Sabtu, 31 Disember 2011

2012 dan Kiamat

tahun baru 2012 akan muncul. 2011 akan jadi kenangan. pahit dan mungkin juga manis. selamat tahun baru, semoga tahun baru yang akan tiba menjanjikan kegemilahttp://www.blogger.com/img/blank.gifngan buat negara Malaysia dan kesejahteraan kehidupan rakyat Malaysia.

2012 juga dikaitkan dengan kiamat. di bawah, gambaran kiamat yang cuba ditonjolkan oleh barat. budak-budak kecil pasti percaya kalau tengok. namun kiamat bila berlaku, tetap menjadi rahsia Allah. terpulang kepada kita nak terangkan bagaimana. dan yang pasti, kiamat tetap akan berlaku, sebagaimana yang difahami, semua kehidupan akan musnah.

dan satu lagi, kiamat juga pastinya berlaku. 9 jan 2012, tetap akan berlaku kiamat pada raja putar alam semalaysia. sian dia ni, benar-benar tak dihargai oleh sekutu politik malah ahli keluarga sendiri. manakan tidak, dia baru nak pack barang, bakal pm pembangkang dah ada. kalau Azmin, boleh terima juga. ni, anak kandung sendiri. baca sini



BOLEH dikatakan seluruh penduduk dunia menjadi enigma dan mimpi ngeri apabila dikatakan dunia kian menuju hari-hari terakhirnya iaitu pada 12 Disember 2012 sebagai tarikh sakaratul dunia, atau lebih tepat kiamat.

Asalnya ia hanya momokan masyarakat barat kononnya mengikut perkiraan mereka, dunia kini hanya menanti detik dan waktu sahaja untuk musnah.

Apa yang dibimbangi barat itu merebak pada kadar yang perlahan namun berjaya menyakinkan orang ramai dalam pelbagai bentuk terutamanya buku, makalah dan lawan sesawang. Kemuncak momokan itu apabila filem blockbuster Hollywood berjudul 2012 yang menjadi hantu besar menakutkan manusia kepastian Kiamat pada 2012. Filem itu sebenarnya diilhamkan daripada kiraan kalendar kuno kaum Maya (Long Count Calendar) yang kononnya pada tarikh 12 Disember tahun hadapan, dunia akan hancur.

Akan berlaku malapetaka alam yang maha dahsyat, yang tidak pernah terfikir dan terbayangkan oleh manusia.

Ini termasuklah gelombang tsunami gergasi yang berpuluh kali ganda lebih dahsyat dan lebih ngeri berbanding melanda Aceh, Indonesia hingga menelan ratusan ribu nyawa tujuh tahun lalu.

Ia ditambah dengan hentaman-hentaman objek asing dari angkasa, terutamanya asteroid yang kekuatannya juga mengalahkan mana-mana ledakan bom nuklear.

Semua itu kononnya berlaku kesan daripada jajaran planet Pluto dan Bumi yang selari dalam pusingan orbit dan sebagainya yang kesemuanya bakal terjadi sekitar Disember 2012.

Walaupun semua ini sekadar ramalan yang didakwa disokong penemuan saintifik dan ilmiah, namun bukan sedikit kesannya kepada manusia.

Natijahnya, ramai daripada kita seolah-olah berada di persimpangan yang cukup memeningkan kepala. Antara mahu percaya atau tidak. Benarkah tahun 2012 akan berakhirlah jangka hayat bumi ini? Yang turut bermakna berakhirnya juga jangka hayat manusia?

Pendakwah terkenal, Dr. Danial Zainal Abidin bagaimanapun meminta umat Islam supaya tidak sedikit pun memberikan ruang di hati dan minda mereka untuk mempercayai ramalan tarikh kiamat yang jangkanya berlaku hanya setahun daripada sekarang.

"Jika percaya kepada semua itu, dibimbangi ia boleh merosakkan akidah mereka sendiri kerana akan mudah terjebak dengan segala macam unsur syirik dan khurafat.

"Semua itu hanya sekadar ramalan yang lazimnya tidak ada asas dan bukti apa pun untuk kita percaya.

"Tidak sahaja dalam soal ramalan kiamat. Malah dalam apa juga ramalan-ramalan masa depan yang kononnya akan berlaku sebarang tragedi dan peristiwa-peristiwa besar yang di luar dugaan manusia untuk berlaku," katanya.

Dalam Islam kata Dr. Danial, ditekankan dalil dan nas pembuktian dalam apa juga perkara termasuk perkara-perkara ghaib terutamanya hari kiamat.

Dua teks sama ada dari dalil al-Quran dan hadis Rasulullah sudah cukup bagi melindungi fahaman umat Islam daripada pelbagai ramalan mengenai hari kiamat.

Ayat berikut misalnya adalah satu dalil yang paling kuat dalam memperkatakan soal kedatangan hari kiamat.

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut." Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (al-A'raaf: 187).

Isnin, 26 Disember 2011

Mesti Roboh.

dah macam-macam cara nak halang madrasah ni dari dirobohkan. nampak gayanya, semua pihak kena akur dengan projek yang akan dijalankan. kalau kepala dah disumbat, telinga dah pekak untuk dengar rayuan, akal dah tak boleh fikir lagi, rakyat kedah khususnya orang-orang yang berjuang mempertahankan madrasah ni, terpaksa tengok aja la.

isu ni kecil aja, tak berbaloi nak puaskan hati beberapa orang aja. syabaslah MB kedah sebab tunjukkan apa yang korang buat pada BN dulu. kalau BN yang buat, enath apa yanag korang akan buat untuk belasah BN. Kini, apa yang korang tentang BN buat, korang pulak yang buat...


Kerajaan Pas Kedah tetap berkeras

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

PENDANG 25 Dis. – Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.

Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai cadangan Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah agar kerajaan negeri menggunakan kuasanya untuk berbincang dengan syarikat pemaju bagi memulihara tanah wakaf yang berkeluasan 0.08 hektar itu.

Menurut Ahli Parlimen Jerlun itu, di kebanyakan tempat lain termasuk di Kuala Lumpur, pembinaan kompleks membeli-belah terpaksa diubah suai pelannya untuk memastikan rumah ibadat tidak diusik.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.

Azizan mendakwa, sokongan pemimpin UMNO terhadap usaha mempertahankan kewujudan madrasah itu bermotifkan politik kerana mereka ketandusan isu untuk dimainkan di negeri ini.

Katanya, isu mengenai Madrasah Salihiah adalah perkara kecil dan orang ramai sudah tidak berminat dengannya berbanding isu lain di peringkat nasional yang lebih besar.

“Cari publisiti lain untuk politik, banyak lagi isu lain. Ini hanya perkara kecil, dia hanya mahu tarik perhatian. Orang pun dah tak berminat,” katanya.

Sabtu, 24 Disember 2011

Banyak Cakap

makin banyak cakap, makin nyatalah orang-orang PAS ni haprak. baik diam-diam aja, jadi semua orang tak tahu. antara hasan Ali dan Mustafa, salah satunya adalah pembohong. makin sinonimlah PAS dengan fitnah. dulu fitnah pemimpin negara, sekarang ni fitnah geng sendiri pulak. tu lah suka sangat dengan fitnah, sekarang ni bala fitnah tuju balik pada dia orang...

Hasan Ali anggap Mustafa buat tuduhan liar
24/12/2011 3:53pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. — Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini menafikan tuduhan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengaitkan beliau dengan agenda UMNO.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan UMNO di peringkat atasan, bawahan atau pertengahan pada masa dan tempat yang dinyatakan.

"Sekali lagi Mustafa terperangkap dengan prasangka buruk dan api fitnah sesama Muslim dan anggota jamaah.

"Sebagai Setiausaha Agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar daripada mulut seorang Setiausaha Agung yang berwibawa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sebelum ini, Mustafa dilaporkan mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan agenda UMNO.

Hasan yang juga Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, mempersoal dan ingin mendapat penjelasan daripada Mustafa berhubung tuduhan yang telah dilemparkan terhadapnya itu.

"Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugasan merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan parti,” katanya.

Menjawab satu soalan, Hasan menolak pelawaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai pertubuhan itu, jika beliau benar-benar ingin meneruskan perjuangannya menegakkan agama Islam dan orang Melayu.

Berhubung isu beliau dilihat menggunakan “media UMNO” untuk menjelaskan kontroversi tersebut, Hasan berkata, beliau lebih bersifat terbuka dalam soal bekerjasama dengan pihak media di negara ini.

Beliau mendakwa akhbar Harakah terbitan Pas tidak memberi ruang kepadanya untuk menyuarakan pendapat, dan ia lebih memberi ruang kepada pihak lain berbanding anggota parti sendiri.

Sementara itu, Hasan menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung “negara berkebajikan” pada sidang media Selasa lepas, dengan mengakui terdapat unsur keterlanjuran ketika mengulas dasar parti. — BERNAMA

Jumaat, 23 Disember 2011

Tahniahlah....

Tahniahlah Nuar. inilah hasil yang disemai. tahun 1998, ramai yang tak tahu dan ambik kisah tentang liwat. tapi bila kes dah masuk mahkamah, tiap hari disajikan dengan berita-berita liwat oleh media cetak dan elektronik, mungkin pengamal homo yang ada sekarang adalah cetusan daripada apa yang berlaku dalam tahun 1998. ramai yang nak cuba dan rasa, hasilnya... jadi ketagih...

Melayu ramai homoseksual?

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


MOHD. Zaman Khan (kanan) melakukan gimik perasmian Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS di Kelantan di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU 22 Dis. – Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya.

Khamis, 22 Disember 2011

Dirikan Negara Islam

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata : tubuhkan negara Islam. betulkah...? hari tu ada yang kata itu bukan matlamat negara berkebajikan tu apa pula? celaru. kalau nak tubuhkan negara Islam, biar presiden aja cakap,orang bawah tak payah cakap. nanti tambah sakit nik aziz. sekarang ni pun dah sakit. dan lagi, ulama dah tak ada tempat dalam Pas. sikit masa lagi, ketua dewan ulama ni pun kena tendang....


Pas kekal perjuangan asal

KUALA TERENGGANU 21 Dis. - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, tidak ada sebab kenapa parti itu perlu kembali ke landasan asal perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara Islam seperti disarankan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Beliau menegaskan, ini kerana Pas sejak awal penubuhannya sehingga sekarang masih berpegang kepada perjuangan asal untuk mendirikan sebuah negara Islam.

"Tak benar sama sekali, Pas memang sejak dulu lagi sehingga sekarang masih berpegang teguh kepada perjuangan asal untuk mendirikan negara Islam. Kita masih di landasan asal dan tidak sekali-kali terlajak atau terpesong.

"Kenapa kita perlu kembali ke perjuangan asal. Orang yang kata kita terpesong daripada cita-cita asal adalah orang yang tak faham dengan perjuangan asal Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Hasan yang menolak konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

Pendirian Hasan itu jelas kerana matlamat asal penubuhan Pas adalah untuk mendirikan sebuah negara Islam dengan cara memartabatkan agama itu, umatnya serta memperkukuhkan peranan ulama supaya mereka mampu menggarap Islam di dalam pemerintahan.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu menyifatkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu sebagai pandangan peribadi yang cuba mempertahankan dirinya akibat kemelut dalaman parti ketika ini.

Beliau menjelaskan, tindakan Pas bekerjasama dengan rakan parti lain dalam pakatan pembangkang khususnya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan konsep Negara Berkebajikan telah disalah tafsir pihak tertentu.

"Kita memang bekerjasama dengan DAP dan PKR, ini biasa dalam politik tapi tidak semestinya kita melupakan matlamat dan cita-cita asal Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam," ujarnya.

Ditanya reaksi kepimpinan tertinggi Pas terhadap teguran Hasan, Harun yakin bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu masih lagi setia kepada parti itu.

"Kita yakin beliau (Hasan) masih setia kepada Pas dan begitu juga dengan kami (pemimpin Pas) masih perlukan dia tetapi akan datang kita tak tahu," katanya.

Khamis, 15 Disember 2011

sokong hassan ali

pertama: ketua dewan pemuda pas ni biar betul, berani sungguh dia menongkah arus. kang tak kena calon dalam pru, padan muka. satu lagi, kang kena jentik telinga oleh nik aziz, mesti cerita jadi lain. dia ni, berapa kali buat kenyataan lepas tu spin

kedua: mengikut artikel kat bawah,dr hassan ali mau berjuang memertabatkan islam. selama berada dalam jawatan dan , baru kini dia mau memertabatkn islam. selama ni, apa dia buat. kalau setakat murtad tu, baik diam-diam ajalah. tu depan mata, mursamdol yang keluar macam-macam fatwa menyesatkan, takkan tak mhu tegur. yang itu lebih besar tanggungjawabnya sebab, apa yang nik aziz kata, jadi ikutan ribuan umat islam fanatik pas. yang itu perlu jadi keutamaan kalau nak memertabatkan islam. kalau tak boleh buat, baik duduk diam-diam cam haron din sambil berdoa agar nik aziz tersedar dari mabuk politik..


Pemuda Pas sedia bersama Hasan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


NASRUDIN HASAN

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Dewan Pemuda Pas Pusat akan berada di belakang Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dalam usaha bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memperjuangkan Islam demi kesatuan umat.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hasan meminta Hasan meneruskan perjuangan itu tanpa meninggalkan jemaah dan pihak Pemuda sedia bersama-sama dengannya demi memartabatkan Islam.

Beliau berkata, sikap positif Hasan itu wajar disahut kerana jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu begitu komited dengan perjuangan Islam.

‘‘Hasan telah menunjukkan sikap positifnya untuk memperjuangkan Islam dan kita akan bersama-sama dengannya untuk meneruskan perjuangan ini.

‘‘Namun adalah amat diharapkan dalam beliau memperjuangkan Islam beliau tidak menghindarkan diri daripada Pas dengan bertindak keluar daripada jemaah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas agenda Hasan yang mahu berjuang memartabatkan Islam dalam satu sidang akhbar di kediamannya, kelmarin.

Ini merupakan reaksi pertama Dewan Pemuda Pas selepas tersiarnya berita pengguguran Hasan sebagai calon ekoran kenyataan Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog menyatakan kemungkinan besar ADUN Gombak Setia itu akan digugurkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13).

Nasrudin berkata, prinsip-prinsip keadilan juga jelas kelihatan pada agenda Hasan itu kerana selaku pemimpin peringkat negeri sudah tentu kepimpinannya bukan hanya setakat ahli Pas sahaja.

Malah katanya ia merangkumi setiap umat Islam di Selangor tanpa mengira ideologi politik.

‘‘Bukan itu sahaja Datuk Dr. Hasan juga adalah pemimpin bagi setiap rakyat bukan Islam di negeri Selangor.’’ katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Dewan Pemuda meminta setiap perkara serta isu yang berkaitan dengan calon hendaklah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

Beliau berkata, setakat ini pucuk pimpinan parti belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai calon yang akan mewakili Pas pada PRU13.

‘‘Oleh itu saya minta perkara mengenai calon ini diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan Pas Pusat. Biar mereka yang menentukan dan mengumumkannya selepas semua senarai calon berkenaan dinilai oleh Majlis Syura Ulama.

‘‘Majlis Syura Ulama yang akan menjadi badan terakhir dalam parti sebelum keputusan muktamad mengenai pemilihan calon dibuat,’’ ujarnya.

Ditanya sama ada Saari wajar dikenakan tindakan disiplin, Nasrudin berkata, dalam kes tersebut Pemuda Pas berpendapat ia cukup dengan cara nasihat.

‘‘Saya percaya pucuk pimpinan telah pun memberi nasihat sewajarnya kepada pihak berkenaan supaya perkara sama tidak berulang pada masa akan datang,’’ katanya.

Rabu, 14 Disember 2011

nak kaji lagi..

nak kaji apa lagi. kalau rasa difitnah, segala tohmahan pembangkang tu hanya pembohongan, kenapa nak kaji lagi. rm250 juta tu banyak, tak kan tak boleh ambil buat belanja saman malu puak pembangkang yang tabur fitnah. jadi tunggu apa lagi, kalau pembangkang salah, tolonglah saman. kalau dh buat salah, mengaku je la dan betulkan semula apa yng salah. kerana koranglah, bn dan umno dapat taik. semua menteri yang bersangkutan dan tidak terkait ambil port tumpang sekaki untuk hentam korang. kalau dari pembangkang, jangan ceritalah.. dan rakyat, akan jadi percaya apa yang ditohmahkan oleh pembangkang... hasilnya...bn dan umno akan bertambah buruk di mata rakyat..

jadi aku harap, tak payah kaji. peguam korangpun dah nyatakan hari tu fakta-fakta yang pembangkang heboh-hebohkan salah. jadi, tunggu apa lagi. saman ajalah... saman 250 juta ke, 1 bilion ke, kalau korang betul, dapat durian runtuh lagi.

atau pun, korang takut, bila bawa ke mahkamah, ada lagi yang terlondeh. tu lah memandai sangat. dah tahu buat projek lembu, buat untuk lembu je la. tak payah nak beli kondo. yang tu dah salah. salah dan salah. sebab tak ikut perjanjian. tak ikut proposal..

NFC masih kaji tuduhan Rafizi


2011/12/14
KUALA LUMPUR: Nasional Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sedang mempertimbangkan mengambil tindakan termasuk menyaman pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tanpa mahu mengulas lanjut berkata, pihaknya sedang mengkaji tohmahan itu termasuk dibuat Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
“Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang dihubungi menerusi SMS, semalam.
Ditanya bentuk tindakan yang akan diambil, Mohamad Salleh hanya mengulangi jawapan: “Saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan yang memadai.”

Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta dibiayai dana awam di Gemas itu mencetuskan kontroversi berikutan laporan Ketua Audit Negara 2010, baru-baru ini.

Terbaru Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi meminta Mohamad Salleh lebih agresif menjawab tuduhan mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan serta mengambil tindakan mahkamah jika dakwaan itu tidak benar.

Penjelasan itu penting bagi menjawab semua tuduhan pembangkang dan mengelak kekeliruan orang ramai serta tidak membiarkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menerima imej buruk akibat kegagalan syarikat berkenaan berbuat demikian.

TS Musa patut saman

benda ni aku dah ulas. patut ajar je penulis blog fitnah yang sebar fitnah ni. biar muflis. tulis tak buat pertimbangan. berapa banyak orang yang percaya dengan fitnah penulis blog haramjadah tu. rm15 juta untuk kahwin. dari mana dapat. kerajaan bagi sebab aniaya Anwar. itu persepsi yang dicuba dimainkan oleh blog pembangkang ni. jadi, jangan bagi lepas. bagi lepas umpama melepaskan anjing tersepit. saman aja, biar belajar sikit. fitnah tidak harus jadi kepercayaan masyarakat. kalau bos dia orang sentiasa bergelumang dengan fitnah, jangan pula masyarakat lebih mempercayai fitnah daripada fakta sebenar.

satu lagi, soal minta maaf lain. soal saman tuntut ganti rugi lain.

Musa lapor polis demi maruah

Oleh SUFFIAN ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Dis. - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.

Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com.

Selasa, 13 Disember 2011

broadband yang beruk

ni dah geram sangat dah ni, hampir dua minggu tak boleh nak surf internet... kalau dapat connect pun tapi buka, cam nak hempas je laptop..

kali ni tak mahu komen pasal politik. nak komen pasal broadband. asal balik kampung je, mesti susah sangat nak surf internet. 1st guna celcom, tukar ke digi, tukar kat maxis, tukar kat digi semula. semua hampeh. macam nak roboh aja tiang pemancar signal, servis semua langsung tk guna. aku boleh terima kalau kat kampung isteri aku banyak bukit bukau. tapi kat kampung aku rata, dari pekan hingga rumah family aku. tanya family pasal streamyx pulak, konon tak cukup kouta untuk dapat pasang streamyx. betul ke.. nak apply streamyx pun mesti ada kouta ke... wal hal kampung aku jauh cuma 7km je.. ni yang macam nak sumpah seranah aja... ni pun dapat buka dah hampir tengah malam, gprs dengan 1 bar, kalau banyak flash, esok pagi pun tak pasti boleh buka... line signal hndphone penuh tapi line internet....

nak tahu kes peliwat tu pun payah sangat....

Sabtu, 10 Disember 2011

Mati baru bersara

satu ja yang dia tak mahu bila bersara. dia dah tak ada kuasa. bila dah tak ada kuasa, siapa nak pandang. ni yang buat dia liat sangat nak lepas kerusi dun dan kerusi mb. kalau dulu, dia makan, tidur, sembah yang sibuk orang nak ambil gambar... kalau dah tak ada jawatan, budak kecik pun tahu buang masa nak ambil gambar orang tua ni, langsung tak bagi apa-apa jasa pada negeri, negara, bangsa mahupun agama. nak bagi sesat, ada la...

dan satu lagi... dia ni risau sangat bila tun m seru orang melayu bersatu, risau sangat dia ni nanti orang cina akan rasa sedih. betul-betul kiblatnya pada dap aja. betul-betul dah kena cucuk hidung dengan dap. cina tak kan rasa sedih, bahkan hidup tambah aman makmur dan boleh tambah kekayaan lagi kalau melayu bersatu. kalau melayu huru hara, ekonomi negara pun akan menjunam. siapa yang susah...


Nik Aziz tidak peduli dakwaan enggan undur akibat tiada pengganti


2011/12/10
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan menyatakan dirinya tidak mahu bersara daripada politik kerana tiada pemimpin lain boleh menggantikan tempatnya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini dirinya masih diperlukan PAS dan beliau akan terus berada dalam politik.
Itu tuduhan dia, orang nak saya, nak buat macam mana, dia tak laku, katanya selepas kuliah Jumaat di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau tidak mahu bersara kerana tiada pemimpin lain dalam PAS mampu menggantikan tempatnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkannya segera bersara daripada politik memandangkan sudah lama menyandang jawatan berkenaan, Nik Aziz berkata, beliau melawan Dr Mahathir daripada awal sampai akhir.

Saya lawan dia dari awal sampai akhir, nak ikut (bersara) macam mana, siapa suruh dia (Dr Mahathir) berhenti, waktu dia berhenti dulu dia cakap tak boleh pimpin orang Melayu, tak berjaya pimpin orang Melayu.

(Pada waktu itu) saya jawab seorang dan berada di Siam (Thailand), dah mu (kamu) tarik secara songsang, Mahathir tarik orang Melayu secara songsang, orang Melayu beragama Islam, lengkap dalam Islam tiba-tiba dia tolak Islam ikut pandai dia, mana boleh orang Melayu ikut dia, katanya.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, kini Dr Mahathir menyebut kepentingan Melayu bersatu, namun pada masa sama beliau mahu tahu apa makna bersatu itu.

Sekarang dia menyebut Melayu (supaya) bersatu, memanglah bersatu, tapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau Islam. Islam datang untuk manusia seluruh dunia, kenapa ungkit (mengenai) orang Melayu ini. Cina akan sedih dan berdendam bila sebut Melayu, Melayu, katanya.

Selasa, 6 Disember 2011

fitnah x kpn




blogger pembangkang yang putar alam fitnah bekas ketua polis negara, patut mohon maf secara terbuka, kut-kut terbuka hati orang yang difitnah untuk ampunkan dosa. kalau nak sensasikan cerita, pastikan cerita yang disampaikan adalah benar.cukup-cukuplah tabur fitnah, tak berkat hidup....