi yang pekak dan bisu untuk tangkap, bukan JAIP

3. Masa sepatutnya di antara jam 9:00 malam hingga jam 11:00 malam sahaja

4. patutnya sentiasa ber'tweet'



'Saya bantu dapatkan bilik penginapan'

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar) menafikan laporan media yang beliau ditangkap khalwat bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz yang mengesahkan tangkapan khalwat itu sebagai tidak benar serta menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu mendakwa, beliau hanya ditahan oleh pegawai JAIP untuk membantu siasatan selepas hampir 20 minit dipukul dan dikurung dalam bilik hotel oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita berkenaan.

Menurut Badrulamin, beliau membantu wanita tersebut mendapatkan bilik penginapan di hotel itu atas rasa tanggungjawab selepas melihat wanita berkenaan yang didakwanya menghadapi masalah rumah tangga, datang menemuinya pada pukul 2 pagi bersama anak yang masih kecil.

"Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai JAIP. Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin PKR pada 24 hingga 26 Februari dan saya mengambil peranan aktif dalam majlis itu.

"Pada petang 24 Februari, wanita tersebut menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbang keselamatan diri. Saya dengan tegas menasihatkan supaya jangan berbuat demikian.

"Bagaimanapun pada pukul 2 pagi 25 Februari, beliau menghubungi saya memaklumkan berada di lokasi Temurapat Pemimpin PKR dan atas rasa tanggungjawab, saya membantu mendapatkan bilik penginapan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Badrulamin memberitahu, beliau mengenali pasangan suami isteri tersebut sejak lebih setahun lalu, semasa wanita berkenaan bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah dan sejak itu, sering berhubung kerana mereka menghadapi masalah rumah tangga.

Jelasnya, dalam usaha membantu pasangan tersebut, beliau dan isteri pernah menziarahi keluarga itu di Rompin, Pahang.

"Saya berharap dengan penjelasan ini, semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya,'' katanya.

Menurut Badrulamin, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.

Sabtu, 25 Februari 2012

Bakar al-Quran

Anwar tak mahu kutuk dan kecam Amerika ke di atas tindakan mereka yang tidak bertamadun.

Khamis, 23 Februari 2012

Bukit Kepong

pejuang-pejuang komunis tak kan ambil peduli benda ni. bagi mereka, yang telah diserap dengan perjuangan haram jadah komunis, apa pun penjelasan yang diberikan tetap tidak benar. perjuangan komunis tetap mulia dan suci.

Pembongkaran tragedi Bukit Kepong di Kolokium Sejarah
23/02/2012 6:51pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kisah sebenar di sebalik tragedi menentang keganasan komunis di Bukit Kepong akan menjadi salah satu isu yang akan dibincangkan pada Kolokium Sejarah Malaysia Sabtu ini.

Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh, Johor Datuk Seri J.J. Raj berkata, beliau perlu menjelaskan perkara yang sebenar kerana banyak andaian salah dan kurang tepat yang dibuat oleh sesetengah pihak mengenai peristiwa berdarah 23 Februari 1950 itu.

"Ramai orang yang kurang faham mengenai tragedi Bukit Kepong hinggakan ada yang kata semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, ramai polis sedang mabuk... tapi semua itu karut,” katanya pada sidang akhbar khas mengenai kolokium itu di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai Ketua Polis Daerah Pagoh ketika itu, beliau diberi tanggungjawab menjaga 20 balai polis dan 20 pondok polis dan Balai Polis Bukit Kepong adalah salah satu daripadanya.

Raj, 89, berkata, beliau akan terus menganggap anggota polis yang terkorban dalam serangan di Bukit Kepong sebagai wira yang hanya tahu mempertahankan kedaulatan negara dan menentang keganasan.

Beliau turut menentang keras kenyataan sesetengah pihak bahawa Mohammad Indera atau Mat Indera, tali barut komunis dalam tragedi tersebut, sebagai pejuang kemerdekaan atas dasar perjuangan menentang penjajah sebelum negara merdeka.

"Seramai 180 orang komunis yang melakukan serangan ini dilengkapi dengan senjata-senjata automatik berbanding 20 anggota polis cuma dilengkapi dua pucuk senjata automatik.

"Mat Indera telah meminta polis serah diri tetapi Sarjan Jamil (Ketua Balai Bukit Kepong Allahyarham Sarjan Jamil Mohd. Shah) tetap tidak mahu menyerah. Pada masa itu mayat berada di sebelah kanan dan kiri Sarjan Jamil. Kalau manusia biasa tentu dia sudah serah diri tetapi semangat Sarjan Jamil begitu kental, beliau pada saya adalah anggota polis paling berani di negara ini,” katanya. - BERNAMA

Rabu, 22 Februari 2012

Nik Aziz takut Anwar




- Nik Aziz tetap anggap Israel haram.

- Anwar tetap mengakui kewujudan negara Israel.

Kalau Anwar menerajui PR, sudah tentu arah dan matlamat selari dengan Anwar. Jadi, di mana keputusan Majlis Syura akan dipegang. Selagi masih bersama PR, selagi itulah PAS akan turut sama mengiktiraf negara haram Israel. Kalau tak mahu bersekongkol, jawapan yang tepat adalah keluar pakatan.

Berikut ialah kenyataan penuh Datuk Nik Aziz Nik Mat :

DATUK SERI ANWAR, PALESTINE DAN ISRAEL

Pagi semalam, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.

Mungkin juga beliau datang setelah mengetahui keputusan Majlis Syura Ulama’ PAS minggu lepas yang menggesa beliau menarik balik kenyataan dalam Wall Street Journal itu yang difahami sebagai menyokong Israel.

Majlis Syura Ulama’ juga menggesa, sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dinasihatkan agar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama.

Pada pertemuan itu saya ditemani oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia berlangsung dalam suasana harmoni. Datuk Seri Anwar telah menjelaskan kesemua isu yang telah berbangkit.

Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ , iaitu PAS sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel. Maka PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestine yang dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.

Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas hak seluruh rakyat Palestine. Tambahan pula, tindakan penguasa Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru, adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.

Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestine. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.

Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.

Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur.
29 Rabi'ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012.

Isnin, 20 Februari 2012

Debat DAP-MCA, untung tetap....

buat debat macam mana pun, sokongan pengundi cina terutamanya generasi muda tetap akan kepada DAP juga. selagi orang cina tidak menguasai keseluruhan politik negara ini, selagi itu tidak akan berhenti. kepada orang-orang Melayu, kalau tidak bersatu padu, maka akan melepaslah segala apa yang kita nikmati selama ini.

Debat MCA-DAP berjaya buka mata rakyat - Tengku Adnan

PUTRAJAYA 19 Feb. - Barisan Nasional (BN) hari ini menyifatkan debat MCA-DAP di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam, berjaya membuka mata rakyat tentang peranan dan sumbangan MCA selama ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana selama ini bukan hanya MCA tetapi parti-parti komponen lain BN telah diperlekehkan oleh parti pembangkang mengenai peranan dan sumbangan masing-masing.

''Walaupun debat itu tidak menekankan soal siapa menang atau kalah tetapi saya rasa, sekurang-kurangnya rakyat sudah tahu apa yang MCA sudah lakukan untuk mereka.

''Malah, dalam maklum balas yang kita terima selepas debat itu turut menunjukkan masyarakat Cina sedar tentang perkara tersebut dan kita akan terus melipatganda usaha itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,600 warga Putrajaya, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat yang dikendalikan Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Bagaimanapun, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menolak tanggapan bahawa debat itu menjadi penentu kepada sokongan masyarakat Cina kepada BN.

''Bukan hanya masyarakat Cina tetapi sokongan Melayu dan India kepada BN semakin meningkat berikutan langkah kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu kaum-kaum itu.

''Memang ada masalah tetapi kita berusaha menyelesaikannya dan ini menunjukkan kerajaan prihatin tentang masalah yang mereka hadapi," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pertukaran kawasan pilihan raya antara parti komponen BN, beliau berkata, ia masih dalam perbincangan.

''Setakat ini, lima negeri yang belum pucuk pimpinan BN lawati iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak.

''Saya jangka lawatan itu akan selesai sebelum hujung bulan ini dan selepas itu kita akan buat penilaian mengenainya," katanya.

Sabtu, 18 Februari 2012

Sesumpah




BERLIN, Jerman - Sepasukan saintis mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka telah menemui haiwan sumpah-sumpah yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada batang mancis.

Tergolong dalam spesies cicak, sumpah-sumpah itu yang dikenali dengan nama saintifik, Brookesia micra, memiliki panjang maksimum cuma 29 milimeter.

Ia ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat (AS) di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar.

Spesies berkenaan merupakan antara empat haiwan sumpah-sumpah kecil yang hidup di Madagascar dan dipercayai antara reptilia terkecil di dunia.

Menurut seorang saintis di Zoo Koleksi Negara, Frank Glaw di Munich, satu-satunya cara untuk mencari haiwan sumpah-sumpah itu adalah dengan menggunakan lampu picit pada waktu malam kerana haiwan itu akan memanjat pokok-pokok kecil untuk tidur. - Reuters


Tapi kat Malaysia...

ini SESUMPAH yang terbesar....

Jumaat, 17 Februari 2012

Anwar Vs Nik Aziz

Sebenarnya Nik Aziz tak kan berani menentang Anwar. Yang menentang Anwar bukan Nik Aziz tapi PAS. Yang tuntut Anwar tarik balik kenyataan ialah Majlis Syura Ulama. bukan Nik Aziz. Nik Aziz hanya sampaikan aja hasil mesyuarat Majlis Syura Ulama. Kalau dia lawan Anwar, keluar aja kenyataan Anwar hari tu, Nik Aziz akan mengaum cam singa. ini tak, nak tunggu lagi mesyuara Majlis Syura Ulama.


Nik Aziz : Israel negara haram. PAS tidak mengiktiraf negara Israel


Anwar Ibrahim : Mengakui dan mengiktiraf negara Israel. Keselamatan negara Israel perlu diberi perhatian.

Negara mana yang sentiasa memberi ancaman kepada Israel. Satu ja menurut Israel, sebab negara yang lain sudah tumbang. Iraq, Libya dah tersungkur dek campur tangan Amerika. Cuma Iran ja yang tinggal.

Maknanya, Anwar memusuhi Iran. Negara Islam yang jadi pengimbang keegoan Amerika dan Israel. Tanpa Iran, sudah tentunya Israel akan bertambah besar kepala.

Rabu, 15 Februari 2012

NFC @ Jawatan




Pilihan pada DS Shahrizat ada dua:

1. pilih NFC dan letak jawatan atau ambil jawatan dan buang NFC. Bagi aku, kalau tujuan projek untuk lembu, gunakanlah untuk lembu. jangan guna untuk kambing. dah menyimpang tu walau tujuan baik. dari segi perjanjian dah salah.


Dr Mahathir nasihat Shahrizat jangan sayang jawatan


2012/02/15
SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dibelenggu isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) agar "jangan sayang kepada jawatan".

Bekas Perdana Menteri berkata Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, harus mengambil tindakan sewajarnya demi kepentingan parti.
"Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan.
"Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata kepentingan parti harus diberi keutamaan ketika membuat sebarang keputusan.

"Kalau kita fikir ini baik bagi parti, kita patut ambil tindakan tetapi ini terpulang kepada dia untuk membuat apa-apa keputusan," katanya. - BERNAMA

Isnin, 13 Februari 2012

Valentine Day

sekali karpal ni jerkah, mau Nik Abduh ni muntah darah.

lepas ni akan adalah panglima-panglima PAS tiup semboyan. konon kenyataan Nik Abduh bukan pandangan parti tapi pandangan peribadi. Nik Aziz pulak akan tetap mempertahankan Karpal walau Karpal kata Valentine Day mesti disambut.

kat Malaysia ni, walau Valentine Day diharamkan, namun sambutan anak-anak muda tetap diadakan. yang pastinya, hotel-hotel bajet pasti penuh. 9 bulan mendatang, pasti akan heboh lagi dengan pembuangan bayi besar-besaran.

Nik Abduh selar Karpal

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.

“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.

Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.

Sabtu, 11 Februari 2012

Bakal MB Johor




Salahuddin ni memang spesies manusia yang susah nak faham. kalau jadi ketua memang akan punah ranah. sukar sangatkah nak faham. kalau ada ura-ura nak pindahkan dia ni ke Johor, maknanya nak padamkanlah karier politik dia. walau pun digula-gulakan dengan jawatan MB, namun Johor bukan Kelantan atau Kedah. Jangan fikir PRU13 sama dengan PRU12 yang lepas. Letak anak muda yang buta politik pun boleh menang. kerusi yang kalah kat Johor pun bukan sebab PAS dah gagah. Semuanya sebab PM masa tu yang orang banyak dah muak.

kali ni kalau dia dihantar bertanding di Johor, tempat mana yang layak untuk dia masuk. Kalau rata-rata pengundi Melayu, alamat lingkuplah Salahuddin. Tapi kalau dia bertanding kat kawasan majoriti Cina, rasanya boleh menang. Tapi.... maukah DAP bagi kerusi tu...

‘Spekulasi penyingkiran jika benar tidak beretika’

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas itu diminta mengulas kenyataan Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenai ura-ura beliau akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti ekoran penolakan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan terhadapnya.

Menurut Mohd. Puad, penyingkiran itu menggambarkan pemimpin Pas yang berasal dari Johor itu sudah tiada tempat di Kelantan kerana dianggap sebagai orang luar.

Salahuddin memberitahu, beliau bersedia untuk diletakkan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum nanti sekiranya diputuskan oleh parti.

Beliau akur jika diarah bertanding di Johor dan seterusnya berkemungkinan dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya menawan negeri itu.

“Buat masa ini biarlah dahulu, saya akan jawab dakwaan Mohd. Puad serta memberi kenyataan penuh mengenai perkara itu (penyingkiran oleh Pas Kelantan) apabila tiba waktunya,” katanya.

Khamis, 9 Februari 2012

Mahkamah Rayuan putuskan hak dan kebebasan bersuara tidak mutlak | Nasional

jangan cakap ikut sedap mulut aja. apabila tidak menguntungkan diri sendiri jangan cakap orang lain salah. cerminlah diri sendiri sebelum mengungkit kesalahan atau keburukan orang lain.

Mahkamah Rayuan putuskan hak dan kebebasan bersuara tidak mutlak | Nasional

Rabu, 8 Februari 2012

Rahsia Taksub




Perlu cari rahsia bagaimana penyokong Anwar ni jadi taksub kepadanya. kini, sebahagian penyokong PAS termasuk pemimpinnya dan segelintir orang=orang UMNO juga taksub kepada Anwar. Entah ilmu apa yang diguna oleh Anwar sehingga ada yang sanggup dipijak-pijak kepala demi memepertahankan Anwar, wal hal banyak bukti yang menunjukkan Anwar bermasalah dari segi moral apatah lagi dengan corah kepimpinannya.


Anwar berani kerana ketaksuban penyokong
Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my
2012/02/08
Nik Aziz, Anwariun anggap Yahudi bantu ke Putrajaya

KUALA LUMPUR: Faktor Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ketaksuban golongan ‘Anwariun’ dalam pakatan pembangkang menjadi punca keberanian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan sokongan terbukanya kepada keselamatan Israel.
Golongan yang taksub itu percaya dengan hujah Anwar bahawa mereka tidak boleh mengambil alih Putrajaya tanpa sokongan kuasa luar terutama dari Amerika Syarikat, Yahudi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong perkahwinan sejenis.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz juga berjaya memukau ahli PAS untuk mendahulukan matlamat politik dan menawan Putrajaya, sekali gus menyebabkan parti itu sanggup berdiam diri dan membelakangi umat Islam di Palestin.

“Rakyat Malaysia mesti menolak Nik Aziz dan golongan Anwariun ini. Jika Anwar berjaya ke Putrajaya, imej Malaysia yang konsisten menentang kezaliman zionis Israel terhadap rakyat Palestin akan bertukar menjadi negara pro Israel.

“Nik Aziz dan golongan Anwariun tergamak mempertahankan kenyataan Anwar yang memedihkan hati rakyat Malaysia iaitu menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan Israel kerana Anwar, Nik Aziz dan golongan Anwariun mahu Amerika dan Yahudi terus membantu beliau (Anwar) menawan Putrajaya.

“Dengan kata lain, Nik Aziz dan Anwariun tidak yakin mereka boleh menawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan asing,” katanya kepada Berita Harian melalui SMS, semalam.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas sokongan Anwar kepada usaha menjaga keselamatan Israel seperti dilaporkan dalam Wall Street Journal, baru-baru ini.

Katanya, sebagai seorang ulama politik, Nik Aziz sanggup mengikut kehendak Anwar dan DAP walaupun terpalit memberi sokongan kepada rejim zionis Israel.

Beliau mendakwa Nik Aziz sudah menyeleweng dan ulama dalam PAS perlu membawa beliau ke pangkal jalan demi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.

Isnin, 6 Februari 2012

Imej PAS

Hala tuju negara Islam dah berkubur. Tapi depan penyokong taksub, kata akan tetap memperjuangkan penubuhan negara Islam. Kalau rujuk beberapa negeri pembangkang yang diperintah PR, tak ada pun beza negara Islam yang kerajaan BN perjuangkan. Malah syiar Islam bertambah subur dengan banyak sekolah-sekolah agama yang didirikan dan surau, mesjid yang dibina. Kerajaan PR, tak tahulah kalau dia orang diam-diam buat. Namun contoh yang paling nyata, boleh tengok kat kelantan.

Bila perjuangan asal ditukar, patutlah imej Islam pun berubah. Rata-rata pemimpin tinggi PAS dah tukar imej. dari jubah dan serban kepada kemeja atau kot aja.


Umat Islam jangan tertipu imej Islam Pas

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Umat Islam tidak seharusnya terpedaya dengan imej ulama yang dibawa oleh pemimpin Pas termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebenarnya turut mempunyai keinginan dan nafsu terhadap kuasa politik.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Datuk Hasan Malek berkata, imej ustaz atau Tok Guru yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz juga hanya adegan politik untuk menagih kepercayaan dan sokongan orang ramai.

''Apatah lagi sekarang sudah jelas Nik Abdul Aziz juga tetap menyanjung Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menyatakan sokongan terhadap Israel.

''Pada masa sama, Nik Abdul Aziz juga merestui pemecatan Datuk Hasan Ali daripada Pas dan seolah-olah menentang Hasan dalam perjuangan beliau menegakkan akidah Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan untuk kekal bertanding pada pilihan raya umum akan datang meskipun pada usia yang mencecah 81 tahun.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Nik Mohd. Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Dalam perkembangan sama, Hasan yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Nik Abdul Aziz perlu mengekalkan kedudukan sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan isu kedudukan menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Malah kerana itu juga kata Hasan, Nik Abdul Aziz seolah-olah berdolak-dalik apabila digesa mengisytiharkan hartanya dan harta menantunya itu apabila mendakwa sifat takwa adalah lebih penting daripada mengisytiharkan harta.

Jumaat, 3 Februari 2012

MB sampai hujung nyawa




Baca artikel ni buat aku gelak sorang-sorang. sebenarnya ramai sangat yang dok ngidam jawatan MB ni tapi Nik Aziz ni buat buta tuli. Kalau tanya kat adun-adun Kelantan tu, rata-ratanya nak Nik Aziz turun takhta. dah lama sangat dah perintah tapi negeri tak membangun. ramai penduduk berhijrah cari rezeki tempat lain sebab kat negeri sendiri rezeki dah tertutup.

yang sergah supaya tak nak Nik Aziz tu bersara, rasanya cuma sorang. sapa lagi kalau bukan anak menantu kesayangan Nik Aziz yang bijak bistari tu. Tun Mahathir pun ramai yang desak agar tak letak jawatan tapi akhirnya pencen juga. Nik Aziz ni, tak tahulah... orang nombor dua dia ni dah boring sangat nunggu....

Nik Aziz mahu berundur tetapi dihalang Pas Kelantan
03/02/2012 3:47pm

KOTA BHARU 3 Feb. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik hingga hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sebelum itu, Nik Abdul Aziz ditanya pandangannya berhubung hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan tidak mahu bertanding kerusi negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz berkata, keputusan Abdul Hadi berbuat demikian “adalah masalah dia”, dan sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mampu berbuat sesuatu terhadap pemimpin tertinggi Pas itu. - BERNAMA

Khamis, 2 Februari 2012

lepas KITA, PAS




fuhhh... nasib baik parti KITA. kalau masa dalam PKR. menang pulak lawan Azmin, nampaknya lagi cepat PKR berkubur. Apa kata, Zaid ni masuk PAS, dengar khabar presidennya nak berundur dari politik. cuba-cubalah apply, kut-kut diterima masuk dan dapat pulak jadi presiden PAS.

lepas tu, bolehlah pulak bubarkan PAS

KITA akan dibubarkan: Zaid


2012/02/02
KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan menerusi mesyuarat luar biasa (EGM) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, parti itu perlu dibubarkan, "untuk membuang mana-mana dan semua keraguan yang kita sesungguhnya menyokong pembangkang", khasnya ketika sesetengah ahliya di Kedah dan Pulau Pinang dengan secara terbuka kritikal mengenai pakatan pembangkang, PAS-DAP-PKR.
"Mereka sering melakukannya, yang jelas menunjukkan mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar membabitkan negara dan hanya mahu memalukan dan mencemuh pembangkang," katanya dalam laman web KITA, partikita.com hari ini.
Beliau berkata, ideanya menubuhkan sebuah parti politik yang menyokong idea yang sederhana dan progresif serta membawa kesopanan dan ketertiban kepada wacana politik gagal.

"Saya belum berjaya membawa masuk jumlah anggota yang secukupnya yang berminat dalam idea demokratik, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti di kalangan penjawat awam. Saya belum mampu mendapatkan dana yang mencukupi untuk mengurus aktiviti parti dan kawan-kawan yang telah berjanji membantu tidak berbuat demikian," katanya.

Zaid berkata, "minat mendalam media dalam isu yang remeh-temeh membabitkan parti itu "juga menunjukkan kesukaran yang akan terus dihadapi parti itu kerana "ada cukup orang di luar sana" yang hanya berminat untuk mengkritik kepimpinannya pada KITA, dan mereka-reka berita untuk mencemuhnya.

"Peribahasa Melayu, 'jika sesat di penghujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan'.
"Kini saya sedar bahawa penubuhan KITA adalah satu kesilapan. Saya harap dapat menyediakan idea-idea alternatf dalam politik dan kepada kepimpinan pembangkang. Ini belum berlaku. Saya telah banyak membuat kesilapan dalam hidup saya tetapi saya tidak tawar hati."

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau sangat yakin bahawa "perubahan akan berlaku untuk kebaikan negara" dan menambah bahawa beliau akan melakukan, lagi dan lagi, dan tidak akan berhenti memberikan khidmat kepada orang ramai.

"Kepada ahli parti yang sebenar-benarnya yang pastinya tidak gembira dengan keputusan ini, saya mohon maaf. Saya hargai sokongan anda dan saya harap anda akan terima keputusan ini, bagi kebaikan yang lebih kepada pembangkang," kata beliau.

Zaid, bagaimanapun, tidak memberitahu bila EGM itu akan diadakan.

Parti itu yang genap setahun bulan lalu, ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR berikutan dakwaan ada penyelewengan dalam pemilihan PKR.

KITA bahagian Melaka dibubarkan pada 11 Januari, dan 60 ahlinya memilih menyertai PKR. - BERNAMA

Rabu, 1 Februari 2012

Bukan parasit tapi dajal

Khalid Samad tak mahu terima label dirinya sebagai parasit. Hassan patut label dia dengan dajal. itu yang sesuai. Khalid ni memang penjahanam Islam. Tak tahulah bagaimana PAS dapat simpan dia ni begitu lama. dan tambah menghairankan bagaimana PAS menghalalkan saja tindakan Khalid ni. akhirnya, kini PAS berubah wajah, dengan ramainya golongan seperti Khalid yang masuk dalam PAS, golongan ini berjaya menyingkirkan golongan ulama dari tampuk kekuasaan dalam PAS.

puncak kepada dajalnya Khalid ialah dengan berbagai-bagai tindakan yang bertentangan dengan syiar Islam. Barangkali inilah juga salah satu kenapa HJ Hadi nak berundur.



Hasan dedah pemimpin parasit

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN dan AHMAD FADZLY ESA
pengarang@utusan.com.my


HASAN Ali berucap pada 'Program Bicara Memurnikan Aqidah Ummah' yang turut dihadiri Hasan Basri Mohd. (kanan) dan Adib Ghazali (dua dari kanan) di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17, Shah Alam, malam semalam. – UTUSAN/Ahmad Fadzly Esa

SHAH ALAM 31 Jan. - Buat kali pertama, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan pemimpin Pas yang selama ini dianggap ‘parasit’ dengan menamakan Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Khalid Samad sebagai individu terbabit.

Beliau yang dilucutkan jawatan Exco Hal Ehwal Islam negeri pada 13 Januari lalu mendakwa, Ahli Parlimen Shah Alam itu sering dilihat menyebarkan fahaman yang tidak menyebelahi Islam selain merupakan individu paling lantang menentang usahanya untuk melarang penjualan minuman keras di kedai-kedai runcit di kawasan penempatan majoriti orang Melayu.

Hasan berkata, Khalid juga beria-ia mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika agensi agama itu menyerbu sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) meskipun pihak berkuasa menerima maklumat mengenai penganjuran satu majlis yang bermatlamat bagi menyelewengkan akidah umat Islam di negeri ini.

“Saya tidak hairan sekiranya usaha-usaha itu ditentang oleh pemimpin DAP mahu pun pemimpin bukan Islam dalam PKR, tetapi saya sangat hairan apabila ia ditentang hebat oleh Khalid Samad yang bertanding atas tiket Pas.

“Sebab itu saya hendak ingatkan pengundi di Shah Alam agar jangan beri satu undi pun kepada dia (Khalid) pada pilihan raya umum akan datang kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya ketika berucap pada program Bicara Memurnikan Akidah Ummah di Dewan Rukun Tetangga Seksyen 17 di sini malam ini.

Program itu dihadiri lebih 1,000 orang termasuk bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohd. dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan untuk mempertahankan Islam, Melayu dan institusi diraja di negara ini.

Kata beliau, pertubuhan yang akan dikenali sebagai Jati itu akan menggabungkan beberapa NGO lain yang turut mempunyai perjuangan sama selain individu yang berminat untuk menyertainya.

“Pertubuhan itu dijangka dilancarkan pada 21 Februari di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 keahlian.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan jaringan ketiga iaitu sebagai pengimbang kepada parti pemerintah serta parti pembangkang dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja Melayu (IMR) di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, penyebaran fahaman ‘Anwarism’ kini semakin merbahaya kerana ia jelas bersifat sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

“Sebagai contoh, demi untuk kuasa dan mendapat sokongan negara Barat, Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sanggup mengiktiraf sebuah negara haram Israel yang sejak sekian lama melakukan kekejaman terhadap umat Islam di Palestin.http://www.blogger.com/img/blank.gif

“Selain itu, atas nama hak asasi manusia, Anwar juga bersungguh-sungguh menganggap Seksyen 377B (Kanun Keseksaan) yang melarang seks gay dan lesbian sebagai lapuk serta tidak lagi relevan dan sebab itulah saya kata fahaman ‘Anwarisme’ ini merbahaya kepada umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Aidit pula mengingatkan umat Islam di negara ini supaya taksub hanya kepada Allah dan bukannya kepada seseorang pemimpin mahu pun organisasi kerana ia adalah tuntutan Islam


Jawapan Khalid