Rabu, 18 Mei 2011

Akhirnya....

Akhirnya, Anwar angkat sumpah juga. Tapi bukan sumpah laknat. Angkat sumpah dalam mahkamah untuk bela diri. Tapi, berani ke Nuar ni bersumpah. Selamat mengangkat sumpah


Ketua Pembangkang 'angkat sumpah' beri keterangan 6 Jun

KUALA LUMPUR 16 Mei - Selepas sekian lama menunggu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya akan 'mengangkat sumpah' pada 6 Jun ini dengan bersaksikan beberapa orang peguam belanya termasuk Karpal Singh.

Bagaimanapun, sumpah yang bakal dibuat itu bukanlah sumpah laknat seperti yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebaliknya ia adalah sumpah untuk memberi keterangan benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka mengangkat sumpah tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan Mohd. Saiful Bukhari dari kandang saksi selaku saksi pembelaan yang pertama.

Barisan pembelaan pada ketika ini, telah menyenarai pendek antara 25 ke 30 orang yang bakal dipanggil memberi keterangan di peringkat bela diri itu.

Antara mereka yang disenaraikan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut disebut-sebut sebagai saksi ialah doktor dari Hospital Pusrawi ketika kejadian, Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid yang merupakan doktor perubatan pertama ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari sebelum membuat laporan polis dan diperiksa olah pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008.

Doktor itu juga dikatakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan laporan perubatan kontroversi yang menyebut mengenai kemasukan objek plastik ke dalam dubur mangsa.

Selain itu, pakar-pakar yang dilantik oleh Anwar sebelum ini dijangka memberi keterangan pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung selama sebulan.

Tiga orang pakar tersebut ialah pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dari Sydney, Australia dan dua pakar forensik, Dr. C. Damodaran dari Chennai, India serta Dr. David Wells dari Melbourne, Australia.

Peguam Karpal Singh ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding hari ini memberitahu, bakal-bakal saksi tersebut akan ditemu bual oleh pasukan pembelaan di sebuah bilik di Kompleks Mahkamah terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada mereka layak dipanggil sebagai saksi.

Jumaat, 6 Mei 2011

Pilihanraya Majlis Tempatan

Pilihanraya Untuk Ketua Kampung
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Pakatan Rakyat di Selangor bercadang nak buat pilihanraya majlis tempatan. Cadangan ni memang murni dan masuk dek akal. Cuma yang tak masuk dek akal ialah anggaran perbelanjaan untuk mengadakan pilihanraya majlis tempatan tersebut. Kalau ini dijalankan dan melibatkan 438 buah kampung, cuba kira berapa banyak duit yang kena tarik dari kantung kerajaan negeri. 438 buah kampung X 100,000.00 = ???? . kalau 10 buah kampung je dah cecah 1 juta, 100 kampung dah capai 10 juta. 400 kampung dah jadi 40 juta. maknanya di sini. perbelanjaan untuk pilihanraya majlis tempatan dah pakai lebih 40 juta. banyak tu. nanti pilinraya untuk majlis perbendaharaan pulak, jika diadakan, mesti perbelanjaan cecah ratusan juta. banyaknya duit kerajaan selangor. mesti kerajaan selangor ni pendapatan sehari puluhan juta, tu sebablah duit tak tahu nak buang kat mana. dan yang pastinya, rakyat selangor ni mesti semuanya hidup senang lenang dan tak perlukan bantuan apa-apa dari kerajaan negeri.

Khamis, 5 Mei 2011

TBH

1. Patutlah bila ramai mendesak kerajaan adakan Suruhanjaya Diraja, Pakatan Kerajaan Rapuh ni tolak tanpa alasan yang kukuh. Rupanya, takut segala macam keaiban akan terbongkar. macam kes TBH nilah. SPRM tak ada alasan yang cukup munasabah untuk menjahanamkan TBH ni, sebab TBH ni bagai kunci untuk bongkar segala macam kerakusan DAP membaham projek-projek di Selangor.

2. Diharapkan selepas ni akan banyak lagi keaiban dan kerakusan DAP dibongkar. Lepas ni kita dengar pula spin dari khadam Khalid.

Disyaki menipu, salah guna lesen

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, Setiausaha politiknya, Teoh Beng Hock dan kontraktor, Lee Wye Wing disyaki terlibat dalam kegiatan menipu kerajaan negeri Selangor dengan menyalahgunakan lesen syarikat kontraktor bumiputera bagi mendapatkan projek serta program di bawah peruntukan wakil rakyat.

Pegawai siasatan Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Shafik Abdul Rahman @ Alwee berkata, elemen kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan bersubahat itu ditemui selepas beliau mengambil alih siasatan yang sebelum itu dikendalikan oleh SPRM Selangor mulai 27 Ogos 2009.

Katanya, intipati kesalahan sudah mencukupi kerana Wye Wing yang merupakan kontraktor bukan bumiputera menyedari bahawa projek yang diperoleh daripada kerajaan negeri Selangor dengan meminjam nama syarikat kontraktor bumiputera, adalah dikhaskan untuk bumiputera sahaja.

Bagaimanapun, siasatan lanjut terhadap kesalahan tersebut tidak dapat dilakukan berikutan kematian Beng Hock selain kontroversi dan keadaan yang tidak sesuai selepas kejadian tersebut.

‘‘Bagi saya keterangan Beng Hock paling penting. Walaupun kes merujuk kepada Seksyen 18 (tuntutan palsu), terdapat juga kesalahan lain yang boleh disiasat seperti Seksyen 23 (salah guna kuasa) atau menipu di bawah Kanun Keseksaan.

‘‘Saya ada berbincang dengan pihak atasan, tetapi memandangkan keadaan dan senario pada ketika itu, kita tidak boleh siasat lanjut kesalahan lain kerana kemungkinan tidak akan dapat keterangan yang diperlukan terutama keterangan Beng Hock,’’ jelas beliau.

Menurut Ahmad Shafik, keterangan Hian Wah yang merupakan suspek utama dalam siasatan berhubung 80 projek di kawasannya serta ADUN angkat, Kuala Kubu Bharu juga tidak dapat dirakamkan kerana keadaan semasa yang kontroversi serta telah dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Sementara kenyataan Wye Wing terpaksa dirakam beberapa kali berikutan gangguan oleh beberapa peguam termasuk yang tidak dilantik oleh kontraktor itu kerana pihak SPRM terpaksa mengikut kesesuaian masa mereka selain tidak dibenarkan menyoal siasat selepas pukul 5.30 petang.

Katanya, hasil siasatan beliau bagaimanapun mendedahkan sebanyak sembilan syarikat kontraktor bumiputera digunakan oleh Wye Wing untuk meraih projek dan program di bawah peruntukan ADUN negeri Selangor.

Katanya, penyalahgunaan lesen kontraktor bumiputera kelas F itu menyalahi tatacara Perbendaharaan Negeri Selangor yang terikat dengan arahan Perbendaharaan Kementerian Kewangan.